Bab 9

24.1K 842 13
                                    

AIRA memerhati Tengku Adriel yang melangkah keluar dari bilik mesyuarat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AIRA memerhati Tengku Adriel yang melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Selepas dia mengemas barang dia turut keluar dari situ. Tidak mahu rakan sekerjanya mengesyaki apa-apa, Aira membiarkan Tengku Adriel berjalan dahulu sebelum perlahan-lahan dia mengikut dari belakang. Sampai di satu laluan, dia kehilangan jejak lelaki itu

'Tadi rasanya macam dia ikut arah sini.'

Mata Aira memandang sekeliling di laluan itu. Bibirnya melepaskan keluhan kecil. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia buat macam ni. Dah macam gaya stalker!

Dah alang-alang sampai sini, dia terus naik ke bahagian atas hotel. Lagipun sudah masuk waktu makan tengahari.

Sebaik saja dia melangkah ke ruangan atas itu, Aira terkedu apabila terpandang seorang lelaki lengkap berpakaian suit yang membelakanginya. Adriel!

Dup! Dap! Dup! Dap!

Aira menyentuh dadanya yang terasa berdebar laju. Gemuruh! Setelah 5 tahun mereka berpisah, akhirnya tuhan telah pertemukan mereka semula disini. Tanpa sedar, kakinya perlahan-lahan melangkah menghampiri figura itu namun jarak masih dijaga.

Aira ingin memanggil namun suaranya terasa disekat. Dia takut. Sumpah dia takut. Takut nak hadap kebencian lelaki itu.

Dia tahu lima tahun boleh mengubah seorang Tengku Adriel. Dan dia juga antara penyumbang terbesar terhadap perubahan lelaki ini.

"Adriel..." Aira tergamam apabila mendengar suara itu. Dia pandang sekeliling tapi hanya ada dirinya dan Tengku Adriel saja disitu. Sah itu suara dia!

Matanya terpejam rapat sambil mengemam bibir menyedari keterlanjurannya.

Tengku Adriel pula sudah mengeras badannya tatkala suara lunak itu menusuk masuk ke gegendang telinganya. Rahangnya diketap dan tangannya juga dikepal erat sehingga menampakkan urat hijau kerana menahan perasaan. Rindu.

Ya. Dia rindukan suara dan panggilan itu terhadapnya.

'Kenapa kau cari aku, Aira? Kau sendiri yang buang aku dari hidup kau? Kau tak tahu macam mana strugglenya aku lima tahun ni nak lupakan kau! Hakikatnya kau tak pernah hilang dari fikiran dan hati aku!'

Ingin saja dia meluahkan apa yang dirasa namun jeritan itu hanya bergema didalam hatinya.

Tengku Adriel mengubah riak wajah bekunya semula. Dia tak boleh kalah dengan perasaan ini. Lepas apa yang Aira dah buat pada maruah dia dan keluarganya, Aira tak layak untuk diberi peluang, and those stupid feeling should be gone a few years ago.

Lantas dia berpusing kearah Aira yang berdiri dengan jarak 5-meter dari dirinya. Tangan dimasukkan kedalam poket sebelum dia bersuara.

"Yes Miss, how can I help you?" soal Tengku Adriel dengan suara yang dingin. Suara apabila dia berkomunikasi dengan orang luar. Persoalannya, betul ke Aira sekadar orang luar?

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (TERBIT)Where stories live. Discover now