Bab 14

26.5K 908 70
                                    

"CONGRATULATIONS bro

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"CONGRATULATIONS bro." ucap Raja Mikael sambil tangan menumbuk lembut bahu Tengku Adriel.

"Tak sangka, dalam antara kita semua kau yang kahwin dulu. Dulu beria asyik reject perempuan. Sekali dia yang jalan dulu derr..." Kata Tengku Zafran pula sambil membuat muka menyampah.

"Itulah, aku dah kata haritu kau balik Malaysia entah-entah nak kahwin. Betul-betul jadi bro." Tergelak Lucas mengingatkan kembali sewaktu Tengku Adriel mengatakan dia ingin pulang ke Malaysia untuk mengambil alih syarikat keluarganya.

Tengku Adriel hanya tersenyum janggal mendengar usikan sahabat-sahabatnya itu. Mereka ini lah yang sentiasa bersama dengannya saat jatuh bangun seorang Tengku Adriel Iskandar.

"So, apa cerita mak tiri Aira dengan Dato Imran? Kau berani jamin diorang takkan ganggu bini kau lagi?" soal Tengku Zafran.

Jeda. Tengku Adriel terdiam sebelum bibirnya menaikkan senyuman sinis.

"So far part aku dah settle, kalau berani nak kacau Aira lagi tahulah nasib diorang." Dia dah rancang segalanya dengan teliti dari awal.

Sebulan sebelum majlis pernikahan...

"Kau yakin tak nak kitorang ikut sekali?" Soal Raja Mikael. Dia dan rakannya yang lain juga sudah sedia maklum tentang rancangan Tengku Adriel.

"Tak perlu Aku bawa dua orang bodyguard je lagipun..." Tengku Adriel mengeluarkan voice recorder dari poketnya.

"Aku tak bodoh lagi nak buat perjanjian dengan dia tanpa ada bukti didepan hari."

"Hm yelah. Anything just gives a call."

Kereta Porsche 911 milik Tengku Adriel yang dipandu oleh pengawal peribadinya memakir di hadapan sebuah rumah teres 2 tingkat. Keluar dari kereta, salah seorang bodyguard Tengku Adriel menekan loceng. Beberapa saat kemudian, seorang wanita separuh abad menghampiri mereka yang berada di luar pagar.

"Assalamualaikum Mak cik."

"Waalaikumussalam, anak ni cari siapa ya?" Soal Mak Siti apabila melihat tiga orang lelaki berpakaian kemas di depan rumah majikannya itu.

"Betul ke ini rumah Puan Leha?"

"Ya betul. Nak jumpa dengan puan ke?"

"Haah. Puan Leha minta kami datang ke rumah kerana ada hal penting ingin dibincangkan dengan dia."

"Oh... tetamu Puan. Jemput lah masuk." Ujar Mak Siti dengan ramah sambil membuka pintu pagar rumah itu.

Manakala Tengku Adriel hanya mendiamkan diri sambil mata meliar memandang kawasan rumah ini. Dari tadi hanya bodyguardnya saja yang menjawab soalan Mak Siti.

"Silakan duduk dulu encik. Mak cik panggilkan puan dulu ye." ujar Mak Siti setelah mereka masuk ke ruang tamu rumah Aira.

Tengku Adriel mengerling ke arah bingkai gambar tapi dia perasan tiada langsung gambar Aira disitu. Hanya gambar Puan Leha dan anaknya Dania saja.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (TERBIT)Where stories live. Discover now