PERMANDANGAN Kota New York yang cantik dapat dilihat daripada bilik pejabat milik Tengku Adriel Iskandar. Kelihatan orang ramai berpusu-pusu di bandaraya untuk melakukan kerja hakiki. Mata hitamnya itu hanya memandang sepi di luar.
Selama lima tahun, tiada lagi Tengku Adriel yang ceria dan sentiasa murah dengan senyuman. Hanya riak beku yang selalu ditayangkan di khalayak ramai.
Lima tahun lepas, Tengku Azzam mengambil keputusan untuk menghantarnya ke luar negara selepas satu kejadian yang menyebabkan dia dibuang dari kolej.
Selepas 3 tahun menamatkan pelajaran dalam bidang peniagaan di Universiti Columbia, Tengku Adriel diamanahkan untuk menjadi pengurus besar di anak syarikat milik bapanya yang bertapak di Kota New York.
TOK TOK TOK!
Pintu diketuk dari luar mematikan lamunan Tengku Adriel.
"Come in."
Selepas mendengar arahan itu, pintuk dikuak dan seseorang melangkah masuk ke dalam.
"Tengku, we have appointment for meeting with Mr. Richard from AZ Group at 3 PM." ujar Justin merangkap pembantu peribadi Tengku Adriel.
"Okey, I'll be there. Thanks for remind me."
Selama setahun berkhidmat dengan Tengku Adriel, Justin amat mengenali sifat bossnya yang dingin dan tegas. Namun dalam ketegasannya, Tengku Adriel seorang yang sangat prihatin terhadap pekerjanya. Hal ini juga yang membuatkan ramai pekerja boleh bertahan lama di The Legacy Group.
Tengku Adriel melangkah keluar dari pejabatnya untuk meeting bersama Mr. Richard. Sepanjang berjalan keluar, dia hanya menayangkan riak dinginnya.
Dengan berpakaian lengkap memakai suit hitam serta rambut yang tersisir kemas. dia nampak sangat berkarisma dan bergaya. Rata-rata pekerja wanita tersenyum melihat Tengku Adriel yang sangat kacak.
≪•◦ ❈ ◦•≫
Mata melilau ke luar parking cafe sambil jari mengetuk meja yang berada di hadapannya sementara menunggu kehadiran seseorang. Melihat kelibat seorang jejaka yang turun dari kereta, terukir senyuman di wajah Luna.
"Dah lama ke sampai?" Soal jejaka tersebut. Tangan menarik kerusi berhadapan dengan Luna.
"About 10 minutes ago." jawab Luna sambil tersengih.
Sejak Tengku Adriel mengambil alih syarikat papanya, agak sukar untuk mereka meluangkan masa bersama kerana lelaki itu selalu sibuk dengan hal syarikat.
Lama Luna memandang seraut wajah yang sentiasa membuatkan hatinya berdebar sejak pertama kali mereka bersua muka 5 tahun lalu.
Luna merupakan jiran sebelah rumah keluarga Tengku Adriel yang sekarang dihuni oleh Tengku Adriel.
Masih dia ingat pertama kali ibunya memberitahu bahawa anak lelaki Tengku Hanisah dan Tengku Azzam Iskandar akan tinggal di rumah keluarga mereka iaitu bersebelahan dengan rumah Luna.
Pada awalnya, Luna berasa sangat teruja. Tipulah kalau kata dia tidak terpaut dengan wajah Tengku Adriel. Berkulit sawo matang, kening terukir cantik di atas sepasang mata bewarna hitam lohong. Hidung pula sedikit mancung dan bibir yang sederhana tebal. Meskipun waktu itu, Tengku Adriel hanya memakai hoodie dan cap namun nampak kelihatan sangat kacak dimata Luna.
"Are you there, Luna?" tanya Adriel sambil jari mengetip di depan wajah Luna.
Tersentak Luna dari lamunannya menerbangkan kenangan pertama mereka.
"Why are you looking at me? is there anything on my face?" soal Adriel apabila dia perasan Luna terlalu asyik memandang wajahnya.
"Yes. err no no..." jawab Luna tersipu malu. Kantoi tengok muka anak teruna orang!
"So, kenapa you ajak I jumpa?" tanpa membuang masa Adriel mengajukan soalan.
"Emm, saja. I dah lama tak spend time dengan you. Weekend pun kadang you busy dengan meeting." luah Luna dengan muka yang monyok seakan merajuk dengan Tengku Adriel.
Namun seorang Tengku Adriel yang beku tetap juga dengan pendiriannya. Bukan Luna tidak tahu, ramai perempuan melayu mencuba nasib untuk mengorat lelaki itu dari zaman kolej namun tiada satu pun yang tersangkut termasuklah dirinya.
Tengku Adriel hanya memandang kosong riak wajah Luna. Disebabkan dia tinggal seorang diri di rumah keluarganya di Kota New York, Tengku Hanisah meminta keluarga Luna untuk memantau keadaannya kerana dia baru berumur 21 tahun ketika dia berpindah disini.
Dengan berbesar hati, ibubapa Luna menerima dan mereka juga selalu menjenguk Tengku Adriel di sebelah rumah.
Disebabkan itu, Tengku Adriel rapat dengan keluarga Luna dan dia juga mempunyai seorang abang yang sama umur dengan Tengku Adriel iaitu Lucas Alexander.
Adriel dan Lucas belajar di kampus yang sama dan juga mengambil course yang sama. Sepanjang dia belajar, Lucas la yang menjadi kawan baiknya serta dua lagi sahabatnya iaitu Raja Mikael dan Tengku Zafran Adha.
5 tahun mengenali Luna, sedikit sebanyak dia tahu bahawa Luna menyimpan perasaan terhadapnya. Dia tidak pasti sama ada Lucas tahu akan hal ini, tapi apabila Luna berjumpa dengan dia, gadis ini terlalu straightforward.
Manakala dimata Tengku Adriel, dia hanya menganggap Luna sebagai adik kerana beza umur mereka 4 tahun dan Luna juga ialah adik kepada Lucas kawan baiknya.
Tambahan pula, mereka berlainan agama. Tak mungkin dia mahu menerima gadis ini sebagai pasangannya. Dia bukanlah seorang playboy.
"Ya, I have a new project for the upcoming month. So, there's a lot of meeting and paperwork need to do." ujar Tengku Adriel sambil tangannya melonggarkan tali leher. Rimas.
Luna tersenyum kelat. Hakikatnya Tengku Adriel juga tidak pernah memberi dia harapan dan setiap layanannya terhadap Luna cuma batas sebagai abang kepada adiknya.
Luna juga tahu mereka takkan mungkin bersama disebabkan agama tapi sukar baginya untuk melupakan Tengku Adriel.
Selepas itu mereka hanya berbual kosong tentang kehidupan masing-masing dan ulang ke rumah.
≪•◦ ❈ ◦•≫
Selesai menunaikan solat isyak, Tengku Adriel duduk berteleku di atas sejadah. Walaupun dia berada di negara luar tanpa pemantauan ibu bapanya, dia tak pernah meninggalkan ibadah wajibnya. Berada di luar negara bukanlah tiket untuk hidup bebas sehingga sanggup melakukan larangan agama
Tiba-tiba fikirannya terbang memikirkan kenangan lalu.
Selama 5 tahun dia berada di New York, tidak pernah sekalipun Tengku Adriel melupakan seraut wajah yang sentiasa menggetarkan hatinya, yang sentiasa menjadi bayangan dalam mimpinya.
Nur Aira Fardella.
Nama yang sangat indah. Seindah wajah dan tingkah lakunya. Tipulah jika dia tidak terkilan apabila gadis itu menjadi penyebab dirinya dibuang pihak kolej serentak mengecewakan kedua mama dan papanya tapi rasa sayang terhadap gadis itu sangat dalam melebihi rasa sakit hatinya dikhianati.
Ya, katalah dia bodoh hanya kerana seorang perempuan. Namun hakikatnya hanya Aira saja yang sentiasa berada di fikirannya. Dan disebabkan itu juga, sukar untuknya membuka hati kepada mana-mana perempuan sepanjang 5 tahun ini.
To be continue...
YOU ARE READING
ADRIEL'S : His Dearest Destiny (TERBIT)
عاطفيةTengku Adriel Iskandar x Nur Aira Fardella. Bagi Tengku Adriel, kehadiran Nur Aira Fardella adalah salah satu perkara yang terindah pernah berlaku dalam hidupnya. Tipulah andai kata hatinya tidak terpaut dengan gadis polos yang cantik wajah dan sik...