Bab 7

23.3K 852 3
                                    

MALAM yang sunyi dan hening

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MALAM yang sunyi dan hening. Tengku Adriel duduk di kerusi balkoni biliknya sambil tangan memetik tali gitar secara random. Melihat langit malam yang disinari cahaya bulan, fikirannya melayang memikirkan kenangan lalu. Kenangan yang dia takkan lupa walaupun sudah bertahun.

6 tahun lepas...

Tengku Adriel berjalan sendirian untuk mengambil angin di taman rekreasi berhampiran kolej. Selalunya dia akan terus pulang ke rumah atau study di library apabila tamat saja sesi kelas.

Lepak? Tch, dia tak ada masa kerana sejujurnya dia tidak mempunyai kawan. Dia lebih suka membuat hal sendiri. Walaupun bapanya merupakan antara penyumbang terbesar di kolej, namun tak ada siapa pun tahu akan hal itu. Kerana dia tidak mahu orang hanya berkawan dengannya kerana harta dan mengambil kesempatan keatasnya.

Ketika Tengku Adriel sedang berjalan, dia ternampak sosok seorang gadis sedang duduk di atas kerusi di tepi tasik sambil mata memandang jauh dihadapan. Langkahnya terhenti. Lama dia berdiri di tempatnya sambil memandang gadis itu.

'Cantiknya.' desis hati Tengku Adriel.

Dan tanpa sedar kakinya melangkah untuk melihat wajah itu dengan lebih jelas lagi. Sekali lagi matanya terpaku ke wajah cantik itu. Shawl yang dililit di kepalanya kelihatan beralun apabila ditiup angin. Tengku Adriel memegang dadanya yang mula berdebar. Perasaan apa ni?

Tengah ralit melihat gadis cantik itu, tiba-tiba Tengku Adriel terkejut apabila nampak satu titisan air mata hinggap di pipi mulus gadis itu.

'Dia... menangis?'

Gatal saja kakinya ingin melangkah menghampiri gadis itu namun dia takut gadis itu akan melarikan diri pula. Akhirnya dia hanya menemani dari jauh sampai la gadis itu sendiri berlalu dari taman.

Dan keesokan harinya, Tengku Adriel pergi lagi ke taman. Disebabkan dia tak tahu nama gadis itu dan aliran apa, dia mengambil keputusan untuk pergi semula ke tempat itu.

Dia hanya cuba nasib saja, mana tahu harini ada keberanian untuk menegur. Tengku Adriel berjalan ke taman dengan hati yang gembira.

Dari jauh, dia ternampak gadis itu sedang berjalan ke arah yang sama dengannya. Langkahnya sengaja diperlahankan untuk membiarkan gadis itu berjalan dulu manakala dia mengekori dari belakang.

Ketika gadis itu hendak melintas jalan, tiba-tiba ada satu motosikal yang laju bergerak dari arah kanan.

Tengku Adriel cemas dan tanpa berfikir panjang, dia berlari ke arah gadis itu dan menolaknya sehingga terjatuh ke tepi jalan. Manakala gadis itu hanya terkaku. Masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Are you okay?" soal Tengku Adriel sambil memandang tubuh gadis itu, risau jika ada minor injury kerana mereka berdua jatuh tersembam di atas jalan tar.

Suara garau itu menyentakkan Aira dari lamuannya. Matanya terus diangkat memandang wajah Tengku Adriel. Bibirnya diketap dan perlahan-lahan kepalanya dijatuhkan menandakan dirinya tidak apa-apa.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (TERBIT)Where stories live. Discover now