SELEPAS penat berperang dengan perasaan sendiri, kini hari yang sungguh malang dalam hidupnya tiba. Sekarang dia berada di satu suite room yang mewah di Hotel. Segala persediaan perkahwinan semuanya diuruskan oleh pihak lelaki. Termasuk baju pengantin, hantaran, jemputan dan dewan.
Tidak hairan lah kerana Dato Imran seorang yang kaya raya, dia lebih dari mampu untuk membuat majlis yang gah di Hotel mewah. Mereka akan diakad nikah pada pagi ini, dah majlis resepsi juga akan dijalankan pada sebelah malam.
Aira melihat dirinya di cemin besar bilik hotel itu. Tubuhnya dilengkapi sepersalinan baju kurung yang indah dan nampak sangat exclusive. Muka Aira yang sudah sedia cantik nampak bertambah cantik walaupun dengan solekan neutral. Meskipun mukanya dihias tapi seakan hilang serinya. Dia tak pernah inginkan perkahwinan ini.
"Sarah, sempat lagi tak aku nak lari?" soal Aira kepada Sarah yang tengah membetulkan veil dikepalanya.
Terkejut Sarah dengan soalan Aira itu. Ya, sebelum ini juga dah berbuih mulut Sarah menyuruh Aira untuk lari tapi Aira tetap berkeras kerana takutkan ibu tirinya yang kejam itu.
"Kau biar betul?"
Aira hanya mengangguk.
"Aku setuju! Aku dah suruh kau lari dari dua minggu lepas lagi. Kau sabar jap, aku tengok line clear atau tak?" Dia sebagai kawan tidak mahu Aira menyesal dengan keputusannya. Aira sudah terlalu lama menderita, dia hanya nak tengok sahabatnya itu bahagia.
Sarah memulas tombol pintu bilik Aira, terkejut dia kerana ada dua orang lelaki asing yang berpakaian kemas seperti bodyguard di hadapan pintu.
'Ni dah kenapa pula tiba-tiba ada mission impossible kat depan bilik Aira' desis Sarah dalam hati.
"Ehem, maafkan saya ya encik. Boleh saya tahu encik berdua ni siapa ya?" tanya Sarah dengan suara yang lembut.
"Tuan arahkan kami mengawal bilik Cik Aira untuk pastikan yang Cik Aira takkan lari dari majlis ini" Jawab salah seorang bodyguard dengan suara yang beku.
Gulp! Sarah menelan air liur. Dia menutup kembali pintu lantas menerpa ke arah Aira yang tengah mundar mandir di ruangan biilik itu.
"Masak kita Ra!"
"Ha? Kenapa? Kenapa?" Melihat Sarah yang cemas, dia pun turut berasa gelabah.
"Orang tua gatal tu dah suruh bodyguard dia tunggu depan. Macam tahu-tahu je plan kita nak lari."
"Lepastu, aku macam mana?" Aira rasa nak meraung. Menyesal pula tak ikut plan Sarah awal-awal dulu.
Belum sempat Sarah membalas, kedengaran pintu bilik diketuk. Serentak mata mereka memandang sesama sendiri sebelum menghala ke arah pintu.
"Miss, pihak lelaki dah sampai. Boleh turun ke dewan sekarang."
Aira tersenyum kelat. Nampaknya dia terpaksa terima ketentuan takdir hidupnya seperti ini. Menjadi seorang isteri diusia muda kepada Dato Imran yang hampir sebaya dengan arwah papanya. Dia tak tahu macam mana nasibnya nanti, tapi dia yakin jika dia sentiasa bersabar dengan ujian, Tuhan pasti akan menggantikan sesuatu yang indah untuknya suatu hari nanti.
YOU ARE READING
ADRIEL'S : His Dearest Destiny (TERBIT)
RomantiekTengku Adriel Iskandar x Nur Aira Fardella. Bagi Tengku Adriel, kehadiran Nur Aira Fardella adalah salah satu perkara yang terindah pernah berlaku dalam hidupnya. Tipulah andai kata hatinya tidak terpaut dengan gadis polos yang cantik wajah dan sik...