TERKELIP-KELIP mata Seri Ammara Dahlia memandang kaki tembamnya yang sedang terayun-ayun. Sesekali mata itu menjeling ke arah taman permainan yang berada tidak jauh dengannya. Hujung baju princessnya digenggam kuat sambil bibirnya sesekali mengomel sesuatu.
Heee! Comelnyaa kucing tu!
Ammara nak pergi main dengan kucing itu tapi dia takut. Takut kerana di sana ada sekumpulan lelaki yang di dalam kalangan mereka itu terdapat seorang lelaki yang sangat garang! Suka marah Ammara yang comel kebaboom ni! Gadis kecil itu tersengih-sengih sendirian.
Pipinya dikembungkan bila mereka masih tidak meninggalkan kucing-kucing itu. Jangan diorang bawa balik sudah lah. Aaa! Sebab Ammara nak bawa balik seekor kucing tu ke rumah. Nak tunjuk dekat babah dengan ibu!
Tunggu punya tunggu hingga gadis kecil itu tak sedar yang dia sudah tertidur di atas kerusi panjang itu. Ammara merengek kecil bila cahaya matahari terkena pada wajahnya namun gadis itu kembali lena apabila seorang lelaki berdiri dihadapan Ammara sekali gus menghalang cahaya matahari daripada menganggu tidur gadis itu.
"Amboi, amboi, amboi... Sedap betul dia tidur! Kita bukan main gelabah bila budak comel ni tak balik lagi, dia boleh tidur dekat sini?" Encik Zayn merenung anaknya kecil besar seraya kepala digelengkan perlahan.
"Ini nasib baik Arjuna bagitahu. Kalau tidak, sampai ke esok budak ni tidur!" Geramnya babah dengan awak ni Ammara! Nak dicubit pipi tu karang menangis pula. Sudah lah manja!
Arjuna diam memerhati ayah kepada gadis kecil itu yang mula mengangkat Ammara lalu diletakkan di atas bahunya. Senyuman tipis dilorek bila mendengar dengkuran halus daripada gadis itu.
Ammara yang seperti memahami keadaan melabuhkan kepalanya di atas bahu Encik Zayn. Encik Zayn berusaha melindungi wajah anaknya daripada terkena cahaya matahari. Dari jauh, sebuah rumah sudah kelihatan. Rumah yang betul-betul terletak di tepi kedai runcit.
Mengapa tepi kedai runcit? Sebab si Seri Ammara Dahlia ni lah! Tokwan Ammara sanggup membina kedai runcit di tepi rumah mereka hanya kerana tak mahu Ammara berjalan jauh semata-mata untuk membeli jajan.
"Arjuna darjah berapa dah sekarang?" Encik Zayn menyoal perlahan. Jarang dia mahu melihat wajah cucu angkat bapa mentuanya ini. Kalau sebelum ini mereka balik pun, Arjuna lebih suka berkurung di dalam bilik.
"Darjah 4," balas Arjuna dalam keadaan berbisik.
Mereka diam selepas itu. Tidak tahu topik apa yang patut dibualkan. Dalam diam mata Arjuna memandang wajah lena Ammara. Hmm, comel betul.
Tiba sahaja di depan pintu rumah tokwan dan nenek Ammara, Arjuna yang membantu Encik Zayn untuk menganggalkan kasut di kaki Ammara. Amboi! Kemain kasut, ada rama-rama lagi!
"Assalamualaikum!" Langkah kaki kanan dahulu yang Encik Zayn mulakan untuk masuk ke dalam rumah.
Terdengar sipi-sipi orang yang menjawab salamnya dari arah dapur. Tanpa membuang masa kaki Encik Zayn melangkah ke arah dapur bersama Ammara di dalam dukungannya.
"Alahai budak bertuah ni! Main sampai tak ingat jalan nak balik rumah." Puan Afya, nenek kepada Ammara membebel sambil tangannya menyediakan hidangan makan malam ini dan dibantu oleh Puan Ameerah, ibu Ammara.
"Pergi letak dia dalam bilik dulu. Nanti waktu mandi saya kejutkan dia," ujar Puan Ameerah. Belakang tubuh anaknya diusap perlahan. Kesiannya dia, berpeluh dahi tu.
"Tapi Ammara ni tak boleh tinggal sorang-sorang lah sayang.. "
Puan Ameerah mencebik mendengar itu. Macam mana lah Ammara tu tak manja kalau perangai terlebih risau babah dia ni!
"Arjuna boleh tengokkan Ammara." Muncul satu suara di belakang Encik Zayn.
Arjuna!
"Betul ni?" Encik Zayn meminta kepastian. Aih! Takut pula dia. Jangan bersangka buruk Zayn! Encik Zayn menggelengkan kepalanya.
"Baiklah kalau macam tu, " ujar Encik Zayn. Tubuh kecil Ammara berhati-hati diserahkan kepada Arjuna.
Kini giliran Arjuna pula yang mendukung tubuh gadis itu. Seperti tadi, elok sahaja kepala gadis comel itu berlabuh di atas bahunya. Tetapi jelas tangannya yang kaku mendukung Ammara.
Macam mana lah kau nak dukung anak kau nanti, Arjuna!
-14/2/24 -
10 vote next chapter.
YOU ARE READING
Arjuna
RomanceArjuna merenung bulannya dengan tatapan mata yang redup. "Ammara sayang...Awak dah mandi ke belum ni? Kenapa saya masih bau masam?" Lembut tutur bicaranya agar tidak mengguriskan hati wanita itu. "Ish! Nak tuduh kita tak mandi lah tu!" Dengus Amma...