TALI leher yang sudah dipakai di lehernya diperkemaskan lagi. Not bad. Arjuna memakai baju kemeja bewarna hitam hari ini sempena hari ini dia menjadi guru praktikal untuk sebulan terlebih dahulu sebelum menjadi guru tetap.
Malas mahu berlama-lama di dalam bilik, lelaki itu keluar menuju ke dapur. Sejenak nafas terhela. Haih, apalah dia nak buat dengan bilik yang banyak ini. Yang duduknya dia je. Bilik kemain macam aku nak angkut satu family.
Lincah tangannya bergerak menyediakan nasi goreng untuk dijadikan sarapan. Tak kekok kerana Arjuna sudah biasa berdikari sendiri semasa dia menyambung pelajaran. Dia makan berat pagi-pagi buta ini kerana dia tak akan makan pada waktu lunch. Dah terbiasa.
Pinggan yang terisi nasi goreng diletakkan di atas meja lalu lelaki itu kembali ke dapur mencapai gelas. Gelas itu diisi dengan air suam. Penuh.
Arjuna mengambil tempat. Kerusi sebelah kanannya dipandang. Kosong.
Bila lah nak ada seseorang yang sudi menemannya makan..
Haih..
Drama gila aku!
Sekejap lagi dia akan ke rumah sebelah atau lebih tepat rumah buah hati.
Uhuks!
Arjuna tersedak. Macam mana dia boleh tersedak?! Tak ada selera betul kalau macam ni. Pinggan yang sudah kosong dibawa ke sinki untuk dibasuh. Matanya menjeling dengan ekor mata ke arah pisau yang lari sedikit dari kedudukan asal.
Arjuna buat-buat pandang tempat lain namun tangan tetap jua membetulkan kedudukan pisau itu agar tersusun kemas seperti pisau yang lain.
Yes.
Dia ni cerewet. Senget sikit pun dia tak boleh tengok.
Macam otak awaklah. Senget. Tak apa, tak apa. Saya ada. Saya boleh betulkan.
Tangan yang basah dilap pada kain bersih sebelum Arjuna mula mencapai beg kerjanya. Pintu rumah dibuka dan kening Arjuna terangkat.
Kereta.
Oh.
Kereta ni dia beli dah lama tetapi semalam baru dihantar. Kereta biasa ajee. Dia suka hidup yang sedang-sedang sahaja walaupun dia boleh beli saja beli lagi sebuah rumah lalu dia sambungkan rumah baru tu dengan rumah ini. Belum habis lagi. Dia boleh saja buat sepanduk dekat depan tu besar-besar. Lepastu letak nama dia.
Arjuna ketuk pintu rumah Encik Fahmi dan Puan Ayfa sebanyak tiga kali. Kalau pintu itu tak dibuka, dia akan terus ke sekolah. Mungkin mereka sibuk.
Seminit.
Dua minit.
Okay, let's go.
Krek..
"Abang?"
Lain yang dia harapkan, lain pula yang keluar. Dia ingat Puan Ayfa yang akan membuka pintu. Renungan Arjuna melekat pada wajah Ammara. Lama. Lama sehingga gadis itu yang tak selesa.
"Abang nak jumpa atok dan nenek? Tapi diorang keluar beli sarapan," tutur Ammara seraya mengemaskan tuala di kepalanya. Dia tak jumpa tudung yang nak disarung jadi dia pakai tuala ajelah.
"Ok." Sepatah. Menyakitkan hati. Geram. Namun Ammara tetap tersenyum lembut. Pagi-pagi yang indah ini tak baik marah-marah.
Arjuna tak berkata apa selepas itu. Lelaki itu terus kembali ke rumahnya dan menghidupkan enjin kereta. Sambil dia menunggu enjin kereta memanas, pandangan dihala kembali pada rumah di sebelahnya atau lebih tepat pada Ammara. Gadis itu terlihat sedang menyusun sesuatu sebelum kembali masuk ke dalam rumah.
BAM!
Amboi. Marah sangat lah tu.
Arjuna tersengih tetapi tak lama bila dengan ekor mata dia melihat ada dua orang gadis yang sedang terhendap-hendap.
Kau hendap apa gila?
Arjuna hiraukan dua orang gadis itu dan terus masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja keretanya keluar daripada pagar rumah itu, automatik pintu pagar itu tertutup sendiri. Tiba-tiba dia rasa bersyukur membuat pintu pagar automatik. Kalau tak, memang dia kena turun kereta dan pergi tutup sendiri pagar tu.
Mengambil masa beberapa minit sahaja untuk dia tiba ke sekolah. Keluar sahaja dia daripada kereta, Arjuna dapat rasakan ada beberapa pasangan mata yang melihatnya. Lelaki itu mengeluh. Kenapalah aku tak datang pukul 4 pagi tadi.
Rimas.
Lepas ini memang dia akan mohon untuk menjadi guru di sekolah yang muridnya lelaki sahaja. Sudahlah dia mengajar untuk menengah dan bukan kebangsaan!
Arjuna hentikan langkah. Dia tak tahu di mana office. Dia ni bukan yang jenis suka membuang masa nak melilau satu sekolah semata-mata nak cari di mana pejabat.
Arjuna buka langkah ke arah sekumpulan gadis yang berada di meja batu. Itu yang paling dekat setakat ini dia lihat untuk bertanya.
"Sorry, can i ask? Mana pejabat?" Soal Arjuna. Dia perlu kejar masa. Tak akan hari pertama dia nak lewat.
Pelajar-pelajar itu berpandangan sesama sendiri.
"Biar aku yang tunjukkan."
"Eh kenapa pula?!"
"Gaduh lah korang. Biar aku je."
"No!"
Arjuna hela nafas. Serabut.
"You." Arjuna pandang seorang pelajar yang dari tadi tak menyampuk pergaduhan kawan-kawannya yang lain.
"Can you show me where the office is?" Pinta Arjuna dengan nada datar. Dia tak mahu buang masa. Kalau pelajar-pelajar ini tak mahu tolong, dia minta tolong orag lain.
"Sure."
Gadis itu yang dikenali sebagai Wana mendapat pandangan tajam daripada kawan-kawannya.
"Thank you." Orang dah sanggup tunjukkan jalan, jangan lupa ucap terima kasih.
Arjuna dah naik pening bila terlalu banyak jalan yang perlu dibeloknya. Jauh betul pejabat sekolah ni!
"Ini pejabatnya," ujar gadis itu lembut bersama senyuman manis.
Arjuna jatuhkan kepala. Tak membalas, lelaki itu terus masuk ke dalam pejabat. Dia dah ucap terima kasih kan tadi? So tak perlu dah lah.
Senyuman manis Wana terus pudar apabila lelaki itu hanya menghiraukannya. Wana mendengus kasar sebelum menuju ke bilik guru. Mahu berjumpa dengan ibunya.
Jadi, itu guru baharu? Not bad.
24/2/24
Don't worry. Saingan Ammara bukan budak sekolah. Tak semudah itu. Dan sekali lagi saya ingatkan, story ini bukan kahwin dua, tiga atau sebagainya. Dan konflik kalau ada pun, hero saya tetap akan green. Atau lebih mudah, Arjuna tetap akan setia dengan isteri. Bye.
Insta : @/heerasohee

ANDA SEDANG MEMBACA
Arjuna
RomanceArjuna merenung bulannya dengan tatapan mata yang redup. "Ammara sayang...Awak dah mandi ke belum ni? Kenapa saya masih bau masam?" Lembut tutur bicaranya agar tidak mengguriskan hati wanita itu. "Ish! Nak tuduh kita tak mandi lah tu!" Dengus Amma...