TERKEBIL-KEBIL matanya melihat Arjuna yang begitu berselera melantak makanan. Arjuna tak makan setahun ke? Anak matanya dialihkan ke arah tokwan dan neneknya. Dua orang itu sibuk memakan makanan masing-masing dan menghiraukan Arjuna yang sedang makan itu. Mereka faham.
"Ammara sayang, kenapa tak makan? Nenek masak tak sedap?" Soal Puan Ayfa bila melihat nasi di dalam pinggan gadis itu hanya terusik sedikit.
Kini tumpuan orang di meja makan itu beralih kepada Ammara. Ammara kemam bibirnya saat Arjuna yang kusyuk makan juga angkat kepala merenungnya bila nenek berbunyi begitu.
"Eh,tak! Nenek masak sedap. Cuma Ammara rasa sekarang bukan waktu makan Ammara, itu yang Ammara tak berapa nak lalu," ujarnya perlahan dengan kepala sedikit menunduk. Nasi di dalam pinggan dikuis-kuis
Encik Fahmi tersenyum.
"Tak apa, nenek tak marah. Tinggal aje nasi tu dekat situ. Nanti nenek basuhkan pinggan Ammara," celah Encik Fahmi.
Ammara tersenyum lebar. Kepala dianggukkan sedikit. Gadis itu bangun daripada kerusi dan bergerak ke sinki. Tangannya dibasuh sehingga bersih. Selesai basuh, dilap pula tangannya pada kain bersih yang sudah tersedia yang digantung di tepi peti sejuk.
Ammara bergerak ke ruang tamu lalu pinggangnya dicekak. Terherot-herot bibirnya apabila memikirkan satu idea yang terlintas di fikirannya. Sekilas Ammara berpusing ke arah dapur melihat tiada siapa yang sudah habis makan lalu gadis itu bergerak keluar.
Kiri dan kanan dipandang lalu anak matanya tidak sengaja terpandang ke arah sesuatu. Pokok mangga! Tapi bibir dia mencebik sedikit bila pokok itu milik jirannya dan jiran itu dia dengar ialah seorang lelaki yang garang.
Ammara bergerak sedikit demi sedikit ke arah pokok itu. Kiri dan kanan dipandang lagi memastikan tiada siapa mengesyaki kerjanya ini. Mendongak kepalanya memandang pokok mangga itu. Terpejam mata Ammara membayangi betapa manisnya mangga. Ammara menarik senyuman lebar.
Ini pokok mangga jiran. Tetapi pokok jirannya itu sudah tumbuh sedikit banyak dan ada bahagian yang termasuk ke dalam kawasan rumah Encik Fahmi dan Puan Ayfa. Jadi bahagian itu dorang yang punya? Ammara membuat keputusan sendiri.
Tetapi tak salahkan Ammara nak petik sebiji buah mangga? Buat ghaso-ghaso. Perlahan-lahan tangannya mahu naik memetik sebiji buah mangga daripada pokok itu dan...
Pap!
"Haa.. Awak curi buah orang ya?" Arjuna mula mengusik. Tersenyum tipis dia melihat riak wajah gadis itu yang tampak tak puas hati apabila rancangnnya mahu 'mencuri' sebiji buah mangga telah digagalkan oleh seorang Arjuna. Bibir gadis itu mengomel sendirian sambil mata kadang-kadang menjeling ke arahnya.
Amboi! Marah sangat lah tu!
Tetapi yang buat Arjuna rasa nak tergelak ialah pegangan tangan gadis itu pada mangga masih tidak dilepaskan. Alahai, Ammara.
Sepi. Senyap. Masing-masing mengunci mulut.
Ammara pusing tubuh memandang Arjuna yang sedang merenung ke arahnya. Pipinya sedikit memerah.
"Apa? Kita tak curi, kita nak ambil rasa-rasa aje," ujar Ammara perlahan sambil sebelah tangannya tidak berhenti daripada berusaha memetik buah mangga itu.
"Tak baik mencuri, Ammara Dahlia." Lembut saja suara Arjuna menegur gadis itu. Tubuh sendiri dipeluk bila melihat tiada tanda-tanda gadis itu akan melepaskan mangga daripada tangannya.
Arjuna menghembus nafasnya. Baru dia tahu seorang Ammara ni degil ya!
"Pakcik! Ni ha ada budak—"
"Aaa!" Pantas Ammara membuka langkah berlari jauh daripada pokok itu apabila Arjuna mula menjerit. Pipi dikembungkan tidak puas hati. Dia nak mangga tu! Tercebik-cebik bibirnya menahan tanggisan.
"Hiks.. Ammara bagitahu nenek!" Langkah dibuka kembali masuk ke dalam rumah bersama kaki yang dihentak kecil. Mulutnya mengomel rasa tidak puas hati akan lelaki itu. Sekarang dia nak mengadu kepada nenek!
Tawa Arjuna terhambur. Kepala digeleng kecil dengan langkah yang dibuka mendekati pokok mangga itu. Buah mangga yang dipegang oleh gadis itu tadi dipetik dan beberapa lagi diambil lalu diletakkan dalam plastik yang disimpan di dalam poket seluarnya.
Lalu plastik yang terisi buah mangga itu dibawa masuk ke dalam rumah. Aik? Senyap aje. Mungkin gadis itu masuk ke dalam bilik.
"Arjuna pegang apa tu?" Soal Puan Ayfa bila melihat Arjuna kembali melangkah masuk ke dapur. Hanya ada Puan Ayfa di situ memandangkan Encik Fahmi sudah bergerak masuk ke dalam bilik.
"Mangga, nenek. Nenek nak? Arjuna boleh simpan sedikit," tawar Arjuna lembut seraya mencapai sebilah pisau.
"Boleh juga. Nanti nenek nak bagi tokwan kamu tu rasa juga."
Tersenyum manis Arjuna mendengar itu. Hubungan pasangan suami isteri itu masih lagi romantik walaupun kedua-duanya sudah tua.
Bila lah dia nak rasa semua ini?
Mangga yang sudah siap dipotong diletakkan ke dalam pinggan. Arjuna mencuci tangannya sehingga bersih lalu alatan yang digunakan untuk memotong buah mangga turut dicuci.
"Nenek, tolong beri pada Ammara eh? Dia minta Arjuna potongkan buah mangga tadi," ujar Arjuna lalu meletakkan pinggan itu ke atas meja.
Arjuna melangkah keluar daripada dapur bila mendapat anggukan daripada wanita itu.
17/2/24
my wp acc flop :/
insta; @/heerasohee
YOU ARE READING
Arjuna
RomanceArjuna merenung bulannya dengan tatapan mata yang redup. "Ammara sayang...Awak dah mandi ke belum ni? Kenapa saya masih bau masam?" Lembut tutur bicaranya agar tidak mengguriskan hati wanita itu. "Ish! Nak tuduh kita tak mandi lah tu!" Dengus Amma...