PELEMBAP bibir dikenakan sebagai sentuhan terakhir lalu Ammara berpusing-pusing di hadapan cermin besar itu memastikan pakaiannya menutup kesemua tubuhnya. Tudung juga dibetulkan. Lalu, tangan gadis itu bergerak mencapai duitnya di atas meja.
Ammara keluar dari biliknya dan bergerak ke bilik sebelah. Bilik tokwan dan neneknya. Dia mahu meminta izin untuk ke kedai sebentar.
Pintu bilik itu dibuka tanpa diketuk. Namun seseorang yang turut berada di dalam bilik itu sedikit memeranjatkannya. Lelaki ini ada di mana-mana sahaja! Tanpa menghiraukan lelaki itu, Ammara bergerak ke arah Puan Ayfa. Senyuman manis ditayang.
"Nenek, Ammara nak minta izin pergi kedai kat depan tu. Boleh?" Soal Ammara lembut. Matanya dikelipkan beberapa kali memujuk Puan Ayfa agar membenarkan dia pergi ke kedai itu kerana bukan senang dia nak keluar daripada rumah ini.
"Ammara nak beli apa?" Puan Ayfa menyoal sambil mengusap pipi mulus gadis itu.
Ammara tersengih lebar.
"Ammara nak beli coklat. Perut Ammara daripada semalam berbunyi nak makan coklat," ujar Ammara lalu perutnya ditepuk-tepuk kecil mahu membuktikan yang perutnya sangat memerlukan coklat.
Arjuna yang sedang berehat di sofa itu hanya diam. Dia sibuk dengan komputer ribanya namun telinganya mendengar dengan jelas perbualan di antara Puan Ayfa dengan Ammara.
"Bahaya lah kalau Ammara pergi seorang diri. Esok tokwan pergi beli coklat untuk Ammara," celah Encik Fahmi yang baru masuk ke dalam bilik itu. Lelaki itu mengambil tempat di sebelah isterinya.
Bibir Ammara memuncung.
"Ammara nak sekarang. Ammara pergi sekejap ajee!" Tangan Puan Ayfa digoyang-goyangkan agar mengizinkan dia pergi ke kedai.
"Boleh, tapi Arjuna perlu teman. Kamu ni sudahlah comel! Hilang dibuatnya cucu nenek nanti." Puan Ayfa mencuit hidung Ammara yang terkebil-kebil dengan katanya tadi.
"Tak manis lah kalau Ammara jalan berdua dengan lelaki.., " balas Ammara perlahan sambil kepalanya ditunduk.
"Tak manis kalau kamu jalan berdua dengan Arjuna dekat tempat yang tak ada orang. Kawasan rumah kita ni penuh dengan orang, Ammara. Jangan nak mengarut." Kepala Puan Ayfa tergeleng-geleng.
"Arjuna boleh ke temankan Ammara?" Bisik Ammara tiba-tiba di telinga neneknya. Mata gadis itu mengerling sekilas ke arah Arjuna. Nampak gayanya lelaki itu tak mengambil perhatian tentang perbualan mereka tadi.
"Arjuna boleh je temankan Ammara. Lagipun memang betul bahaya kalau Ammara keluar seorang diri." 'Sebab awak memang comel, Ammaraku'.
"Ammara menurut perintah nenek! Bye, Assalamualaikum." Tangan Puan Ayfa dan Encik Fahmi dicapai dan disalam lalu ditambah dengan pakej ciuman di pipi untuk suami isteri tersebut.
Ammara berjalan di sebelah Arjuna. Sunyi sahaja perjalanan mereka ke kedai. Dahi Ammara berkerut-kerut menahan panas kerana cahaya matahari. Mesti wajah dia sudah bewarna merah! Ammara lajukan langkahnya.
Terkebil-kebil mata Arjuna melihat Ammara yang sudah jauh ke hadapan. Kenapa laju sangat? Dah tak sabar nak beli coklat sangat kah? Namun kakinya turut melajukan langkah mengikuti gadis itu dari belakang.
Tercungap-cungap Ammara bernafas apabila dia sudah tiba di bawah bumbung kedai itu. Dahinya yang berpeluh diseka dengan lengan baju kurung yang dipakainya.
"Ammara, kenapa laju sangat?" Soal Arjuna yang baru tiba. Boleh semput dia dibuatnya.
Kepala Ammara tertoleh ke arah Arjuna yang berada di sebelahnya. Eh! Lupa pula dia yang Arjuna mengikutinya sekali.
"Ya Allah, Ammara! Merahnya muka awak. Okay tak ni?" Soal Arjuna risau. Mana tak risau kalau wajah gadis itu betul-betul bewarna merah.
"Ammara okay! Ini benda biasa kalau muka Ammara kena cahaya matahari," jelas gadis itu sambil matanya melilau sekeliling. Orang di dalam kedai ini tidak ramai mana. Boleh lah dia pilih coklat dengan tenang.
Lantas gadis itu bergerak ke arah rak yang menempatkan pelbagai coklat. Kepalanya mendongak dan terkelip-kelip matanya memandang coklat yang tersusun kemas. Sedapnya...
Arjuna ketawa kecil dan dia mengikuti Ammara dari belakang yang sedang berjalan perlahan-lahan melihat coklat.
Ammara kemam bibir bila terpandang dua coklat kegemarannya. Dia tak boleh ambil dua-dua. Dia kena ambil satu sahaja kerana nenek yang suruh. Tak boleh lebih daripada satu!
"Ambil lah dua-dua kalau tak tahu nak pilih yang mana," ujar Arjuna. Dari tadi dia melihat gadis itu yang termenung merenung dua coklat di tangan.
"No, no. Nenek bagi ambil satu sahaja." Tegas nada Ammara. Dia ini seorang yang patuh akan arahan orang tua dan tak akan sesekali membantah.
"Okay, then." Arjuna tak boleh nak cakap apa jika melibatkan Puan Ayfa.
Akhirnya setelah beberapa minit, Ammara membuat keputusan untuk memilih coklat lain. Selesai masalah.
"Abang kerja apa eh?" Soal Ammara ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Sudah lama soalan itu berada di dalam fikirannya. Iyalah, 24 jam lelaki itu berada di rumah Encik Fahmi dan Puan Ayfa. Lelaki itu tidak kerja kah? Kalau tiada kerja, kenapa sambung belajar.
"Minggu depan baru start, " ujar Arjuna jujur. Benar, dia diarahkan untuk masuk pada minggu hadapan.
"Jangan pelik kalau Ammara rasa abang setiap masa dekat rumah tu, Ammara yang selalu terperap dalam bilik. Abang ada rumah sendiri jadi abang tak tidur dekat rumah nenek. Jangan risau," jelas Arjuja tanpa dipinta bersama senyuman tipis.
Ammara anggukkan kepalanya beberapa kali tanda memahami.
"Abang kerja apa?" Yes, Ammara memang ssorang yang penyibuk.
"Cikgu," jawab Arjuna dalam nada biasa menandakan bahawa dia tidak bermain-main.
Boleh percaya ke Arjuna ni?! Namun Ammara tetap mengangguk.
"Cikgu subjek apa?" Soal lagi.
"Bahasa Inggeris."
"HA?!"
17/2/24
insta : @/heerasohee
YOU ARE READING
Arjuna
RomanceArjuna merenung bulannya dengan tatapan mata yang redup. "Ammara sayang...Awak dah mandi ke belum ni? Kenapa saya masih bau masam?" Lembut tutur bicaranya agar tidak mengguriskan hati wanita itu. "Ish! Nak tuduh kita tak mandi lah tu!" Dengus Amma...