JADI... Harini lah Arjuna nak balik? Pipi digaru perlahan. Sekarang ini dia sedang membantu nenek menyediakan juadah. Mereka akan makan bersama-sama dengan Arjuna nanti. Hm, rasanya sudah lama Ammara tak lihat Arjuna malah wajah Arjuna pun makin kabur dalam ingatannya. Selama lelaki itu menyambung pelajaran, sekalipun dia tak pernah menyibuk ketika tokwan dan neneknya berhubung dengan lelaki itu melalui telefon.
No! Bukan dia yang tak menyibuk tapi nenek yang tak bagi.
"Ammara termenung apa ni sayang? Ammara lapar ke?" Tegur Puan Ayfa risau. Dari jauh dia lihat gadis itu seperti termenung. Ada sesuatu yang menganggu fikiran gadis itu kah?
Ammara tersentak. Senyuman manis diberi kepada neneknya.
"Ammara tak lapar cuma Ammara tengah kerah ingatan Ammara ni. Ammara dah lupa macam mana wajah Arjuna," ujar Ammara mengutarakan fikirannya. Dia seorang yang jujur kerana dia sudah dididik oleh ibu bapanya untuk berlaku jujur.
Puan Ayfa tersenyum.
"Nanti dia sampai, Ammara tenung lah wajah Arjuna puas-puas. Dan, Ammara tak boleh panggil macam tu je dekat Arjuna sebab Arjuna lagi tua dari Ammara. Ammara kena panggil 'abang Arjuna'," ujar Puan Ayfa membalas pertanyaan gadis itu.
Ammara mengembungkan pipinya.
"Dia tak marah ke Ammara panggil dia abang?" Kut-kut lah lelaki itu tidak suka orang memanggilnya abang walaupun Ammara adalah kenalan lelaki itu.
"Arjuna tak garang tapi Arjuna tegas."
Tak garang tapi tegas?
"Dah-dah. Cepat siapkan tu. Nanti dah siap pergi ruang tamu. Nenek tunggu Ammara." Puan Ayfa berlalu ke ruang tamu. Selendang di kepala diperbetulkan.
Ammara cepat-cepat menghabiskan kerjanya. Ayam masak merah diletakkan di atas meja lalu Ammara memastikan kesemua hidangan sudah siap sebelum langkah kaki itu menuju ke neneknya yang sedang berehat di ruang tamu menunggu kepulangan Arjuna.
Ammara sudah bosan memakai baju kurung jadi dia minta nenek belikan jubah untuk dia. Jadi hari ini dia memakai jubah yang bewarna biru tua dipadankan dengan tudung sarung sahaja. Ammara malas nak bersiap bagai kerana mereka tak ke mana pun. Hanya menunggu sahaja.
Selang beberapa minit, terdengar enjin kereta berbunyi. Puan Afya, Encik Fahmi termasuk dirinya menuju ke pintu rumah. Terlihat sebuah kereta yang sedang masuk ke perkarangan rumah.
Ammara cuma diam memerhati.
Dua lelaki yang keluar daripada kereta membuatkan Ammara menundukkan pandangan. Dia nak duduk saja di ruang tamu tetapi nanti dia dicop sombong pula!
Dari hujung mata, dia lihat mereka bersalaman dan salah seorang daripada mereka kembali masuk ke dalam kereta. Di tepi salah seorang lelaki itu, terdapat beg yang agak banyak. Kereta itu kembali mengundur dan hilang dari pandangan.
Arjuna melangkah ke arah tokwan dan neneknya dengan senyuman tipis. Belum sempat dia mahu mencapai tangan tua itu untuk disalam, tubuhnya sudah ditarik ke dalam pelukan Encik Fahmi.
Tangan Encik Fahmi menepuk-nepuk belakang tubuh Arjuna. Keras.
"Makin tegap badan kamu. Buat kerja apa kat sana, Arjuna?" Soal Encik Fahmi dalam nada bergurau.
Tawa kecil Arjuna terlepas.
"Arjuna buat kerja part-time. Saja cari duit sendiri," ujar Arjuna seraya melepaskan pelukan. Peluh di dahi diseka dengan tapak tangan. Panas.
"Jom masuk. Apa pula bersembang dekat luar rumah. Orang tua ni pun satu, bukan nak diajak cucu ni masuk!" Puan Ayfa mencelah. Beg-beg Arjuna mahu diangkat namun dihalang oleh lelaki itu.
"Tokwan dengan nenek masuk dulu. Beg ni biar Arjuna angkat sendiri." Takkan nak dibiar Puan Ayfa mengangkat begnya. Silap hari bulan, patah pinggang wanita itu.
Ammara menyembunyikan rasa malunya. Dia nak buat apa ni?!
"Err.. Abang nak saya tolong?"
Suara halus itu membuatkan kepala Arjuna terpusing. Eh? Dia tak perasan pula ada seorang gadis di sini tadi. Comelnya muka merah-merah.
"Nama siapa ni?" Soal Arjuna lembut. Dia beranggapan gadis di hadapannya ini baru lepasan SPM kerana tubuh gadis itu kecil sangat baginya.
"Ermm.. Ammara?" Ujarnya Ammara kedengaran seperti menyoal dirinya sendiri.
Oh, Ammara! Kepala Arjuna terangguk-angguk. Dia masih ingat akan budak comel ini.
"Ammara nak tolong abang angkat beg?" Soal Arjuna.
"Ya, Ammara nak tolong abang."
"Tapi beg ni berat tau...," ujar Arjuna memberi peringatan.
"Ammara boleh cuba. Kalau berat, Ammara heret, " jawab gadis itu jujur. Beg-beg Arjuna dikerling sekilas. Hm, memang nampak berat tapi tak salahkan dia mencuba?
Arjuna nak tersenyum tetapi ditahan.
"Okay, awak angkat beg ni, abang akan angkat yang selebihnya." Tangan Arjuna mencapai beg yang dirasakan paling ringan lalu dihulur kepada gadis itu.
"Terima kasih abang!" Ammara tersenyum manis seraya menyambut huluran itu lalu gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah.
Perlahan-lahan bibir Arjuna melorek senyuman tipis. Dapat angkat beg pun ucap terima kasih? Sudah lama dia tak lihat wajah gadis itu. Lain betul wajah Ammara ketika sudah meningkat dewasa.
- 15/2/24 -
boleh follow ig saya sebab saya akan keluarkan free ebook tak lama lagi <3
@/ heerasohee
YOU ARE READING
Arjuna
RomanceArjuna merenung bulannya dengan tatapan mata yang redup. "Ammara sayang...Awak dah mandi ke belum ni? Kenapa saya masih bau masam?" Lembut tutur bicaranya agar tidak mengguriskan hati wanita itu. "Ish! Nak tuduh kita tak mandi lah tu!" Dengus Amma...