KENING Arjuna berkerut pelik. Macam terkejut beruk je budak ni. Pelik sangat ke kalau dia jadi guru pun? Ke muka dia ni tak sesuai jadi guru? Sesuai jadi tukang kebun? Tukang mesin rumput? Sapu taik kambing?
"Kenapa? Pelik sangat ke?" Kening Arjuna berkerut-kerut.
Sengihan Ammara naik. Dia perlu beritahu ke tidak eh? Tak memalukan diri dia ke?
"Tak ada apa-apa." Tangan naik menggaru kepala yang dibaluti tudung lalu Ammara lajukan langkah. Panas.
Ammara tahu lelaki itu mengikutnya dari belakang jadi dia biarkan sahaja. Kenapa jalan belakang dia? Meh lah tepi ni!
Eee!
Tahu tak dia malu.
Tiba di hadapan pagar rumah, langkah Ammara berhenti mendadak. Mata Arjuna membesar. Nasib dia sempat berhentikan tubuhnya daripada berlanggar dengan gadis itu. Mata tajam merenung Ammara. Suka-suka hati dia je berhenti tak bagi signal.
"Ammara!" Keras dia berbisik tak sedar suara itu menakutkan Ammara.
Tubuh gadis itu menggigil kecil. Takut dimarahi. Arjuna menghela nafas.
"Kenapa berhenti?" Soal lelaki itu lembut seraya memandang apa yang dipandang oleh gadis itu.
Hm?
Surat?
Kenapa pandang surat macam tak pernah tengok surat.
"Ini mesti surah atok," omel Ammara perlahan sambil mendekati peti surat itu.
Eh, eh!
Dia buat tak tahu dengan soalan aku? Memincing mata Arjuna merenung gadis itu. Sabar, Arjuna! Budak tu comel tu.
Surat di atas peti surat itu dicapai Ammara lalu surat itu mahu dibuka namun ada kaki yang berdiri di sebelahnya buat tindakkan Ammara terhenti. Ammara jeling Arjuna sesaat. Eleh, sibuk je! Tadi marah dia sangat kan.
"Tak baik baca surat orang," tegur Arjuna bila melihat gadis itu mahu membuka surat itu. Dia yakin surat itu bukan untuk Ammara.
Ammara buat muka tak kisah lalu surat itu dibuka juga. Arjuna pejam mata. First lesson today, Ammara seorang yang degil.
Terkebil-kebil mata Ammara memandang surat itu. Err.. Lambat-lambat dia memandang Arjuna. Meminta pertolongan lelaki itu. Surat itu dihulur bersama muka seposen.
Terangkat sebelah kening Arjuna namun surat itu disambut juga. Bergerak-gerak bibirnya membaca isi surat itu.
Scammer?
Ammara berdehem untuk menarik perhatian lelaki itu.
"Jadi surat tu cakap apa?"
Eh? Tadi bukan main kusyuk budak ni membaca dia tengok. Siap dengan kening berkerut-kerut lagi. Alih-alih tanya dia juga? Tak akan tak faham apa yang surat ini nyatakan.
Sekejap.
Tak faham?...
"Awak tak faham English, Ammara?" Nak tergelak Arjuna kalau tekaannya itu betul. Isi surat ini kesemuanya dalam bahasa Inggeris. Mungkin gadis ini tak faham apa yang surat ini terangkan?
Namun melihat anggukan daripada gadis itu membuatkan wajah Arjuna terkejut sedikit sebelum kembali biasa. Wajah gadis itu tersengih-sengih membuatkan kepala Arjuna tergeleng perlahan.
Tak, dia bukan nak meremehkan Ammara. Jangan risau! Arjuna ni green flag!
"Ammara tak berapa ngam dengan subjek English. Dari dulu lagi," tutur Ammara. Dia tak malu. At least, dia faham juga perkataan-perkataan English daripada tak faham langsung. At least okay!
Sekarang ni pun dia tengah bertatih sedang belajar subjek English. Yang jenis perkataan yang susah disebut dan yang mengelirukan. Sampai berbelit lidah tu. Contohnya, hmm..receive dan recieve. Dia keliru tahu tak ejaan!
"Nanti ada masa, abang ajar Ammara. Dah, pergi masuk. Abang nak balik ni," ujar Arjuna atau lebih tepat menghalau gadis itu masuk ke dalam rumah secara halus. Kalau tak memang sampai esok mereka berdiri di sini berbincang tentang topik subjek English.
Ammara senyum. Dia angkat tangan kanannya.
"Bye abang.. Esok kita jumpa lagi!" Tangan kanan itu dilambai-lambai bersama sengihan manis.
Arjuna buat muka dalam diam tetapi dia tetap membalas lambaian itu. Kakinya bergerak melangkah ke arah rumah yang terletak di sebelah kiri rumah Encik Fahmu dan Puan Ayfa.
Mata Ammara terkelip-kelip. Polos. Arjuna buat apa di sana? Diam dia memerhati tindak-tanduk lelaki itu yang mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya. Lelaki itu berbuat sesuatu sehelum pintu rumah itu dibuka.
Jadi..
Itu rumah Arjuna?
Sebelah rumah atok dan nenek?
Biar betikk?!
Jadi haritu dia mencuri buah mangga lelaki itu lah?
Wait..
Bukan mencuri. Hampir tercuri! Tapi nasib baik ada yang menyedarkan dia
Alhamdulillah...
Terhindar aku dari dosa mencuri.
Rumah Arjuna ditilik lama. Selama dia duduk sini, dia tak ada masa nak menilik satu persatu rumah orang. Maklumlah, atok dan nenek jaga dia dengan ketat supaya jangan keluar dari rumah jika tak ada hal yang penting.
Uninya rumah lelaki itu. Tak besar tak kecil tapi serious unik!
Ammara akhirnya melangkah masuk ke dalam pagar rumah. Gadis itu berhenti di depan pintu untuk menanggalkan kasut. Sejenak, kasut-kasut yang tidak disusun dengan kemas dijeling dengan hujung mata. Banyak dan bukannya sikit kasut yang tak disusun tu.
Nak ke taknak?
Ammara berfikir-fikir sendiri.
Kasut arnab dicapai dan dicari pasangannya yang sebelah lagi. Seterusnya, kasut hagemaru pula disusun di sebelah kasut arnab itu. Lama-kelamaan Ammara fokus menyusun kasut yang bersepah itu sehingga tak sedar dia sudah bersimpuh di atas lantai. Sibuk menyusun kasut.
Puas. Senyum Ammara terukir comel melihat kasut-kasut yang kemas tersusun itu. Kebanyakkan semua itu kasut dia.
Baru Ammara nak melangkah masuk ke dalam rumah, tak jadi bila terasa ada sesuatu yang berlalu di belakangnya. Gadis itu berpusing ke belakang.
"Ish! Jamal!"
Tersebek-sebek wajahnya apabila kasut-kasut yang telah disusun disepahkan oleh seekor kucing itu. Tengok tu! Muka tak bersalah langsung.
Kaki dihentak kecil lalu Ammara terus masuk ke dalam rumah. Biar! Biar Jamal yang cucun-cucun balik semua kasut-kasut itu.
23/2/24
YOU ARE READING
Arjuna
RomanceArjuna merenung bulannya dengan tatapan mata yang redup. "Ammara sayang...Awak dah mandi ke belum ni? Kenapa saya masih bau masam?" Lembut tutur bicaranya agar tidak mengguriskan hati wanita itu. "Ish! Nak tuduh kita tak mandi lah tu!" Dengus Amma...