Bab 1

263 32 0
                                    

HALAMAN rumah yang penuh dengan daun-daun kering disapu oleh seorang gadis yang memakai baju kurung dan dipadankan dengan sehelai tudung yang tersarung di kepala. Pipi gadis itu berona kemerahan menahan cuaca panas terik. Dia perlu bersihkan halaman ini dahulu baru mata dia tak sakit tengok benda yang bersepah. 

Nafas dihela perlahan seraya tangannya yang memegang penyapu kembali menyapu sampai daun-daun kering yang masih tersisa.

"Ya Allah! Ammara!"

Terhinjut kecil bahunya mendengar jeritan itu. Pantas tubuh dipusing ke arah belakang. Terkebil-kebil matanya melihat Puan Afya yang menyarung selipar dengan gelabah dan langkah wanita itu mahu menuju ke arahnya.

Batang penyapu ditangannya diambil oleh wanita tua itu. Seterusnya, tangan Puan Afya naik memeriksa wajah Ammara dan serentak itu Puan Afya mengeluh. Kan dah merah!

"Ammara, kan nenek dah pesan, jangan bagi kulit Ammara tu kena cahaya matahari? Tengok tu! Dah merah dah. Ammara nak kena bebel dengan tokwan ke?" Soal Puan Afya lembut seraya menarik lengan cucunya itu berjalan masuk ke dalam rumah.

Ammara menggeleng kepalanya perlahan.

"Ammara tak mahu kena bebel dengan tokwan." Akhirnya! Keluar juga suara gadis itu tetapi kecil saja bunyinya. Tanpa sedar, Ammara mencebik bibirnya sedikit, tokwan suka membebel! Macam nenek.

Puan Afya tersenyum.

"Kalau Ammara tak mahu kena bebel dengan tokwan, Ammara duduk diam-diam je dalam rumah boleh?"

"Tapi Ammara nak tolong tokwan dengan nenek," ujar Ammara perlahan.

Puan Afya menutup pintu rumahnya lalu tubuynya dipusing menghadap Ammara. Tudung gadis itu dibuka dan dilap wajah dan rambut gadis itu yang sudah basah dengan peluh dengan menggunakan kain bersih yang tersimpan di dalam poketnya.

Alahai.. Sudah lah kulit Ammara ni cepat merah kalau panas!

"Nanti kalai tokwan atau nenek perlukan pertolongan, kami panggil okay? Sekarang ni, Ammara duduk je dalam rumah. Ammara boleh dengar cakap nenek?" Helaian rambut gadis itu dibetulkan oleh Puan Ayfa.

"Boleh. Ammara akan duduk dalam rumah." Balas Ammara lembut lalu dia mula melabuhkan punggung di atas sofa.

Puan Ayfa tersenyum manis. Sekilas dahi Ammara dikucup sayang sebelum wanita itu kembali ke belakang rumah mahu menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

Ammara memintal hujung rambutnya. Bibirnya memuncung sedikit. Bosannya! Matanya melilau sekeliling rumah. Mencari jika ada kerja yang boleh dia lakukan. Tetapi tanpa sengaja matanya ternampak sesuatu. Pantas Ammara duduk bersimpuh di tepi meja itu.

Album yang dari tadi menarik perhatiannya dicapai. Setiap muka surat diselak dan hanya dipenuhi dengan gambar tokwan dan neneknya. Ammara tersenyum sendirian. Comelnya!

Tiba di muka surat terakhir, wajahnya berubah. Wajah di dalam album itu diusap perlahan. Kejadian itu. Kejadian itu sudah beberapa tahun berlalu dan Ammara masih teringat betapa kejamnya orang itu.

Tiba-tiba ada satu tangan menarik album itu dan serentak itu mata Ammara naik memandang wajah Encik Fahmi, tokwannya yang sedang meletakkan album itu kembali ke tempat yang asal.

Lelaki itu mengambil tempat di tepinya.

"Harini Ammara buat apa kat rumah masa tokwan tak ada? Ammara dengar cakap nenek tak?" Soal Encik Fahmi seraya tangannya naik mengusap atas kepala gadis itu. Gadis yang dijaga dengan sebaik mungkin oleh dia dan isterinya.

Ammara ketuk dagu acah berfikir.

"Hmm... Harini Ammara dengar cakap nenek!" Gadis itu tersengih-sengih. Lengan tokwannya dipeluk manja.

Tawa Encik Fahmi terletus. Faham. Itu tandanya tak dengar cakap nenek lah tu!

"Ammara...," panggil Encik Fahmi meleret. Dia ada sesuatu yang perlu dia pesan kepada gadis ini.

"Iyaa.... " Sengaja Ammara juga menjawab dengan nada yang meleret.

"Lepasni Ammara jangan kerap sangat pakai kain batik boleh? Ammara masih ingat Arjuna? Dia dah nak balik Malaysia hujung bulan ni. Tokwan tak mahu tengok dia Ammara dalam keadaan macam tu. Ammara faham kan maksud tokwan?" Encik Fahmi menjelaskan satu persatu.

Arjuna Indra. Cucu angkatnya yang menyambung pelajaran ke luar negara akan pulang ke tanah airnya sendiri tak lama lagi. Dia tak mahu Ammara memakai kain batik di hadapan Arjuna atas sebab-sebab tertentu.

"Boleh. Ammara akan dengar cakap tokwan. Jadi selepas ni Ammara kena pakai seluar lah?" Hm, Ammara rasa sepanjang dia dijaga oleh tokwan dan neneknya, pakaian dia tak ada langsung yang berseluar. Kesemuanya kain dan dia langsung tidak membantah malah dia hanya memakai pakaian-pakaian yang sudah dibelikan oleh suami isteri itu.

"Tak juga. Ammara boleh pakai baju kurung. Nanti tokwan dengan nenek belikan banyak lagi baju kurung untuk Ammara." Semua pakaian Ammara diuruskan oleh Puan Ayfa kerana mereka mahu menjaga Ammara agar luar dan dalam semuanya elok.

Ammara mengangguk perlahan. Akur akan arahan tokwan dan neneknya. Tubuh Encik Fahmi dipeluk dari tepi. Manja. Bezanya, dia hanya menunjukkan sisi manjanya kepada tokwan dan neneknya sahaja.

Encik Fahmi melorek senyuman tipis. Ammara, anak perempuan Zayn dan Ameerah sudah menginjak dewasa. Gadis itu kini sudah berusia 22 tahun.

Ada sebab mengapa dia tak memberi Ammara untuk keluar rumah kecuali hal yang tertentu. Salah satunya ialah pasti ada mata-mata lelaki yang gatal mengusha cucunya ini. Seterusnya, orang-orang yang dengki kerana Ammara tidak berkerja.

"Bangun, pergi tidur dalam bilik. Nanti makan petang tokwan kejutkan," ujar Encik Fahmi sambil mengelus kepala gadis itu. Selalunya makan petang, mereka sekeluarga akan berehat di luar sambil menikmati hidangan seperti kuih.

"Kejut Ammara awal sikit tau? Ammara nak tolong nenek."

"Kalau tokwan ingat."

Encik Fahmi ketawa kecil apabila gadis itu menjelingnya. Macam manalah bila Arjuna pulang nanti ya?  Nak taknak terpaksa dia cari sebuah rumah yang boleh diduduki oleh lelaki itu.

- 15/2/24 -


Btw boleh follow insta baru saya sebab akan ada free ebook baru hihi.

Insta : heerasohee

ArjunaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang