FUH! Boleh tahan panas. Ya! Panas nak mengamuk. Ini baru hari pertama dia mengajar, tapi haih! Arjuna hembus nafas seraya bangun daripada duduk. Dia nak pergi rehat sebentar memandangkan jadual dia kosong selama satu jam.
Lelaki itu cuma membalas dengan senyuman tipis apabila cikgu-cikgu menyapanya.
"Sir? Sir nak ke kantin ke?"
Teguran itu membuatkan pandangan Arjuna pada telefon sedikit terganggu. Lambat-lambat Arjuna mengangkat kepalanya memandang pelajar yang menolongnya pagi tadi. Bukan sekarang kelas semua sedang berlangsung? Buat apa di sini?
"Yes." Malas nak ambil kisah dia iyakan sahaja. Tetapi kalau gadis ini tertangkap ponteng, dia juga akan turut terkena!
Arjuna melihat satu persatu lauk-pauk yang disediakan pada hari ini. Wana masih mengikuti lelaki itu dari belakang seraya matanya tak lepas merenung tepi wajah Arjuna.
"Tak ada kelas?" Soal Arjuna. Tak selesa dia dibuatnya apabila direnung lama sebegitu.
"Ada. Cikgu Farah minta Wana ambil beg dia di bilik guru," tutur gadis itu lembut. Tanpa rasa malu, Wana turut melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan gurunya.
Ah!
Kacaknya!
Melepas dia kalau lelaki ini diambil orang lain. Jadi, baik dia mulakan langkah terlebih dahulu.
"Okay, then?" Sebelah kening Arjuna terjongket sedikit. Sedikit pun dia tak angkat muka! Apalah nasib jadi orang hensem ni..
Haha!
"B-baik. Saya pergi dulu, sir." Wana bangun daripada duduknya. Kain sekolah dikibas perlahan dengan wajah yang sedikit membahang. Malu apabila Arjuna hanya melayan acuh tak acuh kepadanya. Macam mana lah dia nak tarik perhatian lelaki ini!
Akal mula berfikir pelbagai rancangan.
Arjuna hanya menghantar langkah pelajar sekolah itu dengam pandangan mata. Nasi dipinggan kembali dijamah. Dan.. Bayang seseorang yang berada di hadapannya membuatkan Arjuna tanpa sedar mendengus kasar. Nak apa lagi?
Niat nak menyembur gerangan tersebut dibatalkan apabila melihat seorang wanita dengan wajah manis melabuhkan punggung di atas kerusi yang diduduki oleh pelajar tadi.
Stop this,holy-
Apasal dia rasa harini macam dikelilingi oleh perempuan hah?! Tak tenang betul hidup aku.
Nametag wanita itu dikerling sekilas. Huda. Senyuman tipis diberi. Tak mahu dianggap sombong memandangkan wanita itu terlihat lebih tua daripadanya. Kening sebelah kanan digaru perlahan. Kekok. Kekok bila wanita itu hanya merenungnya. Nak apa pula?
"Anak saya kacau sir ye?" Suara lunak itu berbunyi perlahan.
"Sorry?" Tak jelas pula sebab dia termengelamun.
Senyuman wanita itu terbit. Manis.
"Anak saya, Wana. Dia kacau sir?" Kebetulan dalam penjalanan dia ke kelas seterusnya, dia ternampak anaknya yang sedang melilau sekolah. Budak tu memang tak lekat dengan kelas!
"Siapa?" Kening Arjuna berkerut. Hari ini dia bukan bertemu dengan seorang perempuan sahaja. Ramai! Agaknya lepasni dia tak boleh pakai ubat ketiak. Baru orang tak datang jumpa dia.
"Pelajar tadi tu anak saya. Nama dia Wana Insyirah. Wana tu peramah. Dia memang suka kacau cikgu-cikgu di sini," tutur Huda lembut bersama ketawa kecil. Wana memang suka mengacau. Dia yang naik malu.
Arjuna jatuhkan kepala. Faham. Oh, dah kahwin. Air dihabiskan lalu bibirnya dikesat dengan kain yang bersih. Dia ada banyak masa lagi jadi adakah dia perlu buat kerja yang patutnya dihantar pada minggu depan. Supaya nanti tak gelabah?
"Baik. Saya pergi dulu ya. Ada kerja." Kepala ditunduk sedikit sekadar menghormati wanita itu.
"Tunggu!"
Terketap bibir Arjuna. Apa lagi?! Lelaki itu berdecit sekali. Namun wajah manis dipasang. Nak menangis dah dia rasa sekarang ni.
"Yes?"
"Saya ustazah. Saya ajar pelajar tingkatan lima."
"Oh!" Nada mesra. Ya, mesra kau la sangat Arjuna. Rasa nak lempang diri sendiri sebab terlalu 'fake'.
Senyuman tipis dihadiahkan kepada Huda sebelum Arjuna berpaling melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Langsung tak toleh! Jam tangan dijeling. Awal lagi! Di sini, guru-guru perlu balik selepas kesemua pelajar sekolah pulang ke rumah. Nampaknya, selepas ini pukul 4 petang lah baru dia ada kat rumah.
Rahang diketap. Baru sekarang nak merungut. Dulu waktu sambung belajar, pukul 1 pagi baru ada kat rumah!
Huda yang berada di belakang tersenyum malu dengan pipi yang memerah. Tangan diletakkan kepada pipinya apabila menerima senyuman guru baharu itu. Dia dapat tahu pun setelah Wana memberitahunya pagi tadi.
Tak sampai sehari, lelaki itu sudah mendapat perhatian satu sekolah. Tudung labuh Huda betulkan seraya beg tangan dipegang. Dia dah lambat nak ke kelas!
Ting!
Lengan baju dilipat hingga siku lalu Arjuna duduk di atas kerusi. Telefonnya dicapai. Pesanan daripada Puan Ayfa. Rambut diraup sekilas lalu pesanan itu dibuka. Mahu apakah wanita itu mesej dia di waktu begini.
Nenek.
- Abang..Mata Arjuna terbeliak sedikit. Duduk ditegakkan. Sejak bila nenek panggil dia abang ni? Silap mesej ke apa? Tak berkelip matanya melihat Puan Ayfa yang sedang typing itu.
- Nenek suruh abang beli gula.
- Nenek tengah tidur. Tapi dia mengigau suruh abang beli gula.Terlepas ketawa kecil Arjuna. Siapa lagi yang ada di dalam rumah tu kecuali seorang gadis itu. Pucuk hidung digaru perlahan menyembunyikan senyumannya.
Ting!
Ah! Ada lagi? Nenek mengigau apa pula kali ni?
- Ini Ammara. Seri Ammara Dahlia
Ceh! Orang tahulah itu awak, Ammara. Pesanan itu dibaca tanpa dibalas. Nenek nak gula ya? Hahaha!
"Amboi! Senyum sampai ke telinga Encik Arjuna kita ni! Chat awek ke?"
Kepala ditoleh. Arfan. Di bibir lelaki itu terukir senyuman nakal. Sengaja nak mengusik.
Arjuna terlalu bersyukur apabila di tepi mejanya adalah guru lelaki. Sangat bersyukur. Tak adalah dia kekok. Di sebelah kananya pula memang kosong.
"Tak adalah." Belakang kepala digaru perlahan. Malu diusik sebegitu.
28/2/24
1K reads next chapter. So promote lah story saya.
YOU ARE READING
Arjuna
RomanceArjuna merenung bulannya dengan tatapan mata yang redup. "Ammara sayang...Awak dah mandi ke belum ni? Kenapa saya masih bau masam?" Lembut tutur bicaranya agar tidak mengguriskan hati wanita itu. "Ish! Nak tuduh kita tak mandi lah tu!" Dengus Amma...