Keesokan paginya, kau bangun awal kerana sudah menjadi tanggungjawab kau untuk menyediakan sarapan buat BTS. Selangkah kau keluar dari bilik kau, kau terlihat Jhope dan Jin sedang membincangkan sesuatu. Kau terdengar bahawa Jhope mengatakan apa akan jadi sekiranya manager mereka mengetahui tentang kau. Jin tidak terfikir akan hal itu. Kau mula berasa bersalah kerana kau mungkin akan menyusahkan mereka. Jadi kau terus keluar dari bilik dan keadaan ketika sangat sepi sekali. Jhope dan Jin terus terdiam tidak terkata. Mereka tidak mahu kau terdengar apa yang mereka bincangkan kerana mereka tidak mahu kau berkecil hati. Mereka berdua mula melontarkan kata-kata pagi dan senyuman.
Jhope : good morning y/n ^^ .. did you have your rest last night ?
Jin : morning awak :)
Kau : good morning too Jhope and Jin. Yes of course.. hmm awak semua nak breakfast apa ? Saya tolong preparekan ..
Jhope : kimbap ! I want kimbap for today breakfast. *jhope mengangkat tangannya seperti budak kecil yang ingin menjawab soalan semata-mata ingin mendapat gula-gula.
Jin : saya tak kesah awak nak buat apa. Tapi boleh awak tolong saya kejutkan Jungkook dan V. Hari ni kitaorang kena bangun awal untuk bersiap-siap ke KBS untuk rakaman Music Bank. Saya takut diaorang terlewat bangun.
Kau : a..ah nae..
Di dalam hati kau terfikir bagaimana caranya untuk kau mengejutkan V. V sememangnya tidak menyenangi kau di rumah itu. Kau takut kalau-kalau dia marah kau kerana kau mengganggu tidurnya. Akhirnya kau mengambil keputusan melangkah masuk ke dalam bilik kedua-dua maknae tersebut.
Seperti yang kau jangka Jungkook sememangnya senang untuk dikejut. Haya sekali saja kau mengejutkannya, terus dia bangun nak pergi mencuci muka. Sekarang tiba masanya untuk kau mengejutkan si harimau di dalam kandang.
Perlahan-lahan kau berjalan ke arah katil milik V. Selimut tebal menyelubungi badannya. Kau tersenyum tiba-tiba. Kau tidak mahu mengejutkannya lagi. Kau menatap dan meneliti wajahnya. Baru kau sedar betapa comel dan kacaknya dia. Kau memujinya comel di dalam hati kerana kau tidak mahu dia terjaga dari tidur.
Kau mengambil keputusan untuk mengejutnya kerana jam saat semakin berdetik. Kau takut mereka kesuntukan masa. Perlahan-lahan kau menarik selimutnya tetapi dia menariknya semula kerana sejuk. Kau mencuba cara lain dengan mengucap kata-kata pagi seperti 'good morning V. You need to get up now' . V hanya bangun seketika. Dia bangun dari posisi baringnya dan terus duduk. Dia berada dalam keadaan amai-amai. Dia kembali membaringkan dirinya dan berkata... '5 minutes more... aniya 10 minutes more' . kau hanya tergelak kecil melihat gelagatnya. Kau mengambil keputusan untuk keluar dari biliknya kerana kau melihatnya sudah seperti ikan paus kehilangan air. Keadaannya sungguh memenatkan.
Semasa kau berpusing dan ingin melangkahkan kaki, tangan kau ditarik V dan disuruh baring dan tidur di sebelahnya. Kau yakin V tidak berniat untuk melakukan perkara itu kerana matanya masih lagi tetutup. Semakin kau ingin melepaskan diri, semakinerat dan kuat pelukannya di pinggang kau. Kau terkejut dan tidak terkata.
V : hyung .. sekejallah.. mengantuk lagi lah..
Mendengar kata-kata yang dilontarkannya, kau tahu dia telah salah anggap bahawa kau ialah Jin oppa. Jin oppa lah yang sering mengejutkannya dari tidur jadi memang patutlah V tersalah anggap.
Kau : v...v.. taehyung ah.. s..saya y/n bukan Jin oppa..
V membuka matanya dan melihat kau berada di dalam pelukannya. Cepat-cepat kau ditolak dari katil. Kau mengerang kesakitan kerana kaki secara tidak sengaja telah terkehel. Namun keadaan kau pada waktu itu tidak diendahkan. Dia hanya menyuruh kau supaya menutup mulut dari memberitahu yang lain tentang insiden yang telah terjadi.
Kau dan V keluar dari biliknya dan menuju ke meja makan untuk bersarapan. Cara kau berjalan yang terhincut-hincut membuatkan yang lain risau.
Jungkook : noona ? Noona kenapa ? *Umur kau berbeza dua tahun daripada Jungkook. Kau dan Jimin adalah sebaya.
Kau : tak ada apa-apa lah :)
Jin : awak okay tak ? tadi kaki awak okay je.. ini keluar dari bilik V, macam-macam jadi.
Jungkook : ha..ha hyung apa yang hyung dah buat kat noona.. aiyook ~
V cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Dia memberitahu mereka bahawa kau hanya terlanggar bucu meja di dalam biliknya. Kau hanya mengiyakannya kerana kau tidak mahu menyusahkan mereka. Jin mengajak kau ke rakaman Music Bank pada hari itu. Dia risau kau akan keseorangan di rumah dalam keadaan kaki kau sebegitu. Tetapi ada satu permasalahan yang bermain di fikiran mereka. Bagaimana mereka nak bawa kau kesana ? Takut nanti staf-staf bighit berasa curiga. Pada masa ini jugalah tercetus idea Jimin..
Jimin : apa kata y/n jadi sepupu saya. Awak cakaplah awak masih lagi student dan awak datang ke rakaman Music Bank sebab awak kena siapkan tugasan.
Kau hanya bersetuju dengan cadangan itu. Kau juga mudah berasa bosan sekiranya duduk berseorang di rumah.
-----------
Kau hanya menunggi di sebuah bilik yang menempatkan BTS. Tetapi pada ketika itu, BTS sudah pun berada di atas pentas untuk memulakan rakaman. Kau juga hairan ke mana staf-staf mereka telah pergi kerana bilik itu berada dalam keadaan kosong. Hanya kau seorang sahaja yang berada di situ. Tanpa kau sedari, tiba-tiba datang seorang lelaki ke arah kau. Dia ialah Chanyeol. Kau agak gementar bertembung dengannya kerana kau masih ingat akan kata-kat Seoulhyun supaya jangan mengganggunya.
Chanyeol : annyeong y/n..
Kau : annyeong
kau menundukkan badan kau 90° sebagai tanda hormat. Tetapi mungkin juga kerana gelagat kau yang comel itu telah membuatkan Chanyeol berasa geram terhadap kau. Tanpa berlengah dia terus menarik tangan kau dan menyandarkan kau pada dinding. Dia meletakkan kedua-dua tangannya pada dinding dan kau diantaranya. Jarak antara kau sangatlah dekat. Hanya beberapa inci sahaja.
Chanyeol : yah y/n.. siapa BTS pada awak ? Dan siapa saya pada awak ? Jin... betul ke dia tu namja chingu awak ?
Kau hanya terdiam. Kau tidak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaanya itu. Semakin kau diam, semakin dekat mukanya dengan muka kau sehingga kau dapat rasakan hembusan nafasnya di muka kau. Bagi mengelakkan dia mendekatkan dirinya lebih lagi pada kau, kau hanya menjawab pertanyaannya itu.
Kau : B..BTS tu ialah idol saya sejak mereka debut lagi. A..awak.. s..saya anggap sebagai idol. Dan Jin itu bukan namja chingu saya.
Chanyeol : kalau dia bukan namja chingu awak, maknanya saya boleh buat apa saja kan pada awak.
Kau terdiam. Kau terfikir apalah yang akan dilakukannya pada kau. Sedang kau berfikir, sepuluh jari jemarinya memasuki celah-celah cari kau dan dia menggenggam erat tangan kau seolah-olah kau akan pergi tinggalkannya. Dia mendekatkan lagi mukanya sehinggan hidung kau dan hidung miliknya bersentuhan. Kau berasa takut dan menutup mata kau sendiri. Chanyeol hanya tergelak kecil melihat wajah kau ketika itu. Kau kembali membuka mata dan tiba-tiba bibirnya yang lembut dan berwarna merah jambu mula melekat pada bibir kau. Kau seakan berada dalam dunia kau sendiri. Kau cuba untuk menolaknya tetapi dia tetap bertahan. Bibirnya bertahan untuk jangka masa yang lama di bibir milik kau.. sehinggalah BTS kembali ke bilik tersebut. Mereka sangat terkejut dengan apa yang mereka nampak. Kau cepat-cepat menolak Chanyeol jauh-jauh dari kau. Tiba-tiba satu tumbukan melayang pada muka Chanyeol. Tumbukan tersebut telah dihadiahkan oleh Jimin kerana kurang bersopan pada kau. Kau hanya terdiam. Kau terlihat darah mengalir dari hidung Chanyeol. Kau berusaha untuk mengelapnya kerana berasa bersalah tetapi pergerakan kau dihalang oleh Jin. Jin menarik tangan kau dan membawa mau pulang ke rumah. Keaadaan di rumah menjadi sunyi dan sepi. Kau tidak bertegur mereka malam itu dan terus masuk ke bilik untuk tidur kerana keletihan.
*actually ni second time tulis part ni. Dah publish tapi tak tahu kenapa yang asal boleh hilang.. terus blank .. tak ada apa-apa pun. So terpaksalah tulis balik
YOU ARE READING
Breathe In My Own Dream
FanfictionBreathe In My Own Dream ? Bernafas dalam mimpi sendiri ? -perasaan kau apabila kau dapat meneroka mimpi kau sendiri seakan akan dunia realiti. -bercinta pula dengan idol kegemaran kau -apakah itu semua akan bertahan lama ? apa yang akan terjadi apa...