Keadaan agak tegang pagi ni. Mereka tak berkelakuan seperti biasa. Kau berasa bersalah atas perbuatan yang kau langsung tak buat pada hari semalam. Masing-masing hanya termenung memandang mangkuk yang berisi seaweed soup. Hubungan kau dan V semakin hari semakin baik. Sebab itu dia berani menegur kau dengan cara yang baik.
V : emm boleh tahan juga seaweed soup ni. Good job y/n..
Kau : t..thank you
Kau hanya tersenyum mendengar komen yang diberi. Di sudut hati kau, kau berasa gembira kerana V memuji masakan kau.. tetapi kau juga merasakan mereka yang lain berasa kurang selesa dengan insiden semalam. Bagi memecahkan suasana yang senyap dan sunyi ketika itu, Jin cuba untuk berbincang sesuatu dengan kau.
Jin : y/n ?
Kau : nae ?
Jin : apa yang dah jadi semalam ? kenapa boleh jadi macam tu ? macam mana boleh jadi rapat dengan Chanyeol ?
Nadanya ketika bercakap memang tegas. Kau tahu Jin tak bermaksud nak memarahi kau, tapi dari segi percakapannya itu, kau berasa agak takut. Jin hanya mahu melindungi kau daripada Chanyeol kerana dia terlalu arif dengan perangainya Chanyeol. Semua perempuan yang dia nak, semua dapat. And.. bila dah bosan cari lain. Bukan tu saje, dia sanggup buat apa saje semata mata nak dapatkan perempuan yang dia suka. Caranya berbeza, walaupun dia kelihatan bersungguh sungguh untuk dapatkan perempuan yang dia suka, tapi caranya agak kasar. Sebab itulah Jin beria ia mahu melindungi kau daripada Chanyeol. Dengan takutnya kau menjawab pertanyaan lelaki itu.
Kau : s..saya tak buat a..apa apa. Semalam tu semua kebetulan je. Mungkin awak salah nampak.
Walaupun kau kurang suka dengan Chanyeol, tapi kau tetap melindungi dia daripada Jin tah apa yang dia telah lakukan. Bukan apa, kau tidak mahu perkara ni jadi lebih teruk. Biarlah kau dan Chanyeol sahaja yang tahu. Jawapan yang kau berikan menimbulkan ketidakpastian dalam diri mereka. V yang tidak berpuas hati dengan kau, segera bercakap dengan kau menggunakan nada yang tinggi.
V : kau ingat kitaorang ni buta ke ?! Tak nampak apa yang jadi semalam. Duduk berdua dalam restroom kitaorang lepas tu kau bercium dengan si Chanyeol tu pulak ! Aku rasa kau baru je kenal dia kan ?! Baru kenal dah berani buat macam tu.. kau ni perempuan jenis apa haa ?! *smirk
V hanya senyum sinis ketika itu. Kau berasa sentap dengan apa yang dia katakan. Semua itu bukan salah kau dan kau sahaja yang tahu perkara itu. Kau tidak suka orang lain memarahi dan menuduh kau tanpa usul periksa. Walaupun kau seorang yang penyabar, tapi bagi kau itu sudah keterlaluan. V berkata begitu seolah olah kau tiada maruah. Kau tidak mampu mengangkat muka kau dan menghadap mereka. Kau juga seorang yang sensitif. Kau tidak mampu berbuat apa kecuali menitiskan air mata ketika itu. Mereka yang mula melihat kau menangis pada waktu itu, mula berasa bersalah. Itu juga merupakan kali pertama mereka melihat kau menitiskan air mata.
Jungkook : noona ? Noona okay ? Noona jangan dengar cakap V tu. Noona ......
Jungkook mula mengesat air mata kau yang mengalir ke pipi kau. Kau hanya diam diperlakukan seperti itu kerana kau sudah mengaggap Jungkook sebagai dongsaeng kau. Jhope yang melihat kau pada waktu itu menyuruh kau masuk ke dalam bilik sambil ditemani Jungkook. Ketika di bilik, Jungkook menenangkan kau sebaik mungkin. Mereka yang lain masih berada di meja makan membincangkan sesuatu bersama V.
Jhope : V.. jaga sikit mulut kau tu. Cara kau cakap dengan y/n kasar sangat. Kan dia dah nangis tu ..
V : hyung mianhaeyo. Aku tak dapat nak control bila teringat apa yang dia buat semalam.
Namjoon : kalau ye pun, tanya lah dia elok elok dulu. Jangan main sergah je.
Suga : you can't be swag.... -_- pergi minta maaf kat dia.
Jimin : V .. kau marah dia sama dengan kau marah aku. Hancur hati aku tengok dia menangis T.T kau minta maaf kat dia sekarang. *menarik baju V
Jin : dah dah.. bagi y/n tenang dulu. V, kau jangan jumpa dia dulu. Takut nanti jadi makin teruk. Sekarang korang siap siap breakfast, nanti kita gerak. Training.
Bts : okay hyung
Lepas breakfast, mereka pun bertolak ke bighit untuk training. Mereka meninggalkan kau seoranh di rumah dan beri kau masa untuk bertenang di rumah. Kau mencapai remort control dan mula menoton tv. Habis kau menekan nekan remort itu. Boleh rosak jadinya.
Kau : haa... apa aku nak buat ni. Tv pun takde cerita best.
Kau mula bergerak dari bilik ke bilik untuk membersihkan bilik mereka. Sepanjang kau membersihkan rumah, hanya seorang sahaja yang biliknya cukup cantik dan kemas. Bilik Jin. Kau tahu dia seorang yang pembersih. Apa yang membuatkan kau asyik tersenyum ialah apabila melihat biliknya yang berwarna merah jambu. Terlalu banyak merah jambu di biliknya. Kini kau beralih pula ke bilik V. Kau hanya mampu mengeluh. Mana taknya, biliknya amat bersepah seperti dah setahun dah kemas. Baju baju kotor semuanya bersepah dia atas kipas, dia atas katil, di lantai. Katilnya juga tidak dikemaskan. Kau mengambil masa hampir satu jam membersihkan bilik V. Pengambilan masa yang agak lama ketika membersihkan biliknya membuatkan kau berasa penat. Niat kau hanya untuk berbaring sebentar dia atas katil V, tetapi akhirnya kau tertidur tidak sedarkan diri. Sedar sedar kau sudah dibuai mimpi.
YOU ARE READING
Breathe In My Own Dream
ФанфикBreathe In My Own Dream ? Bernafas dalam mimpi sendiri ? -perasaan kau apabila kau dapat meneroka mimpi kau sendiri seakan akan dunia realiti. -bercinta pula dengan idol kegemaran kau -apakah itu semua akan bertahan lama ? apa yang akan terjadi apa...