Part 9 - BIMOD

86 13 1
                                    

Setiap hari mereka pulang, pasti ada seseorang yang menyambut kepulangan mereka. Tapi hari ini orang yang dimaksudkan tidak munculkan dirinya. Yang lain berasa hairan kerana jam menunjukkan pukul 3 petang, kebiasaannya pada waktu begini kau akan menyediakan minum petang untuk mereka, tetapi kali ini tidak. Kekeliruan itu tidak bertahan lama apabila V memasuki biliknya dan mendapati kau berada di situ. Perlahan-lahan dia mendekati kau.. dia tidak mahu membuat kau terjaga daripada tidur kau. Dia mula melabuhkan punggungnya di atas katil dan menatap wajah kau.

V : hmmm.. penat sangat ke sampai tertidur kat sini .. *kata V di dalam hati. Dia hanya tersenyum sinis melihat kecomelan kau sewaktu kau tidur.

Setelah beberapa lama lelaki itu meneliti wajah kau, dia mula berasa penat setelah beberapa jam membuat latihan di studio. Tanpa disedari dia tertidur dalam keadaan duduk di atas lantai dan meletakkan kepalanya di atas katil. Kini hanya kau dan dia sahaja di dalam bilik itu.

--------------------

4 petang ~

Jungkook : yah hyung .... mana hyung letak jacket war........... *jungkook memulas tombol pintu dan terkejut melihat kau bersama hyungnya tidur di dalam satu bilik.

Cepat-cepat dia mengejutkan kau dan V. Jungkook menarik tangan kau dan menghalang kau daripada duduk berdekatan dengan V.

Jungkook : yah hyung ! Igebeoya ?! Apa yang hyung buat dengan noona ni ?! Noona ... neo gwaenchansubnida ?

Kau : haa ? Eo.. na gwaenchana.. ni bukan salah V pun. Noona yang tertidur dekat sini.

V : eo ? Please don't blame me if you don't have any proof you fetus -,- aigoo ~ hyung pun tertidur kejap tadi. Penat

Jungkook : eyy... boleh percaya ke ? Noona jom. Jangan duduk sini lama-lama nanti hyung menggatal. *whispers

Jungkook cepat-cepat menarik kau keluar dari bilik tersebut dan meminta kau membuat nasi goreng kimchi untuknya. Mereka yang lain melihat telatah kau dan Jungkook menjadi pelik.

Namjoon : yah ! Ada apa ni ? Merah nye muka y/n. Did something happen in there ? *smirk

Jungkook : hyung tak payah sibuklah.. huh ~

Namjoon : ............ *cepat cepat membaling bola keranjang milik Suga pada Jungkook. Tetapi sasarannya tidak tepat. Bola tersebut meluru menyerang kepala kau.
BUKKK !!......

Kau : AHH ! *kau terus terduduk

Jungkook : ah noona ! *cepat cepat menangkap badan kau dan mengusap usap kepala kau*
Hyung ! Apa ni ?!

Namjoon : y/n ah.. mianhaeyo. Saya tak sengaja.

V yang terdengar kekecohan di ruang tamu terus bergegas keluar dari biliknya.

V : ......... ._. ......... apa ?

Jimin : Namjoon hyung campak bola kene kepala y/n. Tengok tu kesian y/n. Nanti dia nangis macam mana ? Aiyok hyung..

Namjoon : yah ! Diamlah. 'TER'kena okay.. lagipun hyung dah mintak maaf.

Jin : sudah sudah ~

Suga : she's a girl man. It must be hurt.

Hoseok : ...... (acts like nothing happen. Pakai headphone dengar lagu sampai volume 100%)

V meluru ke arah kau. Dia meletakkan jari di dagu kau dan mendongakkan kepala kau agar wajah kau melihat tepat pada wajahnya. Dia meneliti setiap butiran yang ada pada muka kau dan kepala kau. Dia mengusap kepala kau tanda tiada apa apa yang berlaku. Dia mendekatkan dirinya dengan kau. Telinga kau berada dekat dengan mulutnya sehinggakan kau dapat merasakan hembusan nafasnya. Dia mula berbisik pada kau dan mengajak kau keluar dengannya pada malam itu. Apa yang dimaksudkan, adalah pada tengah malam. Dia tidak mahu hyungnya mengesyaki apa apa. Niatnya hanya untuk berbual dengan kau.

_______________________________________

12 midnight ~

Kau menunggu dia di ruang tamu. Dia tidak muncul muncul. Kelopak mata kau semakin berat dan tidak tertahan untuk membiarkan mata kau terbuka lagi. Kau melelapkan mata di atas sofa. Sedang kau tidur, dia berjalan menuju ke arah kau dan duduk di atas sofa bersebelahan dengan kau. Dia ingat akan "temu janji" yang dia janji pada kau malam itu, tetapi dia membuat keputusan untuk tidak mengejutkan kau dari tidur. Dia hanya membiarkan kau tidur di situ berbantalkan tangannya. Dia mula mencapai alat kawalan tv dan menonton tv. Tidak lama selepas itu kau pun terjaga.

V : good morning !

Kau : ...... m..morning ? Sekarang dah pukul berapa ?

V : 1 pagi.

Kau : mianhae.. sebab saya tertidur. Saya tunggu awak tadi, awak lambat sangat. Itu yang tertidur tu. Hehe

V : ah yimmida :)

Kau : erm... kenapa awak nak ajak saya keluar ?

V : erm kejap.

V meluru masuk ke dalam bilik kau dan mengambil jaket kau. Jaketnya pun diambil sekali. Setelah itu dia memakaikan kau jaket tersebut dan memegang erat tangan kau. Dia membawa kau bersiar siar di taman berdekatan. Tangannya masih lagi melekat pada tangan kau.

Kau : uhm V ah.. tangan ........ *sambil menunjuk nunjuk pada tangan kau

V : oh mianhae !

Kau : it's okay. Kenapa ajak saya keluar pagi pagi macam ni ? Nanti kalau fan nampak macam mana ?

V : takpe. Sekarang ni semua tengah tidur. Y/n ?

Kau : nae ?

V : y/n duduk sini, namja chingu y/n tak risau ke ?

Kau : rasanya dia risau. Lagi lagi lah anak anak y/n. Mesti diaorang rindu dekat y/n. Siapa nak jaga makan minum diaorang.

V : anak ? Y/n dah kahwin ? Kenapa tak cakap awal awal. Anak pun ada ? Jinjja ? Untungnya husband y/n.

Kau : aah untung kan dia. Nak tengok tak gambar anak anak y/n ? *menghulurkan telefon kau dan menunjukkan gambar anak anak kau

"HAHAHAHAHAHGAGGAGGGABDJD"

V hanya tergelak besar dan menyebabkan air mata keluar dari mata nya.

V : mati mati saya ingat awak dah ada kahwin. Rupa rupanya kucing.

Kau : hahaha, y/n dah anggap diaorang macam anak saya sendiri. Comel kan ?

V : comel ... macam tuannya.

Kau : ha ? Apa ?

V : saya tak suka ulang dua kali -,-

Keadaan di situ kemudiannya menjadi tegang. V mengajak kau duduk di salah sebuah bangku di taman tersebut. Dia meletakkan earphone di telinga kau dan di telinganya. Kemudian dia memegang erat tangan kau.

V : y/n ah...

Kau : eo ..?

V : awak nak tahu tak.. dulu masa mula mula saya nampak awak saya tak suka betul dengan awak. Tapi sekarang saya tahu awak ni baik.

Kau : mmmm.... saya tahu.

V : jadi .........

Kau : emm ?

V : jadi..... sebenarnya..... actually.......

Kau : ...... -.-

V : saya suka awak !

Kau : saya pun suka awak juga sebagai kawan ^^

V : t..tapi.. saya suka awak lebih dari tu. Saya taknak awak anggap saya kawan. S..saya...

Kau : apa maksud awak ?

Belum sempat V menerangkan pada kau, tiba tiba seorang menjerit nama V pada kau dan V. Kau dan V terkejut kerana masih ada lagi fan yang berkeliaran ketika itu. V menarik tangan kau dan bergegas pulang ke rumah. Tiba di rumah, dia hanya menyuruh kau masuk tidur dan tidak menghabiskan ayat yang sepatutnya dia katakan. Kau mengaku kalah dan terus bermaharajalela di atas katil kesayangan kau. V juga tidak membuang masa melelapkan mata dan dibuai mimpi. Segala yang berlaku sebentar tadi dilupakan buat sementara waktu.

Breathe In My Own DreamWhere stories live. Discover now