| 05 |

97 11 1
                                    

"Ru," panggil Tuan Mohamad, ayah kepada Rumaisya.

Rumaisya tidak menjawab. Sebaliknya, dia hanya diam meneruskan bermain dengan telefon pintarnya.

Pandangan Tuan Mohamad tidak beralih. Ditatap lama wajah anak perempuan tunggal dia itu sebelum ia menarik kerusi lalu dia labuhkan punggung di atas kerusi.

"Ru dah janji dengan abah yang Ru nak berkahwin. Kenapa Ru buat macam ini?" tanya Tuan Mohamad.

Alangkah terkejutnya Tuan Mohamad apabila Rumaisya bukan setakat sahaja membatalkan pemilihan baju pengantin malahan menundakan majlis pernikahan.

"Ada apa, Ru? Kalau Ru-"

Cepat sahaja Rumaisya memotong percakapan ayahnya. "Ru tak sedia." Rumaisya mengangkat wajah memandangi wajah ayah. "Ru minta maaf dah susahkan abah tapi Ru memang belum sedia."

Rumaisya mengembalikan fokus mata ke skrin telefon.

Tuan Mohamad menghembuskan nafas. Salah diakah tidak memahami Rumaisya? Anak perempuan tunggal dia ini suka membuat keputusan sesuka hati.

"Ru tetap nak tunda majliskah, Ru? Habis itu bakal suami kamu macam mana?"

Tuan Mohamad risau jikalau bakal menantu lelaki dia tidak senang dengan majlis pernikahan yang tiba-tiba sahaja ditunda. Tidak ada khabar berita tiba-tiba ditunda tentu akan dipersoalkan.

"Kalau dia tu tak setuju bermakna dia setuju untuk batalkan terus majlis nikah ni." Jawapan Rumaisya membuatkan Tuan Mohamad sekali lagi menghembus keluh.

"Ru-"

"Abah tak boleh paksa Ru. Ru yang nak kahwin bukan abah. Kalau abah terus paksa Ru macam ni Ru tak akan teragak-agak untuk batalkan sekarang juga." Rumaisya betul nekad mahu ayahnya bersetuju sahaja dengan keputusan dia.

Tuan Mohamad hembus nafas. Dia bangun dari duduk. "Iyalah." Kaki diorak keluar dari bilik Rumaisya.

Rumaisya angkat wajah pandang ke arah daun pintu yang sudah ditutup rapat oleh ayahnya. Rumaisya hembuskan nafas yang panjang sebelum dia membaringkan tubuh di atas katil. Dia tahu apa yang dia buat salah, dan dia sedar.

Dia tidak berniat untuk mengecewakan sesiapa apatah lagi mengecewakan ayahnya. Dia tahu dia sering buat keputusan mengikut kehendak hati tanpa berfikir tetapi ini semua demi kebaikan diri ia.

ENCIK SEMPURNA HER HUSBAND | BAB 5

Ikram menggaru kepala. "Ha, ini aku tak berkenan sangat. Apa pasal kau punya majlis nikah ni ditunda? Eh, bakal bini kau ni sebenarnya nak ke tak kahwin dengan kau?"

Ikram pula yang pening kepala memikirkan masalah Asytar. Dia hairan kenapa majlis nikah yang sepatutnya berjalan lancar menjadi semakin huru-hara. "Tinggal seminggu lagi kut. Kenapa nak tangguh?" marah Ikram.

Nada Ikram jelas tidak puas hati. Dia marah kerana dia sudah siapkan diri untuk makan sedap-sedap secara percuma sahaja di majlis nikah kawan baik dia itu nanti. Tiba-tiba, majlis ditunda pula ke tiga minggu hadapan.

"Kau kecoh sangat kenapa? Aku yang nak kahwin, kan?" Asytar membalas.

"Aduh, memang kau yang nak kahwin tapi aku tak puas hati sebab majlis tu tinggal seminggu. Ini sekarang tunda pergi ke tiga minggu? Hei, siapa sebenarnya bakal isteri kau ni? Kalaulah aku dekat tempat kau kan dah lama aku cari je pengantin perempuan lain."

Asytar menggelengkan kepala melihat riak wajah Ikram. Marah sangat kawan dia dengan majlis dia yang ditunda. Asytar boleh sahaja duduk relaks.

"Ikram, boleh bertenang tak?" Asytar menuang air kosong ke dalam gelas yang dia pegang. "Kalau ditunda tu maksudnya wife-to-be aku tu belum bersedia. Aku kena lah bagi dia masa. Buat apa nak rushing? Relax."

ENCIK SEMPURNA HER HUSBANDWhere stories live. Discover now