| 17 |

56 7 1
                                    

Satu tamparan hinggap di pipi kiri milik Asytar. “Anak tak guna!” tengking Fadili, ayah kepada Asytar.

Asytar hanya mendiamkan diri. Dia tidak bicara sepatah mahupun mata ia menatap kembali ke wajah ayahnya. Dia hanya membiarkan kepala ia menunduk berhadapan dengan lelaki yang ada di hadapannya sekarang.

“Aku dah cakap aku kahwinkan kau dengan budak gemuk itu sebab aku nak kau dapatkan semua dokumen-dokumen penting daripada Mohamad! Kau ingat aku bagi kau kahwin dengan si gemuk itu sebab suruh kau bersenang-senang?” Diramas kasar rambut yang kian memutih itu.

Tuan Fadili memang sejak dari dulu lagi tidak berpuas hati kerana keuntungan syarikat milik Tuan Mohamad lebih banyak berbanding dengan keuntungan syarikatnya sendiri. Dia sedang mencari jalan untuk mengaut keuntungan milik ayah Rumaisya itu menggunakan Asytar sebagai perantara atau lebih tepat sebagai budak suruhan ia.

“Kau sedap lah hidup senang dengan dia orang, kan? Kau lupa tujuan kau.” ditunjal kasar dahi Asytar menggunakan jari telunjuk ia itu. “Hei, aku ini boleh hilang sabar tau. Kau jangan sampai aku pukul kau dekat sini!”

Tuan Fadili menghela nafas panjang. “Kau tak bolehkah jadi anak yang membanggakan untuk aku? Kau tahu tak aku ini dah cukup malu ada anak macam kau.”

Hinaan daripada ayah kandung Asytar itu sama sekali tidak membuatkan Asytar menunduk meminta-minta ampun kepada ayahnya seperti apa yang dia sering lakukan sebelum ini. Dia masih menghormati ayahnya tetapi perlakuan ayah ia seolah memperbudakkan ia bukan melihat ia sebagai anak.

“Hei, kau pekak ke? Aku tengah bercakap ini!” Tuan Fadili tunjal lagi dahi Asytar.

“Itu bukan tujuan Asy, ayah.”

“Apa kau cakap?” berubah wajah Tuan Fadili apabila ia mendengarkan perkataan Asytar. “Kau ulang lagi sekali.” Dahi Asytar ditunjal sedikit kuat.

“Tujuan Asy kahwin dengan Rumaisya cuma satu; Asy nak jadi suami yang baik untuk Rumaisya. Bukan tujuan Asy kahwin dengan dia untuk mengaut harta yang dimiliki Rumaisya. Itu bukan tujuan Asy tapi itu tujuan ayah.” Asytar tidak akan melakukan perkara keji sebegitu.

Walaupun ayah ia meminta untuk ia melakukan hal jahat kepada orang lain bukan pada keluarga Rumaisya, ia akan tetap menolak.

Satu tamparan hinggap lagi di pipi Asytar. “Anak tak guna!” Tuan Fadili tatap tajam, penuh amarah. “Aku tak kisah kau punya tujuan kahwin dengan budak gemuk itu sebab cinta ke, sebab gemuk dia ke, sebab nafsu kau ke, aku tak kisah! Aku nak kau buat apa yang aku suruh. Kalau kau berani lawan aku, kau siap!” Ditolak kasar bahu Asytar.

Tuan Fadili terus sahaja menapak pergi meninggalkan Asytar di situ.

Asytar menelan liur. Dia hembuskan nafas. Tangan ia bergerak menyentuh ke pipi ia yang ditampar oleh ayahnya itu.

Sejak dulu lagi, pipi itulah yang menjadi mangsa tamparan tangan ayahnya. Asytar sudah lali dengan semua itu. Dia tidak lagi merasakan ia terbuang kerana pada dasarnya, ayahnya itu sudah membuang ia.

Tidak pernah dianggap sebagai seorang anak oleh Tuan Fadili itu sudah menjadi makanan kepada Asytar. Dia tidak lagi berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada sang ayah. Kini, dia sudah dewasa dan dia tidak akan membiarkan isterinya, Rumaisya tersakiti kerana hal ini.

“Ayah tampar kau lagi?” suara seorang perempuan mematikan lamunan Asytar.

Asytar menoleh. Kakak tiri ia, Marina menatapnya dengan riak risau. Ia hanya tayangkan senyum kepada kakak tiri ia sebelum kakinya melangkah menuju ke arah bangku, dilabuhkan punggung atas bangku tersebut.

ENCIK SEMPURNA HER HUSBANDWhere stories live. Discover now