Makanan yang terhidang di hadapan hanya dipandang oleh Rumaisya. Tinggi nafsu makan ia tetapi entah kenapa dia tidak ingin makan walau mencicip sedikit makanan yang ada di hadapan.
Mimi menghembuskan nafas panjang. Dia letak pinggan di atas meja sebelum ia duduk di kerusi berhadapan dengan Rumaisya. “Dah kenapa kau pandang saja makanan tu? Tak sedap ke aku masak?” tanya Mimi.
“Aku tak ada selera lah, Mi.”
Jawapan Rumaisya membuatkan Mimi ternganga. “Kau cakap tak berselera? Kau tahu tak ini semua makanan. M-A-K-A-N-A-N. Ma-ka-nan.” dieja pula makanan itu.
Rumaisya menggeleng. Dia tahu di hadapan dia sekarang ini makanan yang dimasak oleh Mimi, kawan baiknya. Selera ia sahaja tidak ada walaupun warna makanan itu memukau.
Rumaisya bangun dari duduknya.
“Ru, kejap.” Mimi menghentikan Rumaisya. Mimi turut berdiri. “Kau betul tak nak makan? Kau asyik mengelak nak makan. Kenapa ni?” tanya Mimi. Risaulah ia melihat keadaan Rumaisya yang berubah drastik.
“Aku cuma tak ada selera, Mi.” Rumaisya terus sahaja berjalan menuju ke katil. Ia duduk di atas katil, mata ia hanya pandang ke lantai.
“Kau ada masalah apa ni, Ru? Assignment?” tanya Mimi masih berusaha untuk tahu apa yang sedang menganggu fikiran Rumaisya.
Rumaisya bukanlah jenis orang yang senang-senang menolak pelawaan jika bab makanan. Dia orang paling laju kata ‘iya’ kalau makanan dilibatkan tetapi sekarang berlainan pula.
“Aku risau tengok kau macam ini, Ru. Cakaplah dengan aku kalau kau ada masalah. Aku kawan kau kut.” Mimi memujuk. Dia menutup makanan yang telah dihidang sebelum ia mengorak langkah ke katil Rumaisya.
“Aku okay,” jawab Rumaisya.
“Kalau okay kenapa kau tak nak makan? Nampak sangat kau tak okay. Kau kalau okay mesti makan tak cukup tambah dua pinggan.” sempat Mimi bergurau.
Rumaisya mendiamkan diri. Dia tidak tahu bagaimana hendak ia mula cerita. Semuanya datang dalam masa yang sama tetapi ia masih ragu untuk mempercayai.
“Kau ada masalah ke dekat rumah?” kini Mimi menyentuh bahagian yang begitu sensitif kepada Rumaisya kerana perkara yang terjadi di rumah itulah yang sedang menghantui fikiran ia sehingga sekarang.
“Ru?”
Rumaisya menggelengkan kepala. “Tak. Aku cuma tak ada selera nak makan. Kau makan lah kalau kau nak makan.” Rumaisya membaringkan tubuh.
Mimi hembus nafas. Semakin risau dia melihat sikap Rumaisya yang berubah drastik sebegini. Dia mahu tahu apa masalah yang dirunsingkan di fikiran Rumaisya. Ia ingin membantu kawan baiknya itu tetapi Rumaisya kelihatan tidak ingin membicarakan soal itu.
“Yalah. Kalau kau nak makan kau ambil je lah dekat meja.”
Rumaisya memusingkan tubuh, baring membelakangi Mimi.
Mimi kembali duduk di kerusi. Ia tatap Rumaisya yang berbaring di katil. Jujur tidak tenang hati ia melihat kawan baik ia begitu.
ENCIK SEMPURNA HER HUSBAND | BAB 12
Ikram menguap besar sebelum merenggangkan tubuh. Gelas kaca yang tersusun rapi di atas meja itu diambil. Dia membuka peti ais lalu susu diambil keluar. Susu tadi dituang ke dalam gelas kaca.
YOU ARE READING
ENCIK SEMPURNA HER HUSBAND
Romance[ 23 | ONGOING ROMANCE ] start : 31 DECEMBER 2023 end : Pasangan yang bahagia itu adalah ketika mereka saling melengkapi kekurangan yang ada pada pasangan mereka. Jikalau hati sudah terpaut, pasti akan jatuh cinta sekali lagi. Si dia b...