| 06 |

87 7 1
                                    

"Haa. Akhirnya, sampai juga hajat aku nak nengok kau pakai baju pengantin ni." Mimi angkat tinggi baju pengantin yang berwarna putih tersebut.

Rumaisya hanya pandang sahaja wajah Mimi. Dia malas hendak bersembang banyak dengan Mimi. Kawan dia itu kalau diajak bersembang mesti akan menyakitkan hati sahaja.

Butik Elvira menjadi tempat pemilihan baju pengantin untuk pernikahan Rumaisya.

Setelah dua bulan berlalu, akhirnya Rumaisya menetapkan juga tarikh pernikahannya. Walaupun berat hati dia hendak menerima bakal suaminya yang tidak sekali pernah ia lihat, dan dia sendiri tidak mahu melihat lelaki itu.

Rumaisya menghembuskan nafas panjang. Dia tidak mahu meneruskan majlis ini tetapi dia masih memiliki hati dan perasaan untuk menjaga aib ayahnya. Sudah cukup dia memalukan ayahnya menundakan majlis pernikahan sehingga dua bulan ke hadapan.

"Rumaisya!" panggil Mimi sedikit kuat.

Rumaisya mengedipkan mata. Dia toleh ke arah Mimi. Dia berkedip lagi.

"Kenapa?" tanya Rumaisya.

Mimi menggulingkan bebola mata. Dia sakit hati betul dengan perangai Rumaisya yang asyik mengelamun sejak mereka menjejakkan kaki di butik ini.

"Kau ada masalah apa sebenarnya ni, Ru?" Mimi duduk di sofa bersebelahan dengan Rumaisya. "Kau tak terfikir nak tunda majlis lagi, kan?"

"Tak."

Mimi hembus nafas. Lega hati dia mendengar jawapan singkat daripada Rumaisya.

"Tapi aku terfikir nak batalkan terus."

Mimi tersedak air liurnya. Dia tatap dalam wajah Rumaisya. Dia tunjuk penumbuk di hadapan muka Rumaisya. "Kalau kau berani kau buat lah."

Rumaisya membuat muka. Dia sudah agak jawapan dia akan buat keadaan semakin teruk lagi. Dia tidak dapat bayangkan sebagaimana rupa ayah dia jikalau dia berani utarakan niatnya untuk membatalkan majlis.

"Ru..." Mimi pegang lengan Rumaisya. "Kau jangan buat macam ni. Tolonglah."

Mimi tidak mahu jikalau Rumaisya membuat keputusan yang akan memberikan kerugian untuk diri Rumaisya. Dia sayangkan Rumaisya. Kawan dia ini sahajalah yang dia ada untuk dijadikan sebagai sahabat dunia dan akhirat.

"Dah lah. Aku nak balik." Rumaisya bangun.

"Eh, tak boleh." Mimi menghalang. Walaupun tubuh mereka berbeza saiz tetapi Mimi tetap berani hendak menyakat Rumaisya. Senang sahaja kerja Mimi. Dia hanya perlu peluk si Rumaisya yang gempal itu.

"Apa hal pula tak boleh? Plan kita kan cuma datang dekat butik ni saja." Rumaisya menggulingkan bebola mata.

"Tak. Plan kita dah berubah. Kau dah ada dekat butik ni sekarang, dan aku nak kau try baju pernikahan kau sendiri." Mimi menyilang tangan ke dada. Dia tekad hendak membuatkan Rumaisya setuju untuk cuba baju pengantin dia sendiri.

"Aku tak nak."

Mimi peluk ke lengan Rumaisya. "Janganlah buat aku sedih lagi, Ru. Bapa kau dah happy sampai dia menari-nari kut tadi pagi. Cepatlah." Mimi memujuk.

"Mi, aku cakap aku tak nak!" Rumaisya cuba untuk menolak tubuh Mimi menjauh daripadanya tetapi Mimi masih keras melekat di lengan ia.

"Rumaisya, marilah. Rumaisya!" nyanyi Mimi.

Berkerut dahi Rumaisya. Dia hendak tutup telinga tapi lengannya yang satu dipeluk oleh minah di sebelahnya. Rumaisya mendengus tidak puas hati.

"Iyalah, iyalah, aku cuba." Rumaisya menggulingkan bebola mata. Dia tidak puas hati apabila terus didesak-desak begini. Kalau dia tidak akur dengan Mimi dia kena dengar bebelan pula.

ENCIK SEMPURNA HER HUSBANDWhere stories live. Discover now