Rumaisya termenung menatap bingkai gambar arwah ibunya. Dia rindukan ibunya saat ini. Apatah lagi apabila ia teringat tentang permintaan daripada ayahnya tempoh hari.
"Rumaisya," panggil ayah Rumaisya, Mohamad.
Rumaisya segera berpaling menghadap wajah ayah. Dia mengukirkan senyum, "Kenapa, abah?" tanya Rumaisya.
Tuan Mohamad duduk di sofa bersebelahan dengan Rumaisya.
"Abah minta maaf sangat-sangat kalau permintaan abah membebankan fikiran Ru. Abah sebenarnya terhutang budi sangat dekat Fadili itu." Tuan Mohamad membuka cerita.
Rumaisya diam mendengarkan abahnya.
"Ru satu-satunya anak abah. Abah berat hati nak bagi kamu kahwin. Bukan abah nak menyekat kamu daripada berumahtangga, dan ada kehidupan sendiri tapi ayah cuma berat hati. Arwah mama kamu sudah bertahun meninggal. Ru adalah harta serta kenangan yang ditinggalkan arwah." Tuan Mohamad menghembuskan nafas yang panjang.
"Abah," panggil Rumaisya setelah dia sekian lama mendiamkan diri, "Apa yang Uncle Fadili buat sampai abah terhutang budi sangat dengan dia?"
"Sebelum arwah mama kamu meninggal, dia yang banyak bantu abah untuk kos rawatan arwah. Abah pula waktu itu terjerat dengan masalah kerja. Fadili itu sudah banyak bantu kita waktu kita susah. Jadi abah memang rasa tak boleh nak hampakan permintaan dia."
"Tapi kenapa berkahwin? Perlukah sampai kena jodoh-jodohkan? Anak kawan abah tu belum tentu lagi akan setuju atau suka dengan Ru. Nak-nak lagi dengan keadaan Ru macam ini. Siapa pun tak nak ada isteri dengan badan gemuk macam ini." Rumaisya menunduk.
Tubuh gempal milik Rumaisya sentiasa membuatkan dia menjadi bahan ejekan orang-orang sekeliling. Bagi mereka, orang-orang yang memiliki badan besar menjijikkan. Rumaisya sudah lali dengan hinaan-hinaan orang tentang tubuhnya.
"Ru... abah kan dah pesan dengan Ru. Jangan sesekali pandang rendah dengan diri sendiri. Biarlah apa orang nak kata. Ru tak ganggu pun hidup mereka itu semua. Abah bangga tau ada anak macam Ru."
Tuan Mohamad memang pantang kalau ada yang menghina anaknya. Jikalau berlaku di hadapan mata ia, pasti dia tidak akan senang-senang bagi lepas. Beliau sayangkan anak perempuan tunggalnya itu.
Biarlah seluruh dunia mengata tentang Rumaisya, dia tidak akan sesekali menyerah dalam mempertahankan anak perempuannya. Biar seisi dunia tidak menerima kekurangan pada Rumaisya tetapi ia sebagai ayah sentiasa menerima baik dan buruk anaknya.
"Macam mana kalau Ru tak jumpa bahagia dengan pernikahan tu nanti, abah?" tanya Rumaisya.
Rumaisya takut. Dia tidak mahu menyia-nyiakan hidup bersama dengan lelaki yang tidak menghargainya dengan tulus. Rumaisya juga ingin seperti wanita lain yang disayangi, dan dijadikan ratu di hati oleh suami mereka.
Tuan Mohamad senyum, "In sha Allah. Ru mesti akan bahagia. Abah jamin."
Rumaisya memuncungkan bibir, "Macam mana abah boleh cakap macam itu sedangkan abah tak pernah jumpa pun dengan lelaki tu."
"Abah ada jumpa dengan dia sekali. Dia budak baik."
"Itu secara kasar, abah. Kalau talam dua muka? Macam mana? Depan baik tapi belakang..." Rumaisya mendengus. Dia tahu sangat bagaimana lelaki bertalam dua muka.
"Tak baik kita ini menabur fitnah. Berdosa besar."
"Itu bukan fitnah, abah. Ini kenyataan. Abah sendiri pun mesti tahu." Rumaisya berpeluk tubuh.
Tuan Mohamad, "Abah yakin dia mampu jadi suami yang baik pada kamu."
Rumaisya diam tidak membalas sepatah pun kepada abahnya. Rumaisya sudah tidak ada apa-apa alasan untuk menolak permintaan oleh abahnya. Mahu atau tidak dia tetap harus katakan iya.
ENCIK SEMPURNA HER HUSBAND | BAB 2
Berkerut dahi Mimi apabila ia melihat wajah Rumaisya datar sahaja seperti sedang memikirkan sesuatu hal yang berat.
Mimi melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Rumaisya, "Ada apa termenung?" tanya Mimi.
"Aku tak nak kahwin." tiba-tiba sahaja Rumaisya menyatakan isi kepala yang telah lama menjadi beban.
Rumaisya pandang wajah Mimi. Lama ditatap wajah kawan baik dia itu sebelum dia menopang kepala dengan kedua belah telapak tangan menutup matanya.
"Aku tak nak kahwin..." nada suara Rumaisya sayu sahaja kedengarannya di telinga Mimi.
Mimi segera pegang ke tangan Rumaisya, "Kau janganlah cakap macam ni. Nanti abah kau dengar kecil hati dia tau." Mimi mengusap tangan Rumaisya. Dia ingin menenangkan sahabatnya itu.
"Habis itu aku punya perasaan ni siapa nak jaga?" Rumaisya pandang wajah Mimi. Air mata sudah bertakung di tubir matanya membuatkan Mimi lantas bangun.
Mimi segera duduk di kerusi yang ada di sebelah Rumaisya, "Bukan macam tu, Ru. Kau ni." Mimi berbisik sambil ia mengusap ke bahu Rumaisya.
"Habis tu? Macam mana? Aku ini dah macam dijual oleh ayah aku sendiri."
Mimi cepat-cepat menutup mulut Rumaisya dengan telapak tangan kanannya, "Shh! Kau jangan cakap lagi macam ni."
Rumaisya menolak tubuh Mimi sehingga terbuang sedikit tubuh Mimi ke belakang. Dia menjeling bila menatap empat mata bersama dengan Mimi.
"Aku bukannya nak kecilkan hati kau tapi aku tak naklah pasal benda ini kau dengan bapa kau gaduh pula. Kau itu pun dah buat keputusan untuk setuju, kan?" Mimi menghembuskan nafas yang panjang sebelum diperbetulkan posisi duduknya.
"Rumaisya binti Mohamad," panggil Mimi lagi sekali, "Kau janganlah buat macam ini. Lagipun kau sendiri cakap yang bapa kau dah pernah jumpa dengan dia-"
"Sekali," potong Rumaisya.
"Ha, iyalah sekali tapi bapa kau dah cakap dia budak baik, baik lah tu. Apa lagi yang kau nak meragukan komen daripada bapa kau sendiri? Patutnya kau happy."
Rumaisya menghembus keluh, dia menggelengkan kepala, "Mula-mula memanglah baik. Kalau dah lama-lama mesti dah tak ada lagi kata-kata baik tu." Rumaisya berkeras hendak mengatakan bahawa lelaki yang merupakan bakal suami dia itu bukan orang yang baik.
"Kalau kau rasa ragu, takut sangat... apa kata kau pergi jumpa dengan bakal suami engkau itu sendiri. Macam mana?" Mimi memain-mainkan alis ke atas.
"Tak." sepatah sahaja dijawab oleh Rumaisya. Dia tidak mahulah berjumpa dengan lelaki itu. Kenapa dia sibuk untuk berjumpa dengan lelaki yang dia sendiri tidak berharap untuk menjadikan suaminya.
"Ego," bisik Mimi perlahan.
Rumaisya mendengus. Dia menatap ke arah sinki. Dia menopang dagu dengan tangan, siku di atas meja.
Mimi hembuskan nafas apabila ia melihat wajah Rumaisya. Bukan niat dia hendak menyibuk hal Rumaisya tetapi dia hanya inginkan yang terbaik buat rakannya itu.
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
ENCIK SEMPURNA HER HUSBAND
Romansa[ 23 | ONGOING ROMANCE ] start : 31 DECEMBER 2023 end : Pasangan yang bahagia itu adalah ketika mereka saling melengkapi kekurangan yang ada pada pasangan mereka. Jikalau hati sudah terpaut, pasti akan jatuh cinta sekali lagi. Si dia b...