| 09 |

69 5 0
                                    

Suasana Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tidak pernah terlepas daripada kesibukan. Bukan sahaja warganegara Malaysia yang terlihat sedang berada di lapangan terbang ini malahan ada dari negara luar turut kelihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ini.

Masing-masing sibuk dengan dunia mereka sendiri. Ada yang sedang berlari-lari anak mengejar langkah milik si cilik mereka. Ada pula yang sedang memerhati jadual penerbangan ke destinasi yang dituju. Semuanya sibuk dengan urusan mereka masing-masing.

Asytar juga sama seperti mereka. Ia berdiri di dekat kaunter lapangan penerbangan sementara ia menunggu Ikram, kawan baiknya itu selesai menggunakan tandas. Sesekali Asytar menoleh ke arah pasangan kekasih asal dari luar negara itu bersembang sambil berpegangan tangan.

Apakah dia cemburu melihat pasangan bahagia itu kerana dia tidak dapat merasai kebahagiaan yang sama? Tidak. Malahan, Asytar berdoa agar Allah mempermudahkan urusan ia bersama dengan isteri tercintanya.

Walaupun ia sedar jikalau sukar untuk ia mencapai ke arah kebahagiaan itu tetapi hati seorang Asytar masih berharap utuh untuk menggapai kebahagiaan yang terlihat mustahil. Jika dia mampu mendapatkan Rumaisya sebagai isteri sahnya setelah empat belas tahun menunggu, tidak mungkin kebahagiaan bersama Rumaisya dalam perkahwinan ini tidak dapat ia gapai.

Telefon pintar yang ada di dalam kocek seluar berwarna hitam diseluk oleh Asytar.

Nombor telefon Rumaisya yang terpapar di skrin telefon Asytar ditatap lama. Ibu jari ia bergerak hendak menekan punat hijau untuk membuat panggilan. Ia hembuskan nafas setelah ia berfikir-fikir.

Punat hijau ditekan membuat panggilan kepada Rumaisya.

Hanya kedengaran deringan sahaja tanpa sambutan. Walaupun begitu, Asytar tetap membuat panggilan lagi sekali. Dia hanya ingin mendengar suara isterinya untuk sebentar sahaja.

"Untung betul bini kau tu, Asy." Suara Ikram yang tiba-tiba menegur Asytar daripada belakang mengejutkan Asytar sedikit.

Asytar toleh ke arah Ikram.

Ikram hembuskan nafas sebelum ia sandarkan belakang badannya ke kaunter di belakang. Dia berdeham sebelum pandang wajah Asytar. "Kau call dia?" tanya Ikram.

Asytar sengih. "Memanglah aku call isteri aku. Tak ada siapa yang aku nak call selain daripada isteri aku. Kau itu tak call bini kau?" Ia memaksudkan haiwan peliharaan milik Ikram.

Ikram membuat muka. "Kau sengaja lah nak kenakan aku, kan? Aku tahu lah aku ini tak ada bini macam kau. Bini aku dekat rumah itu kalau reti sambut call tak apa juga. Ini... dia cuma tahu makan, tidur aje."

Ikram menghelakan nafas. Guinea pig itu sahajalah yang dia ada di rumah buat dia tidak sabar hendak pulang setiap kali berangkat ke kerja. Hendak rindukan pasangan dia tidak ada pasangan lagi.

Hendak dikata dia tidak laku tetapi muka dia lawa saja. Ramai juga pramugari yang tengah syok dekat Kapten Ikram ini. Kalau tidak syok mana mungkin mereka menegur dia setiap kali dia lalu di dekat mereka.

"Marilah kita gerak," tegur Asytar menyedarkan Ikram yang sedang mengelamun panjang.

Lelaki itu asyik fikirkan pasangan sahaja. Kadang-kadang Asytar pula yang geram dengan sikap Ikram sebab tiada rasa bersabar. Kalau ada jodoh pasti datang bergolek kepada Ikram juga suatu hari nanti.

"Alahai... Aku rasa macam aku ini dah tak ada semangat pula nak balik rumah. Kau itu lain lah. Bersemangat aje nak balik rumah sebab ada isteri."

ENCIK SEMPURNA HER HUSBANDWhere stories live. Discover now