| 19 |

38 4 0
                                    

1:33PM.

Asytar duduk di sofa sementara Rumaisya pula duduk di kerusi pada meja belajar. Rumaisya menyibukkan diri ia dengan membuat kerja kursus di komputer riba milknya itu.

Asytar membiarkan buku diari ia terbuka di pehanya. Pen dipegang, siku kiri ia diletak di atas bahu sofa, dan menopang rahang ia sambil anak mata ia hanya jatuh kepada Rumaisya yang duduk membelakanginya.

Rumaisya tahu jikalau Asytar sedang menatap ia di belakang tetapi ia tidak hiraukan. Jantung ia berdegup laju juga namun, diabaikan semua itu demi menyiapkan kerja kursusnya.

Asytar tersenyum. Dia mula menulis sesuatu pada buku diari ia yang berwarna coklat itu. Kembali ia menatap ke arah Rumaisya.

Dia senyum semakin lebar sebelum pandangan dijatuhkan pada buku diari ia semula. Dia menulis lagi sebelum dia menutup buku diari tersebut. Ia letak buku diari itu di muka sofa di sebelahnya.

Ia pandang ke arah sang isteri semula. "Awak suka kucing?" tanya Asytar spontan mengejutkan Rumaisya kecil.

"Kenapa tanya?"

Asytar berdeham. Dia berjalan menuju ke arah Rumaisya. Degupan jantung Rumaisya semakin rancak. Asytar memegang ke bahu kerusi Rumaisya menggunakan tangan kiri ia, manakala, tangan kanan ia diletak di meja. Dia membongkok kecil, toleh ke wajah Rumaisya.

"Kalau awak suka... saya cadang nak ajak awak bela kucing. Nak?"

Rumaisya menelan liur. Ditahan sebaik mungkin degupan jantung ia itu kerana perbuatan Asytar yang membuatkan dia seolah-olah mati akal di situ. "Saya suka kucing tapi tak pernah bela kucing lagi. Kalau awak nak saya ikut je."

"Saya nak tahu pendapat awak, isteri saya, Rumaisya." Asytar semakin menunduk mendekatkan wajah ia ke sisi wajah Rumaisya, dekat dengan telinga Rumaisya. "Jawapan awak?" tanya Asytar sedikit berbisik.

"B...boleh juga." balas Rumaisya menahan gagap ia kerana perbuatan Asytar membuatkan dia gementar.

Asytar melarikkan senyum. "Awak siapkan kerja awak dulu lepas itu awak siap-siap."

"Nak pergi mana?" Rumaisya menoleh. Hampir sahaja bibir Asytar menyentuh ke dahi Rumaisya. Rumaisya kaku.

Asytar ketawa kecil. Tangan kiri ia mengusap ke kepala Rumaisya. "Kita pergi date, sayang." diturunkan kucupan lembut ke dahi Rumaisya. "Siapkan kerja awak dulu. Saya tunggu." Asytar senyum.

Rumaisya berdeham. "Ok."

Asytar mencuit lembut hidung Rumaisya. "Okay, sayang." Ia cium pula ke ubun-ubun Rumaisya kali ini. Dia berdiri tegak semula sebelum dia berjalan menuju ke kamar mandi.

Rumaisya mengedipkan mata. Dia sentuh ke hidung ia. Senyum perlahan-lahan terkoyak. Dia mengemam bibir menahan bibir ia dari terus terkoyakkan senyum.

"Suka-suka dia je cubit orang..." Rumaisya sebenarnya tidak sedar jikalau hati ia mulai tergerak dengan sikap romantik milik Asytar. Ternyata begitu senang untuk Asytar memeluk ke hati Rumaisya itu.

Dia menggeleng-gelengkan kepala. "Ish! Jangan nak angau." ditepuk-tepuk pipi tembam ia itu sebelum ia kembali membuat kerja kursus ia itu.

Namun, Rumaisya sudah tidak boleh fokus kerana ia masih lagi tidak boleh menenangkan hati ia itu. Degupan jantung laju membuatkan dia rasa ingin memukul-mukul dadanya. Dia gembirakah sekarang ini?

ENCIK SEMPURNA HER HUSBANDWhere stories live. Discover now