| 24 |

46 5 0
                                    

10:10AM

"Rumaisya?"

Rumaisya yang sedang sibuk mengemas buku rujukan ia di dalam beg di meja bersebelahan dengan laluan berjalan kaki itu tersentak. Dia menoleh. Mata ia melihat figura seorang lelaki yang memakai kemeja berwarna kelabu, berseluar hitam.

Siapakah?

Rumaisya menekur pula wajah lelaki itu lama sebelum dia mengedipkan mata. Dia pernah lihat wajah lelaki ini. Persis seperti seseorang dari masa lalu ia.

Lelaki itu melarikkan senyum memperlihatkan lesung pipit ia di kedua-dua belah pipi. "Saya Firash, Rumaisya."

Sejurus sahaja nama itu disebut, Rumaisya terus kaku di posisi. Dia menelan liur yang terasa payau. Dunia di sekitar ia bagaikan gelap menghiasi segenap ruangan pandangan ia ke arah lelaki di hadapan itu.

Firash. Firash. Firash. Firash! Nama itu membuatkan Rumaisya kembali teringat masa lalu.

"Kau..." Rumaisya mengetap bibir. Tidak mungkin Firash di hadapan dia adalah Firash yang pernah menyakitinya dahulu. Tidak mungkin dia bertemu kembali dengan lelaki itu.

"Ini saya, Firash. Ex-boyfriend awak dulu, Rumaisya."

Rumaisya bagaikan sedang diserang dengan ingatan di masa lalu. Hendak ia melarikan diri daripada lelaki yang berada di hadapannya sekarang namun, entah kenapa kaki ia berat untuk melangkah.

"Rumaisya? Awak okay?" tanya Firash. Dia berjalan mendekati Rumaisya.

"Tak... jangan." Rumaisya pantas sahaja mengambil beg ia lalu bergerak ia meninggalkan tempat itu.

Firash kaku di tempatnya. Dia menghembuskan nafas panjang. Dia pandang ke arah laluan Rumaisya sebentar tadi lalu segera ia mengikuti.

Dikejar Rumaisya dari belakang. "Rumaisya, tunggu dulu." Firash berlari ingin memegang ke tangan Rumaisya untuk menghentikan langkah Rumaisya.

"Aku tak nak bercakap dengan kau. Pergi lah! Jangan ganggu hidup aku!"

"Kejap..." Tangan milik Firash memegang ke lengan Rumaisya namun, Rumaisya menarik kasar lengan ia kembali sehingga tertolak tubuh lelaki itu jatuh terduduk di atas lantai jalan.

Firash mengedipkan mata untuk beberapa kali sebelum dia memandang ke wajah Rumaisya.

Rumaisya menghentikan langkah kerana dia tersedar dia telah tertolak tubuh lelaki itu sehingga terduduk. Dia pandang ke wajah Firash yang masih duduk di atas lantai jalan.

"Rumaisya..." Firash bangun daripada jatuh. "Saya nak cakap pasal kita."

Rumaisya mengetap rahang. "Pasal kita?" Dia menggigit bawah bibir ia dengan kuat. Berai sungguh lelaki itu mengatakan 'kita' di hadapan dia, orang yang telah dikhianati oleh lelaki itu.

"Pasal kita yang mana? Yang kau tipu aku?" Rumaisya tatap tajam anak mata Firash.

Firash hembuskan nafas. "Saya tahu awak marahkan saya. Saya nak minta maaf pasal kes dulu. Saya sebenarnya tak berniat nak buat awak macam tu."

Firash mendekati Rumaisya.

Rumaisya mengundur. Tatapan ia tajam ke anak mata Firash. Lelaki yang ada di hadapannya sekarang sengaja mengutarakan semua ini demi mendapatkan maaf daripadanya? Dia tidak percaya.

"Kau tak payah nak bodohkan aku." Rumaisya berkata sinis. Perkataan sama pernah dikeluarkan olehnya kepada Asytar, suami yang mencintainya dengan tulus. "Aku tak akan percaya dengan apa yang kau cakap. Lepas apa yang kau dah buat..."

ENCIK SEMPURNA HER HUSBANDWhere stories live. Discover now