𝟗 𝓓𝓻𝓸𝓹

22 1 0
                                    

Ketika berhenti di lampu merah, aku memandang motor di sebelah kerana ada rambut putih yang terbang di belakang. Irwan Zafriel. Dia menoleh ke arah aku.

Jari ditunjuk ke Encik Fazeel. Encik Fazeel perasan yang aku asyik berlawan mata dengan Zafriel. "Who's that? Your new boyfriend? Sure got a great body." laju aku menggeleng kepala. Jari ditindih membuat tanda pangkah. Zafriel ni pun, pakai baju macam nak pergi gim! "No! Tak kenal langsung!" Encik Fazeel angguk sambil kening terangkat serta bahunya. "No need to be so aggressive Navier."

Damn, macam tu je dia gula-gulakan aku. Papa tiba menelefon aku. Encik Fazeel mengeser ikon loud speaker. Aku ni salah bapa ke? Macam patut jadi anak Encik Fazeel je. "Vier pergi mana? Dato Fazeel pun tak ada ni." aku memandang Encik Fazeel supaya dia memberi penjelasan.

"Saya bawa Navier pergi lunch dekat luar. Nanti keluarga Hazim Fikri tu datang kan? Jadi saya tak nak Navier kena dimalukan lagi. You, as a father. You don't even stand up for your daughter. I don't want to interrupt your guys relationship but you got to take better care of Navier. Or else..." Encik Fazeel sengaja membiarkan ayat dia tergantung.

Panggilan terus ditutup. Aku terbuntang mata pandang Encik Fazeel. "What? I'm just taking care of you. Papa Navier tu mana makan saman. Sama macam isteri dia yang bebal tu. Putri Safrina, she's a student at my friend's college. Not that much of a bright person. Also a bitch." aku tertawa mendengar tentang perkara buruk Safrina dari orang luar.

Kalau orang luar boleh nampak perangai Safrina, tak akan keluarga sendiri tak nampak? Ke buat-buat buta. Dah buta di buat oleh ibunya. Sampai di sebuah restoran, kereta di parkir dan kami berjalan masuk beriringan. Beberapa pasang mata memandang. Aku hiraukan bisikan orang.

Ada satu bisikan yang aku dapat tangkap. "Tu bukan ke Dato Fazeel Idris? Sugar baby dia ke tu?" oh bukan sugar baby. Anak kepada kekasih hatinya. Kami duduk di meja yang berada di tepi tingkap. Bertentangan pula merupakan makhluk berambut putih. William pula berdiri di sebelah dia. Busy betul William.

William senyum saat nampak aku. Zafriel pula hanya memberi jelingan mata. Tempahan makanan sudah diambil. Encik Fazeel tiba berdehem. "Navier, tak nak sambung belajar ke? Pakcik cover kalau papa Navier tak nak. You're smart so there's no problem for you to get in any college you desire."

Aku geleng kepala dan merapatkan dua-dua tangan. "Navier nekad nak buka syarikat sendiri. Navier tak nak belajar. Tak apa kalau tak ada orang nak Navier sebab ada lepasan spm je. Navier boleh hidup dan jaga diri sendiri. Sebelum ni pun mana ada sesiapa."

Encik Fazeel mengeluh. Dahi di dipicit-picit. "Keras kepala juga Navier ni. Okay, I respect your desicion. But if you somehow have a change of heart, just contact me. Is that alright with you?" lega hati bila Encik Fazeel kata begitu. Risau dia berkeras suruh aku sambung belajar.

Yang aku tertanya-tanya sekarang ni, apa kerja Encik Irwan Zafriel Si Misteri Hantu ni?! Aku merenung sambil tunggu tempahan makanan. Encik Fazeel pergi ke tandas. William mengeyit mata ke aku setelah Encik Fazeel pergi. Zafriel sedang menikmati makanannya. Seperti dia baru balik dari gim. Dia gerak lain-lain ke dengan William? None of my business anyway.

William duduk di depan Zafriel selepas menerima arahan. Dan sekarang aku tak boleh nak tatap muka William yang kacak. Haihh... Baru nak angau. Encik Fazeel datang selepas beberapa minit.

Makanan dihidangkan. "Ini untuk cik adik yang manis." pelayan meletakkan sup cendawan serta ayam wrap. Tetapi suara pelayan itu seperti aku kenal. Dia memakai topi dan pelitup muka. Aku memandang mata dia dengan tajam. Hmmm, siapa ye?

"Navier, kenapa tenung lama-lama macam tu? Malu la waiter tu," nada Encik Fazeel juga berubah lain. Oh, Abang Aisaar! Pelitup muka aku capai dan cabut. Senyuman manis terukir di bibir. "Surprise princess! Did you guess the right person?" oh, Abang Adrian rupanya.

Tears Of Revenge [HIATUS]Where stories live. Discover now