𝟕 𝓓𝓻𝓸𝓹

28 2 0
                                    

Aku membeli air buah kelapa sebelum duduk di atas pasir. Ada beberapa buah keluarga sedang berbahagia di depan aku dan aku tersenyum tanpa sedar. Angin meniup pasir ke dalam mata. Mata terkebil-kebil buka tutup buka tutup. Aku tertumpahkan air di sebelah. Mata digosok-gosok untuk keluarkan pasir.

Tangan tiba mengetuk kaki seseorang. Aku membuka mata semula dan pandang ke sebelah. Mula dari bawah hingga ke atas aku pandang orang itu. Zafriel sedang memegang payung dengan seluar yang basah di bahagian buku lali. Kenapa basah dekat situ je? Aku melihat ada isi kelapa yang melekat di seluarnya.

"Dah ambil kasut aku kau basahkan seluar aku pulak. Ni macam mana nak ganti? Ha?" ala tertumpah sikit je. Aku menepuk bahagian seluar yang terkena air dan di ke belakang serta merta. Kenapa pula dah ni? Dia berpusing dan pergi ke kereta di bawah pokok. Aku tak faham betul Zafriel ni.

Air kelapa gue..huhu.. Aku bangun untuk membuang bekas air dengan hati yang sedih. William tiba menghulur buah kelapa. "Ehh kenapa bagi buah kelapa ni? Saya nak buat apa?" dia pandang Zafriel yang berada di dalam kereta. "Tuan Irwan suruh bagi sebab nampak air awak dah habis. Tapi dia suruh saya ambil buah kelapa ni."

Lepastu kau nak aku buat apa dengan buah ni Zafriel? Ketuk kepala kau? Kelapa, kepala. Aku mengambil buah kelapa itu dengan senyuman yang kekok. "Pandai boss awak buat lawak William. Tak sangka gila-gila." dia angguk dan ketawa. "Tapi dia tak buat lawak dengan orang. Jadi ini kali pertama saya nampak dia buat lawak bodoh macam ni."

Bawa la boss anda itu pergi jumpa doktor. Kelapa itu diletak ke tepi dan aku tunduk sebelum pergi membeli air lain. Aku membeli di gerai lain kerana gerai tadi sudah kehabisan air kelapa. Siapa yang aku jumpa sangatlah mengejutkan. Luthman Naim.

"Oh pretty lady, rindu I ke datang gerai I ni?" holoh, holoh! Aku nak beli air pun dia nak gatal juga. Nanti dari beli air kelapa jadi beli air kepala pula. "Air kelapa satu." aku menempah dengan orang disebelahnya dan hiraukan dia. Penjual itu bergilir memandang aku dan Luthman.

Ketika mahu membayar, Luthman yang menghulurkan air untuk aku. Sempat dia memegang tangan aku sambil mengeyit mata. Eeee geli! Air terjatuh secara tidak sengaja dan tumpah atas baju Luthman. "Ehh!" dia mengebas baju yang tertumpah air itu.

Ramai orang memandang kami berdua dan berbisik antara masing-masing. Aku tiba terasa seperti langit menjadi mendung dan ada seseorang yang berdiri di sebelah. Zafriel pandang Luthman sambil membeli air lain. Luthman yang baru sahaja ingin menengking suara pada aku berhenti. Dia berkutik dan kaku.

"Ada masalah apa ye dengan dia?" suara Zafriel yang garau itu membuatkan bukan sahaja Luthman tetapi aku sekali ketar lutut. Kenapa sebelum ni aku dengar suara dia biasa-biasa je? Ke aku salah dengar? "Kau buat apa dekat sini? Bukan tadi kau on the way nak balik ke?" aku menyiku sisi Zafriel.

"Sebab tengok sorang budak ni nak kena marah. William suruh aku keluar tengok kau. Dia kata Tuan Irwan kena jadi gentleman, helps a mistress whose in trouble. Dia marah aku sebab bagi buah kelapa dekat kau." bagus William ni. Aku cuba menahan tawa melihat ekspresi Zafriel yang dipaksa.

Selepas air kelapa yang ketiga dibeli, Zafriel ikut aku ke tempat tadi dan duduk di sebelah aku. Dengan jarak sejauh satu marhalah. Aku minum air dengan senang hati tetapi teringat akan kasut dia yang berada di dalam kereta. Air ditinggalkan dan aku pergi ke kereta. Beberapa minit kemudian, aku melihat air itu terbang kerana angin yang kuat.

Zafriel berada dekat dengan air itu tetapi hanya melihat air itu pergi dibawa angin ke air laut. Boleh tak campak kasut dia ni dalam air laut tu? Kalau dia tak tahu, tak salah kut. "Arghh malas dah nak beli air kelapa!" aku berjalan ke arah Zafriel sambil menghentak kaki. Kasut dicampak ke sebelah dia.

"Kau ni, tengok je air aku masuk air!" dia mendongak untuk pandang aku. "Biar, dua-dua air jugak. Kau nak air kelapa kau, ambil la buah aku bagi tadi. Lagi sedap. Fresh from the tree." sabar ajelah. Aku angguk berkali-kali sambil tersenyum. Kalau boleh aku ketuk kepala dia, dah lama buat.

Tears Of Revenge [HIATUS]Where stories live. Discover now