Mata dibuka saat mendengar nama aku dipanggil. "Raja Navier Aira! Bila kau nak bangun ha? Pemalas!" pintu bilik aku dikuak buka dengan kasar. Suara yang sudah menjadi alarm aku setiap masa. Putri Safrina. Adik tiri aku. Perangai mak dengan anak sama je dua-dua.
Bingit memanjang. Aku bangun dari tidur dan membersihkan diri sebelum keluar. Saat di luar bilik, Datin Qistina Aulia memandang aku dengan mata yang keji. Jijik. "Lambat kau bangun. Kau tau tak yang kita orang ni dah lapar kebulur!" dia menghentak meja makan dengan kuat.
Dah tahu lapar kebulur, suruh aje la bibik masakkan. Yang nak tunggu aku kenapa? Aku berjalan ke dapur sambil mengikat rambut. Datin Qistina Aulia, isteri kedua papa. Mempunyai seorang anak perempuan berumur dua tahun muda daripada aku. Aku berusia 20 tahun. Baru memijak ke alam dewasa.
Tangan lincah memasak makanan untuk dua orang anak beranak di luar. Selepas sahaja pemergian mama, papa mengejutkan aku dengan hadiah yang tiada tandingan. "Vier, perkenalkan. Ni ibu baru Vier, Cik Qistina Aulia. Dan ni anak dia, Putri Safrina."
Oh, moment-moment itu masib terserap di dalam fikiran. Sudah 7 tahun mama meninggalkan aku. Air mata yang patutnya gugur saat mengingati perkara ini menjadi kering kontang. Terlalu penat untuk menitiskan air mata yang pasti tiada orang yang kesah.
Aku membawa makanan yang sudah siap dimasak ke ruang makan. Papa turun dari tangga sambil membaiki lengan bajunya. Mata Datin Qistina Aulia bersinar melihat susuk tubuh lelaki yang dicintainya. "Eh abang! Jomla makan sekali. Dah lama abang tak makan sekali. Penat baby masak." eee baby! Geli aku. Baik tukar jadi pig je terus.
Depan papa bukan main baik. Tak ada papa, humph mengalahkan syaitan. Dia merangkul lengan papa untuk ajak duduk. Sempat dia menjeling aku ketika aku hendak duduk dekat dengan papa. "Nah abang, nasi goreng. Sedap tau baby masak. Makanla." dia letak pinggan yang berisi nasi goreng serta sudu ke depan papa.
Safrina pula memuji-muji papa seperti biasa untuk mendapatkan duit lebih. Entah ke mana hilang duit. Boros. Papa pandang aku dengan sebaris senyuman. "Vier tak makan sekali ke? Penat ibu masak nasi goreng ni. Jom la makan sekali dengan papa." aku geleng dan hendak masuk ke bilik tapi ditahan Qistina Aulia.
"Ishh Vier ni. Meh la jamah sesudu dua nasi goreng ibu buat. Sedap tau." dia memegang kuat pergelangan tangan aku. Perempuan ni aku rasa makin lama boleh jadi pinocchio dah. Senyuman terpaksa aku tayang. "Baik 'ibu'. Vier makan." aku merentap tanganku dari genggamannya dan duduk di sebelah Safrina.
Sambil makan, tangan Safrina lincah mencubit-cubit aku di bawah meja. Walaupun di tepis tetapi tidak menjadi. Dia ni kang. "Adik, kenapa kacau akak? Akak nak makan la. Kalau adik nak main cubit-cubit semut macam tu, baik main dengan papa. Kan adik suka main dengan papa." aku mengeyit mata setelah melihat wajah Safrina yang berkerut sejuta.
Engkau selagi aku tak bersuara selagi tu la kau kacau aku kan. Stress nak hadap benda macam ni pagi-pagi hari. Dari hujung mata, dapat aku lihat mata Qistina seperti membaling pisau. "Hahaha, biasala tu akak. Adik kan nak manja-manja dengan akak. Siblings love." siblings love la sangat. Aku mengerling Safrina sebelum mengambil pinggan dan pergi dari meja makan.
"Aik Vier, sikitnya makan. Tambah la lagi. Sedap apa ibu masak ni, dah la ada banyak lagi. Papa tengok Vier ni makin kurus je badan. Duduk la nak." papa pandang aku dengan mata kuyu. Sedap la sebab aku yang masak. Kalau nak harap yang tu, masak guna kaki. Memang la aku kurus, semua kerja rumah aku buat. Dua tu kerja simpan lemak je. Ada orang gaji pun aku juga kena buat kerja. Function waktu papa ada je dia orang tu.
YOU ARE READING
Tears Of Revenge [HIATUS]
RomansaRaja Navier Aira, perempuan yang dicaci dan dihina oleh ahli keluarga. Kehilangan orang yang paling penting di dalam hidup dan diganti tempat itu. Ingin mengambil kembali hak yang dirampas. Irwan Zafriel, lelaki yang menolong dia kejar impiannya. Ta...