Baju persalinan yang serba putih, dilengkapi dengan manik yang berkilat. Selendang putih tersarung elok di atas kepala berserta dengan satu tiara indah. Dari atas hingga ke bawah ditutupi, tidak mendedahkan satu pun aurat.
Dan aku sedang memandang diri sendiri di hadapan cermin, menerima kenyataan bahawa hari ini aku dan Zafriel bakal berkahwin. Tangan yang berinai sedang memegang sejambak bunga mawar putih untuk melengkapi permakaian aku.
Rasa seperti ada arwah mama yang berdiri di belakang dan memeluk tubuh aku erat-erat. Elara cuba menahan dirinya dari menangis buat kali yang ke berapa. "Asyik menangis je? Simpan sikit air mata tu. Nanti waktu akad nikah lagi banyak nangis rasanye."
Datin Amira tertawa melihat gelagak anak daranya. "Haih, Elara nak Navier jadi kakak ipar kamu ke?" mata aku bertembung dengan Datin Amira. Dia menepuk lembut bahuku sambik tersenyum hambar. "Gurau je. Marah suami Navier nanti." bahaya lawak datin ye.
Elara memeluk erat tubuhku, mengalihkan muka dari baju takut terkena air matanya. "Haa kenapa tak jadi kakak ipar saya je?? Kan lagi besttt." saat itu juga pintu diketuk dan Winter masuk ke dalam bilik persiapan aku.
"I agree with Miss Elara. Why don't you run away from this marriage? Make William be the bride." ini kakak jual adik ni. Aku hanya mampu senyum, membuang idea pelik Winter. Kalau bukan sebab Zafriel, tak adanya aku berada dekat mana aku berada sekarang.
Just a little bit more, then I will be the one asking for a divorce. Let me be the one leaving him and not the other way around.
Aku berjalan diiringi Datin Amira untuk masuk ke dalam masjid kerana akad nikah akan berlangsung tidak lama lagi. Pertama kali aku menjejak masjid itu, mata sudah melekat pada Zafriel yang bersalinan putih berserta dengan songkok yang mengemaskan lagi rambutnya.
Dan buat pertama kalinya, aku melihat keluarga Zafriel yang berpakaian agak sopan berada di belakangnya. Ketika mata bertembung dengan lelaki yang usianya hampir sama dengan Pakcik Fazeel serta Dato Raja, aku terasa seperti nafas tersekat di kerongkong.
Pernafasan menjadi tercungap-cungap. Ini ke maksud Zafriel 'Mikhailov'? Keluarga bahagian aku pula berada di belah kanan. Semua datang dan Dato Raja benarkan aku menggunakan namanya lagi. "Walaupun papa buang Navier dari family line tapi Navier masih boleh guna nama papa. I'm sorry my baby." kata-kata yang diberi olehnya.
Aku duduk bersimpun di tepi tok kadi serta Zafriel. Ustaz Tengku berada di sisi sebagai saksi bersama dengan Abang Adrian. Tangan tok kadi yang dihulurkan dijabat oleh Zafriel.
"Irwan Zafriel Bin Abdullah, aku nikahkan dikau dengan Raja Navier Aira Binti Raja Nazeem Fikri dengan wang tunai 5000 ringgit tunai, sebuah bangunan 15 tingkat, satu set perhiasan dari Herry Winston dan sebuah kereta Chevrolet Camaro ZL1." dahi tok kadi berkerut selepas menyebut nafas nikah itu.
"Aku Irwan Zafriel Bin Abdullah terima nikahnya Alm." Zafriel menggeleng kepala sebelum menarik nafas untuk lafaz kali kedua. "Aku Irwan Zafriel Bin Abdullah terima nikahnya Raja Navier Aira Binti Raja Nazeem Fikri dengan wang tunai 5000 ringgit tunai, sebuah bangunan 15, satu set perhiasan dari Herry Winston dan sebuah kereta Chevrolet Camaro ZL1."
Alm? Lain macam tersasul sebut nama aku. "Sah?" tok kadi memandang saksi lalu semua mengatakan sah. "Ha pengantin lelaki boleh sarungkan cincin untuk pengantin perempuan. Doa apa yang patut." Zafriel bangun lalu membuat sujud syukur sebelum memegang kotak merah baldu untuk menyarungkan cincin.
Cincin yang mempunyai berlian itu disarungkan. Giliran aku pula untuk menyarung cincin lalu mencium tangannya. Saat mencium tangan Zafriel, dia merapatkan bibirnga ke telingaku.
"You look beautiful in white, especially today." kata-kata Zafriel itu berbau seperti penuh keikhlasan tetapi mengapa hati berkata bahawa ini semua hanyalah khayalan? Sesi fotografi bermula.
YOU ARE READING
Tears Of Revenge [HIATUS]
RomantikRaja Navier Aira, perempuan yang dicaci dan dihina oleh ahli keluarga. Kehilangan orang yang paling penting di dalam hidup dan diganti tempat itu. Ingin mengambil kembali hak yang dirampas. Irwan Zafriel, lelaki yang menolong dia kejar impiannya. Ta...