Aku pulang ke rumah setelah William bersetuju dengan rancangan aku. Kaki dijejak masuk ke dalam rumah dan baju putih dicampak ke muka aku. Safrina sedang berdiri dengan muka yang tidak senang duduk. Papa dan Qistina pula berada di ruang tamu.
Baju yang sudah jatuh ke lantai diambil. "Kenapa main baling baju ni? Tak elok tahu. Bersih lagi baju ni." baju ditepuk untuk hilangkan habuk. Dia menarik semula baju itu dengan kasar dari tangan aku. Baju itu dicampak ke dalam rumah. "Kau kan Raja Navier Aira! Memang tak kenang budi! Kau sepatutnya berterima kasih tau sebab ibu aku bagi kau duduk dekat rumah ni. Kalau tak, dah lama suruh papa tendang kau keluar rumah!"
Lepastu? Kau ingat aku tak tahu? Kau ingat aku tak dengar perbualan papa dengan Qistina waktu hari pertama kaki busuk kau orang berdua tu jejak rumah ni? "So? What do you want me to do? Do you think that I'll be afraid and kiss your foot for forgiveness? You want me to get on my knees and beg you to forgive me? In your dream Putri Safrina."
Rambut aku ditarik oleh dia dan diheret ke kolam mandi di tepi rumah. Papa ditahan oleh Qistina dengan cara bisikan di telinga. Ilmu apalah yang dia belajar. Nanti ada ilmu tu patah balik dekat dia. Sampai sahaja di tepi kolam, aku ditolak masuk sekuat hatinya. Aku menarik dia sekali untuk masuk.
Aku dan dia sama-sama minta tolong tetapi dia boleh berenang hingga ke kawasan yang cetek dan terus ditarik keluar oleh Hazim. Muncul dari mana, aku tak tahu dan malas ambil tahu. Ketika dia mahu menolong aku, Safrina jatuh ke tanah sambil memegang kepala. "You..I..I tak larat..." penglihatan aku menjadi kabur. Aku tiba mendengar suara yang panggil nama aku secara samar.
Tubuhku terus disambur keluar oleh seorang lelaki yang bertubuh tegap. Rambut putih terbang di bawah cahaya bulan. Dada dia berombak laju tapi mukanya kekal tenang. Dia meletakkan aku ke kerusi. Belakang ditepuk dengan kuat supaya air keluar tersembur. Dada aku diurut kerana susah untuk bernafas.
Pernafasan menjadi laju. Tangan aku digenggam dan Zafriel melutut di hadapan aku. "Close your eyes and take a deep breath. Breathe through your mouth and release through your nose. In...Out...In...Out..." aku ikut arahan dia dan genggam tangan Zafriel untuk bantuan. Selepas beberapa saat, nafas aku menjadi stabil.
Mata dibuka dan dia masih berada di hadapan aku. Hazim dan Safrina dari tadi melihat aku dengan Zafriel. Tangan ditarik untuk aku keluar dari rumah ini tetapi Qistina menahan laluan keluar. "Kau orang nak pergi mana? Ni, kau siapa? Tiba-tiba ada dalam rumah orang." Qistina memandang Zafriel dari bawah hingga ke atas.
Mata dia terbuntang sedikit. Papa berdiri di sebelah Qistina dan menarik Qistina. "Pergi, bawa Navier ni keluar dari rumah. Tapi jangan lama. Dia masih anak saya. Pergi sebelum saya ubah fikiran dan panggil polis." papa mengarah Zafriel untuk bawa aku keluar.
Serta merta kami keluar dari halaman rumah dan masuk ke dalam kereta dia yang berada di luar kawasan rumah. William memandang aku dengan terkejut. "Kenapa dengan Cik Navier tu Tuan Irwan?!" Zafriel tidak jawab. Kot dicabut dan dicampak ke aku.
"Pakai. Nanti kau mati kesejukan." aku akur arahan dia. Kot dipakai dan badan disandarkan pada tempat duduk. "William, call Dato Fazeel and told him about her condition. It seems like he's more attentive towards her rather than her father. Kau ada thalassophobia?" aku angguk.
Tubuh yang sejuk dipeluk. Bibir aku bergetar dan berubah biru kerana air yang sejuk tadi. Aku cuba menghangatkan badan. Kereta tiba berhenti di depan kedai runcit dan Zafriel turun. Dia kembali semula sambil memegang satu plastik. Plastik yang mempunyai beberapa tuala.
"Pakai ni sekali. Panaskan badan kau tu. Tahan kejap, nanti kita sampai." tuala dibalut pada tubuh. Dengan badan yang terasa penat, aku terlelapkan mata sehingga sampai di hotel F.I. Aku dipimpin keluar oleh William dan disambut dengan Encik Fazeel yang berada di depan pintu hotel. "Kenapa dengan Navier ni?!"
YOU ARE READING
Tears Of Revenge [HIATUS]
RomansaRaja Navier Aira, perempuan yang dicaci dan dihina oleh ahli keluarga. Kehilangan orang yang paling penting di dalam hidup dan diganti tempat itu. Ingin mengambil kembali hak yang dirampas. Irwan Zafriel, lelaki yang menolong dia kejar impiannya. Ta...