𝟓 𝓓𝓻𝓸𝓹

21 3 0
                                    

Selepas kereta berhenti di hadapan klinik, aku turun bersama William dan terima rawatan. Sepanjang aku dalam klinik, William tunggu di bahagian luar. Tak kena balik ke dia ni? Tak cari pula boss dia. Selesai rawatan, dia bawa aku pergi makan atas dasar arahan Tuan Irwan.

"Kan awak cakap yang dia tak rapat dengan perempuan. Habistu kenapa dia suruh bawa pergi makan ni?" William diam dan pandu kereta dengan cermat. Kaki palau ke apa dia orang ni? Aku menghela nafas lega kerana kesakitan di kaki berkurang sedikit.

Pergaduhan antara aku dan Hazim tadi masih tidak boleh dilupakan. Itu kali pertama kami bergaduh sehingga dia tidak kesah pasal aku. Mungkin salah aku. Tapi selebihnya salah dia! Ini bukan women is always right tapi ini kenyataan.

Telefon aku berbunyi dan mesej dari papa muncul. 'Vier dekat mana? Ibu dengan Safrina kata Vier lari rumah lepas curah air dekat ibu. Papa bukan nak marah Vier. Papa nak anak papa balik. Tolong la Vier. Jangan buat papa jadi lagi naik angin'. Aku memandang sekilas mesej itu dan merehatkan badan ke seat.

"Nama cik Raja Navier Aira kan? Saya kena panggil apa ye?" William berdehem. "Boleh panggil Navier. Jarang panggil nama Aira tu. Kalau tu pun, arwah mama je panggil." keadaan tiba-tiba menjadi tegang. "My deepest condolence cik Navier." bercik cik pulak. Terasa tua.

"Loose the cik. Panggil je Navier. Tak biasa kena panggil cik." dia angguk. Skrin pengawal radio bernyala dan naik nama Tuan Irwan. William angkat panggilan itu. "Kau tengah bawa dia pergi makan kan? Dah settle semua, bawa perempuan tu balik. Tak payah ikut dia cakap apa. Baik duduk rumah diam-diam dari merayap tak tentu hala."

Eh dia ni. Tak sedar ke yang aku boleh dengar. Ke memang sengaja nak aku dengar. William mengerling aku sebelum menamatkan panggilan. "Navier nak balik rumah ke lepas ni? Saya bukan apa tapi saya terbaca mesej awak dengan papa awak. Macam tak elok je perkara dekat rumah?"

Oh how attentive. Aku angguk dan mengutis kulit di tepi kuku. William hanya diam. Tidak tahu mahu ikut arahan boss sendiri atau perempuan yang entah datang dari mana. "Selain rumah tu, awak ada tempat lain ke yang boleh pergi? Rumah saudara ke." aku menggeleng kepala. Mama anak tunggal sama macam papa.

Tak akan aku nak pergi rumah Pakcik Fazeel pula? Aduhhh. William memarkir kereta di depan sebuah kedai makan. Aku duduk dan makan sementara dia hanya melihat aku makan. Rasa kekok pula waktu kita makan ada orang tengok je. "Urmm, awak tak kena makan sekali ke?" dia menggeleng dan bangun untuk pergi ke kereta.

Lega sikit. Nasi goreng kampung disua ke mulut. Aku masih memikir hendak pergi ke mana selain rumah. Rumah kawan, aku ada kawan ramai ke? Kalau nak tumpang rumah Hazim memang tak ada malu aku. Sambil aku berfikir dan makan, sedar-sedar nasi sudah habis licin.

William datang membayar bil makanan lalu mengajak aku untuk pulang. Balik rumah juga aku macam ni. William memandu kereta tetapi bukan gunakan jalan yang biasa untuk pulang ke rumah aku. Dia tiba berhentikan kereta di depan hotel. Nak ambil boss dia kut. Dia keluar dan membuka pintu bahagian aku.

Ha? "Navier, awak boleh tidur dekat sini dulu. Tapi semalaman je. Saya boleh bagi awak tidur semalaman je. Semua benda saya tanggung. Baju pun dah tersedia dalam bilik awak tu. Navier duduk sini hingga esok je tau." dia menghulur tangan untuk aku keluar.

Bukan boss dia suruh aku balik rumah? Kenapa si pekerja ni buat lain dari apa yang disuruh. Aku bingung tetapi hanya ikut arahan William dan tidur di sini semalaman. Masuk ke dalam bilik, ada tiga set baju yang tersusun kemas di atas katil.

William pergi selepas selesai membayar duit untuk bilik ini. Aku merebahkan badan atas katil dan mengecas fon dengan javel yang tersedia di dalam bilik. Baiknya dia. Tapi kenapa dia sanggup bayar bilik hotel dan makanan aku sekali? Mujurlah duit rawatan di klinik aku bayar sendiri. Kalau tak memang terhutang budi besar aku dengan William.

Tears Of Revenge [HIATUS]Where stories live. Discover now