𝟏𝟔 𝓓𝓻𝓸𝓹

30 2 4
                                    

Aku pulang ke rumah Encik Fazeel dengan perut yang kenyang berserta otak yang asyik memikirkan tukang masak itu. Pelik la dia ni. Aku baring di atas katil. Kata-kata dia masih terngiang di fikiran. "Ini kali terakhir aku nak muka kau muncul depan aku."

Dahi diurut-urut. Persoalan tentang daging itu masih aku fikirkan. Tapi fikir lama-lama nanti stress kepala otak je. Letak tepi dulu. Pintu bilik diketuk dari luar. "Navier, boleh pakcik masuk?" aku terus bangun dan membuka pintu bilik.

"Masuk, masuk. Pakcik ada apa-apa nak cakap ke?" dia di satu sofa dan ajak aku duduk sekali dengannya. "Navier macam mana? Okay? If you have anything to share with me, please do tell." aku geleng kepala.

Aku ingin bertanya jika papa ada bertanya khabar tetapi mesti Encik Fazeel akan sedih kerana tiada sebarang berita. Perkahwinan Safrina berbaki dua minggu sahaja lagi. Encik Fazeel dijemput ke tak eh?

"Pakcik, arwah mama ada bilik menjahit ke dekat sini?" Encik Fazeel terus tersenyum. "Nak pergi tengok ke? Jom." Encik Fazeel bangun dan ajak aku ikut dia. Kami tiba di belakang rumah. Ada satu bilik yang berkaca yang boleh nampak ke halaman di belakang rumah.

Ada tumbuh-tumbuhan serta bunga yang masih mekar dan ada yang layu. Semua perabut di dalam bilik ini seperti sudah lama tetapi masih tersusun kemas dan bersih. Ada satu sofa panjang yang berkain velvet. Encik Fazeel berdiri di sebelah sofa itu dan pegang bahagian sisi sofa.

"Lucilia used to sit here all the time, spending time sketching. And I will look at her by the door. Not daring to interrupt her time. Navier, you can use this room as you please. Do tell me if you have anything you need. I'll be leaving you first." Encik Fazeel menepuk bahu aku sebelum beredar.

Sofa itu di duduk. Seluruh pemandangan boleh dilihat dari sini. Bunga-bunga ini, mungkin Encik Fazeel yang tanam. Kerana mama tidak pandai menanam bunga. Bukan setakat bunga, apa-apa sahaja. Tangan panas. Begitu juga dengan aku.

Seperti boleh lihat segala pergerakan mama di dalam bilik ini. Bernari, menyanyi, menjahit. A room full of memories. Aku bangun dan pergi ke mesin jahit yang terukir nama Lucilia Zandra. Betapa cintanya Encik Fazeel kepada mama.

Kalah papa. Boo la papa.

Punggung dilabuhkan ke kerusi. Ada sebuah buku yang sedikit berhabuk di atas meja. Segala jenis lukisan ada. Ada yang sudah menjadi baju yang dipasarkan. Dan ada yang belum. Aku tertarik pada satu lukisan baju yang bertajuk Starlight dust. Baju kembang biru gelap yang berhias dengan manik.

Starlight Dust. Nama yang sangat sesuai dengan gaya baju ini. Alang-alang aku dah tengok, meh la kita try buat! Pada waktu larut malam, Winter datang dan masuk ke bilik itu untuk ajak makan malam. "Wow, that dress is superb! Where do you plan on wearing that masterpiece is?"

Aku mendongak kepala dan sengih. "Heh, someone's wedding. It will be spectacular." Winter angguk dan jalan sekitar bilik ini. "Eto mne kogo-to napominayet. (This reminds me of someone)" hmm, bahasa apa tu? "Winter, bahasa apa tu?"

Winter berhenti jalan lalu pandang aku. "Russian Miss Navier. I'll be going first. Pardon me." dia bergegas keluar. Hmm? Barang dikemaskan sebelum keluar dan kunci pintu. Aku berjalan ke dapur dan melihat dua susuk tubuh yang amat aku gemar.

"Abang Aisaar, Abang Adrian! Dah lama tak jumpa!" aku berlari ke arah mereka sambil membuka tangan. Aku dipeluk erat oleh mereka. Dahi Abang Adrian tiba berkerut seribu. "Kenapa princess ada dekat sini? Kenapa bukan dekat rumah Dato Raja?"

Aku hanya senyum, enggan menjawab persoalan dia. Abang Aisaar menarik pipi aku seperti roti canai. "Apa pulak yang dia buat kali ni? Princess tak share pun apa yang princess dapat. Cerita la dekat abang, kita orang ada."

Tears Of Revenge [HIATUS]Where stories live. Discover now