Karya terbaharu TICERSHAM, Mengisahkan kehidupan para isteri yang tabah menghadapi onak ranjau yang mencabar dalam menjalani hidup berkeluarga dalam dunia yang penuh liku, dengan suasana masyarakat yang mementingkan diri, dan ekonomi yanag tidak me...
"Mai fikir masak-masak, kalau setuju, bagitau akak" kata Cikgu Fatin setelah mereka bertiga selesai brainstorming membincangkan hal yang boleh merubah masa depan, kewangan dan gaya hidup.
"Mai buntu kak, tak sangka Abang Man boleh tertangkap, dah la Mai memang harap kat dia je" rungut Maisarah bergenang air mata.
"Apa yang berlaku tu, dah pun jadi, kita tak boleh nak buat apa, Mai kena fikir masa depan Mai, fikir anak ni.." sambung Cikgu Siti memegang perut Maisarah yang agak besar itu.
"Tapi serius Mai tak sangka yang Abang Man macam tu, nampak baik, tapi...."
"Biasalah Mai, pegawai polis kot, berpangkat pulak, matanya dikaburi duit, kita tak tau mungkin dia kena ugut, atau kena paksa, geng-geng underground memang banyak pegang pegawai-pegawai, kalau tak, mana mungkin diorang boleh survive buat benda yang langgar udang-undang. Kalau tak caya, Mai tengok telegram ES, Twitter pun ada, banyak pembongkaran salah laku melibatkan pegawai Kerajaan, orang politik, pegawai penguatkuasa dan sapa-sapa aje yang berpangkat dan berkedudukan" jelas Cikgu Fatin panjang lebar.
"Dia dah sangkut Mai, rasanya mesti sabit kesalahan tu, sebab orang atas dia tentu nak lepas tangan, dia la kena tanggung" sahut cikgu Siti pula.
"Bagi masa Mai fikir dulu ya" pinta Maisarah.
"Fikir masak-masak, yang penting apa yang Mai dengar hari ni, kekal rahsia. Mai dah tau kisah akak, kisah Cikgu Siti ni, macam mana semua ni boleh mengubah hidup kami. Akak nak tolong Mai, ni je cara yang akak boleh bantu, tetapi Mai kena berkorban"
"Baik kak, terima kasih sebab bagi jalan kat Mai, tapi Mai tak boleh bagi keputusan sekarang"
"Take your time Mai, jangan buat keputusan terburu-buru" sambung Cikgu Siti. "Anytime, kalau ada nak tanya, nak sembang, boleh je call akak juga"
"Thanks Kak Tie"
"Kita sama-sama perempuan, hanya perempuan yang memahami perempuan" senyum Cikgu Siti memegang tangan Maisarah seakan memberikan semangat untuk terus hidup.
Selepas menghantar Cikgu Siti pulang ke rumah, Cikgu Fatin dan Maisarah meneruskan pemanduan. Cikgu Fatin mengerling ke arah Maisarah yang masih membisu, keningnya berkerut, tentu otaknya ligat berfikir tentang apa yang mereka bualkan tadi. Pastinya dia sedang berperang antara akal dan nafsu, antara baik dan buruk, antara hati dan perasaan, antara ya atau tidak.
"Kak, Mai terkejut jugak dengan pengakuan Kak Tie tadi, tapi serius la kak?"
"Ye Mai, betul, sebab tu la akak ajak Mai join sekali, jangan fikir pasal lain, Mai kena ingat, nak bersalin nanti banyak pakai duit, perbelanjaan anak nanti pun bukan murah. Dah la Mai tak keje, harap Abang Man je"
"Kalau ikutkan hati ni kak, Mai nak je buat apa akak suruh tu, tambah pulak tau yang Abang Man pun pernah main dengan perempuan lain, dengan akak pulak tu. Serius Mai nak marah kat akak"
"Kan akak dah cakap, sebelum dengan akak, dia memang camtu, dia sendiri ngaku masa akak dengan dia bersama, perempuan yang dia dapat tu, biasanya hadiah dari tauke besar"
"Maknanya sebelum kawen la dia macam tu?"
"A'aa, masa bujang dah jahat"
"Jadi, akak sanggup layan dia kali kedua tu sebab nak tutup mulut je la kan?"
"Ye Mai, lepas first time dia dengan Dato' tu, dia kontek akak nak one to one, dia nak main dengan akak. Akak takde pilihan, memang akak bagi je, masa tu la akak tanya macam-macam, dia pun banyak terlepas cakap, jadi sama-sama jaga rahsia"
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Tapi kak, Mai pregnant, ada ke orang nak?"
"Mesti ada, Mai jangan risau, tau la akak cari nanti"