"Akak, tolong Mai kak, Mai tak tau nak ngadu kat sapa" rintihan penuh esak dari mulut Maisarah ketika bertemu Cikgu Fatin sabtu itu, setelah beberapa jam memandu dari Sepang.
"Bersabarlah Mai, insyaAllah ada jalan selesai" jawab Cikgu Fatin memeluk Maisarah, isteri kepada sepupunya yang agak rapat dengannya sejak mereka berkahwin.
"Mai buntukan, family Mai tak tau lagi ni, kalau pecah masuk berita, habis semua malu, mana Mai nak letak muka, ni pun Mai datang sini sebab taknak kena kacau, kena tanya macam-macam"
"Sehari dua ni, Mai stay umah akak, tenangkan fikiran. Kita sama-sama fikirkan jalan selesai. Mai nak stay lama pun takpe, lagi pun Mai tak keje, rileks, tenangkan fikiran"
"Nanti susahkan akak pula, susahkan suami akak"
"Jangan risau, akak slow talk dengan suami akak nanti, lagi pun dia bukan tak kenal Mai dengan Osman"
Cikgu Fatin kembali memeluk Maisarah, setelah ditunjukkan bilik, dia membiarkan Maisarah berehat, menenangkan diri. Dia sendiri tak sangka perkaran itu boleh berlaku. Maisarah mengatakan yang suaminya telah diberkas SPRM atas dakwaan menerima rasuah bagi melindungi kepentingan sindiket perjudian yang beroperasi di sekitar kawasan yang dia jaga. Hasil risikan dan intipan, suaminya ditangkap bersama beberapa orang lagi, yang berpangkat lebih besar darinya. Kesemua mereka ditahan reman sehingga menunggu pendakwaan daripada Jabatan Peguam Negara. Maisarah menerima berita itu dan disoal siasat beberapa jam, sebelum dilepaskan.
Peristiwa itu telah membuatkan dirinya terkesan, bukti yang pihak berkuasa dapati memang menunjukkan suaminya bersalah dan akan didakwa di mahkamah, berkemungkinan akan menerima hukuman. Keadaan ini membuatkan hidup Maisarah huru-hara sedikit, kerana dia bergantung penuh kepada suaminya. Dan kini, dia seakan sebatang kara, dia tidak bekerja kerana dihalang suaminya, dan duit poket yang diterima dari suamimnya sama seperti orang kerja pegawai Kerajaan, cukup untuk Maisarah berbelanja dan hidup senang. Namun, semua itu hilang sekelip mata, baki akaun dalam simpanan makin berkurang. Perut semakin membusung menghampiri enam bulan. Dia hidup bersendirian selama dua bulan semenjak suaminya ditangkap. Fikirannya makin berkecamuk, hidupnya seakan tidak terurus. Kepada siapa dia hendak mengadu, tidak mungkin pada ibu ayahnya, tidak mungkin pada adik beradiknya, dan pada ketika itu, hanya Cikgu Fatin terlintas di fikirannya.
Maisarah menceritakan segalanya kepada Cikgu Fatin, sambik menangis terisak-isak sedu sedan menahan kesedihan, ditenteramkan oleh Cikgu Fatin yang kerap memberikan kata-kata semangat. Setelah dua malam di rumah Cikgu Fatin, setelah fikirannya tenang, jiwanya tenang, semangatnya pulih, giliran Cikgu Fatin pula menceritakan perihal Osman, suaminya itu.
Bukan main terkejut dan melenting Maisarah apabila semuanya didedahkan oleh Cikgu Fatin, namun semuanya berjaya dikawal oleh Cikgu Fatin akhirnya membuatkan Maisarah sedar dan boleh mengawal emosinya. Cikgu Fatin membiarkan Maisarah tenang beberapa hari sebelum ke agenda seterusnya.
Apabila didatangi oleh Maisarah bercerita tentang masalahnya, Cikgu Fatin telah pun terlintas untuk melibatkan isteri sepupunya itu ke lapangan yang dibina. Dengan keadaan Maisarah yang mengandung 6 bulan, pasti ramai yang menginginkan. Jadi, dia kena mengatur strategi agar dapat melibatkan Maisarah dengan rela hati. Sepanjang itu, Maisarah memang tinggal di rumah Cikgu Fatin, maka mudahlah mereka berbicara tentang kehidupan.
"Kak, duit simpanan Mai dah nak abis, kete nak kena bayar, nak guna untuk baby lagi ni nanti" desah Maisarah merintih tentang hidupnya. "Duit yang akak bagi tu, tak tau la bila boleh Mai bayar balik"
"Ishh, jangan cakap macam tu, akak bagi sebab akak ada, kalau akak takde, akak pun susah nak tolong Mai" jawab Cikgu Fatin yang merasakan peluangnya terbuka untuk dia meneruskan agendanya.
"Banyak duit akak ye, mesti akak pandai berjimat"
"Takde la jugak, akak boros jugak....heheheeee"
"Tu la, Mai tengok gelang akak ni pun, Mai dah geleng kepala, memang tak mampu Mai nak pakai"
"Rezeki ada di mana-mana Mai, kena rajin je"
"Akak ada buat part time ke?" soalan yang ditunggu oleh Cikgu Fatin.
"Ermm...ada la jugak, tapi tak selalu, kadang-kadang je"
"Banyak ke masuk kak?"
"Banyak jugak, sekali masuk beribu la ... hehehe..."
"Uiksss...bestnya..... Mai nak join boleh ke?"
"Boleh tu boleh, tapi Mai sanggup ke berkorban?"
"Maksud akak?"
Peluang yang tercipa tidak disiakan, kebetulan di rumah tiada sesiapa. Suami Cikgu Fatin keluar bersama anak-anak mereka. Cikgu Fatin menggunakan ruang masa yang ada ini menjelaskan segalanya tentang kerja sambilan yang disebutkan itu, sebagaimana dia menyakinkan Ustazah Raihan hampir dua tahun yang lepas, begitu jugalah dia menyakinkan Maisarah, walaupun pada mulanya mendapat tentangan. Semuanya diceritakan, termasuk tentang Cikgu Siti. Cikgu Fatin mengambil Cikgu Siti sebagai contoh disebabkan isu yang sama iaitu menambahbaik kehidupan dari segi kewangan. Lama-kelamaan, ayat-ayat yang keluar dari mulut Cikgu Fatin sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi fikiran Maisarah.
"Kalau Mai tak caya, kita jumpa Cikgu Fatin, Mai boleh sembang sendiri dengan dia" kata Cikgu Fatin seakan mencabar kewibawaannya.
"Boleh jugak, Mai pun dah lama tak keluar, boleh la kita jumpa kawan akak tu sekali"
"OK, jom bersiap"
Mereka bersiap lebih kurang, mengenakan mekap ala kadar, dan Cikgu Fatin memandu ke arah rumah Cikgu Siti, dia tidak memaklumkan lebih awal, dia inginkan pertemuan ini sebagai kejutan, barulah apa yang akan diperkatakan oleh Cikgu Siti kelak merupakan tanggapan dan pendapatnya yang bersih dari hati, bukan dirancang oleh berkata. Setibanya mereka di rumah Cikgu Siti, mujur Cikgu Siti ada, dan mereka bertiga keluar ke sebuah restoran western sambil berbual tentang hal tersebut.
'
.
.... BERSAMBUNG LAGI
YOU ARE READING
SETIA KUKORBANKAN
Художественная прозаKarya terbaharu TICERSHAM, Mengisahkan kehidupan para isteri yang tabah menghadapi onak ranjau yang mencabar dalam menjalani hidup berkeluarga dalam dunia yang penuh liku, dengan suasana masyarakat yang mementingkan diri, dan ekonomi yanag tidak me...