Bab 1

94 5 0
                                    

Tok tok tok

Bunyi ketukan pintu sebentar tadi kembali menyedarkan Qayman dari lamunan nya. Qayman lantas bangun dari duduknya dan segera membuka pintu biliknya.

"Boleh mama masuk?" dengan lembut Puan Lydia bertanya kepada anak lelaki nya itu.

Qayman menganggukkan kepalanya.

Setelah mendapat kebenaran daripada anak lelaki nya, Puan Lydia segera melangkahkan kaki nya menuju ke dalam bilik.

"Boleh mama tanya Qay sesuatu?" Puan Lydia memegang lembut tangan kasar anak lelaki nya dan menatap lembut wajah redup itu. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran anak lelaki nya.

"Boleh.. mama nak tanya apa?" Soal Qayman dengan lembut.

"Qay.. taknak kahwin ke?"

Selepas mendengar soalan yang keluar daripada mulut ibu kandungnya sebentar tadi, Qayman terus terdiam kaku di tempat duduknya.

Alamak!

Qayman lantas menggaru lehernya yang tidak gatal beberapa kali.

"Qay bukan taknak kahwin ma.. tapi-"

"Tapi apa? Qay tahu kan yang Qay tu dah 24 tahun?" Puan Lydia bertegas.

"Mama sendiri tahu kan Qay masih belum ada teman wanita?" Qayman beriak tenang.

"Yes i know Qay. Tapi tak salahkan kalau Qay cuba cari?" Puan Lydia kembali beriak tenang setelah bertegas.

Qayman masih kaku di tempat duduknya dan cuba menganalisa setiap perkataan ibu kandungnya itu.

Cuba cari? Ingat senang ke mama ni?

Melihat anak lelakinya berdiam diri membuatkan hatinya berasa putus asa ingin memujuk anaknya untuk segera berkahwin.

"Takpelah kalau macamtu.. mama masuk tidur dulu. Qay fikirkan lah apa yang mama cakap tadi" Puan Lydia segera bangun dari duduknya dan meninggalkan anak lelakinya yang masih kaku.

Setelah pintu bilik terkatup rapat, Qayman memejamkan matanya perlahan-lahan lalu meraup wajahnya dengan kasar.

"Mana aku nak cari bakal isteri ni?" Gumam nya di dalam hati perlahan.

。゚•┈୨♡୧┈• 。゚

Hospital Metropolitan Niguarda
(Italy , Milan)
9:30 A.M

"Wey!! Aku nak bagitahu berita gempak ni!!" Airis berlari laju ke arah Amelia dengan nafas yang tercungap-cungap.

Baru lepas lari dari tingkat 6 ke tingkat 3, ingat tak penat ke?

Terhinjut bahu Amelia apabila mendengar suara lantang gadis itu.

Tak semenggah betul perempuan ni.

"Kau ni selalu buat aku terkejut! Kalau aku mati sebab sakit jantung tadi macam mana?!?" Amelia menjeling gadis yang berada di hadapannya itu.

Trisya Airis. Airis merupakan rakan baiknya sepanjang dia berada di itali. Airis juga merupakan rakan sekerjanya iaitu doktor pakar bedah yang terkenal di itali.

"Okay fine! I'm sorry doctor Amelia Alana" Airis menjulingkan bola matanya ke atas.

"Ada apa kau datang bilik kerja aku ni?" Soal Amelia dengan wajah yang masih kesal dengan perbuatan gadis itu sebentar tadi. Suka sangat buat anak dara orang terkejut!

Airis kembali tersenyum girang sehingga menampakkan gigi putihnya dan segera menarik salah satu kerusi yang berada di situ.

"Aku nak bagitahu ni... lepasni kita tak boleh kerja kat hospital ni lagi" Airis beriak tenang sambil bermain jari kuku nya yang berkilat itu.

BUSHHH

Tersembur air kosong putih yang berada di dalam mulut Amelia. Dia tak salah dengar kan?

"Ishh Amelia!! Habis basah baju kerja aku!!" Laju sahaja tangan Airis mengibaskan baju kerja nya yang basah akibat perbuatan tak semenggah rakan baiknya itu.

"Apa maksud kau kita tak boleh kerja kat sini lagi?" Amelia menyoal dengan wajah yang masih tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar tadi.

"Sebab........."

。゚•┈୨♡୧┈• 。゚

TO BE CONTINUED

Qayman's Little Dimples | OGWhere stories live. Discover now