Bab 8

9 2 0
                                    

Suasana di rumah agam itu kedengaran sungguh riuh-rendah oleh kerana ramai sedara-mara Amelia yang datang pada hari ini.

Dari jauh lagi Amelia sudah mendengar tapak kaki sang ibu yang menghampirinya di ruang meja yang sudah terhidang dengan pelbagai jenis makanan.

"Amelia... sini sekejap mommy nak tanya sesuatu" Wanita yang berusia 41 tahun itu mendekati Amelia, anak kandungnya.

Amelia yang sedang ralit menyediakan makanan di atas meja makan itu segera berhenti melakukan kerjanya dan melangkah menghampiri sang ibu.

"Ada apa mommy? serius semacam je Amelia tengok" jelas terlihat wajah Amelia seperti cuak sedikit apabila melihat wajah serius ibunya.

Tanpa aba-aba Datin Merlina, Ibu kandungnya segera mengeluarkan kotak cincin berwarna merah hati. Amelia sedikit tersentak apabila melihat kotak cincin tersebut.

"Siapa punya ni mommy? ada orang masuk meminang mommy ke?" hairan Amelia sambil menggaru lehernya yang tidak gatal.

Pap!

satu tamparan lembut di bahu gadis itu dihadiahkan oleh sang ibu.

"Jangan buat perangai loyar buruk awak tu dekat sini ye Amelia! Apa pulak mommy yang diminangnya!"

Amelia tersengih seperti kerang busuk apabila mendapat tamparan lembut di bahunya. Mana lah dia tahu cincin tu untuk siapa.

"Habistu? Cincin tu untuk siapa??" Amelia yang masih terpinga-pinga itu dengan segera bertanya.

"Selama ni mommy ada berapa anak? Kamu sorang aje kan?" Datin Merlina seraya menepuk lembut dahinya. Cuba bersabar dengan perangai anak tunggal perempuannya ini.

Amelia tersentak seketika. Jadi cincin tu untuk dia? Siapa yang masuk meminang dia?

"Siapa yang masuk meminang Amelia mommy??" dengan laju Amelia bertanya.

"Pagi tadi lepas Amelia keluar pergi beli bahan masak dengan daddy, Ada satu keluarga ni datang rumah kita katanya nak masuk meminang. Mommy pun bagi aje lah dia orang masuk rumah.."

"Tapi yang peliknya, lelaki yang nak meminang Amelia tu tak dapat datang. Kata ibu dia, dia duduk dekat Itali kerja situ, itu yang tak dapat balik sini"

Amelia tersentak. Hah? mamat mana pulak ni duduk dekat itali?

"Anak mommy ada kenal mana-mana lelaki ke masa duduk dekat itali?" Datin Merlina bertanya kepada anak perempuannya itu.

Amelia yang terpinga-pinga mengambil keputusan untuk berfikir sejenak. Dia mana ada kenal mana-mana lelaki masa belajar dan bekerja dekat itali dulu.

Eh!

Ayden Hakeem.

Ya, nama lelaki itu yang terlintas di fikiran Amelia saat ini. Bekas kekasihnya..

"Amelia?? Mommy tanya kamu ni" Datin Merlina melambaikan tangannya berkali-kali di hadapan wajah anak perempuannya itu bagi menyadarkan kembali Amelia ke dunia nyata kerana sedari tadi gadis itu hanya termenung jauh seperti memikirkan sesuatu.

Amelia kembali tersedar. Lantas dirinya memandang raut wajah sang ibu yang jelas terpancar kerisauan.

"Ada, mommy. Nama lelaki tu Ayden Hakeem." berat sahaja mulut Amelia apabila ingin menyebut nama lelaki itu.

Dia benci apabila kembali teringat perbuatan jijik yang dilakukan oleh lelaki itu.

"Siapa lelaki tu? Apa hubungan Amelia dengan lelaki tu?" sang ibu kembali bertanya apabila perasan akan wajah anak perempuannya mulai kelihatan sayu.

"Dia bekas kekasih Amelia.. 2 tahun lepas, Amelia dengan dia putus disebabkan perbuatan jijik dia dengan seorang perempuan ni dalam hotel. Depan mata Amelia mommy! Amelia saksikan segalanya depan mata Amelia! D-dia curang dengan Amelia mommy!" Air mata yang ditahan sedari tadi kian meluruh membasahi pipi mulusnya.

Datin Merlina tersentak apabila mendengar luahan hati anak tunggal nya itu. Dia tidak menyangka anak perempuan satu-satunya ini akan menghadapi situasi perit seperti itu. Satu tangan naik di belakang badan anak tunggalnya bagi menenangkan gadis itu.

"Shhhh.. it's okay sayang.. mommy dengan daddy sentiasa ada untuk Amelia.. lupakan segalanya dan bina hidup baru dengan lelaki yang boleh jaga anak mommy sorang ni.." ibu jari kiri Datin Merlina digunakan untuk mengelap sisa air mata yang membasahi pipi mulus itu.

Amelia memanggung kepala ke arah wajah sang ibu. Tanpa sedar, Amelia tersenyum saat mendengar ujaran ibu kandungnya sebentar tadi. Dia bersyukur kerana mempunyai ibu dan ayah yang menyayanginya sehingga kini.

_________________
TO BE CONTINUED

Qayman's Little Dimples | OGWhere stories live. Discover now