Bab 9

21 2 0
                                    

"Kalau betul lelaki tak guna tu yang masuk meminang anak mommy, mommy tak akan terima dia untuk Amelia.. mommy tak percaya dia boleh jaga anak mommy dengan baik kalau perangai dia macam tu" sambung Datin Merlina bagi melembutkan hati anak tunggal perempuannya itu.

"Amelia rasa memang betul Ayden yang masuk meminang Amelia.. mommy jangan terima pinangan dia please.. Amelia merayu sangat.." Pinta Amelia kepada sang ibu agar tidak menerima pinangan tersebut. Dia tidak mahu hidupnya menderita disebabkan lelaki tak guna tu.

"No sayang.. mommy tak akan terima pinangan tu untuk Amelia. Mommy sendiri akan berjumpa dengan keluarga lelaki tu dan pulangkan cincin ni semula. Amelia jangan risau.." Datin Merlina kembali menenangkan anak perempuannya itu dengan mengusap lembut belakang badan gadis itu.

Amelia sekadar tersenyum sebagai tanda dia bahagia kerana sang ibu memahami isi hatinya saat ini.

______________

Qayman Pov

Sedang ralit dirinya memberi perhatian di skrin telefon, terasa bahu kirinya ditepuk oleh seseorang dari belakang.

Pap!

Qayman lantas menoleh ke belakang untuk melihat siapa gerangan yang menepuk bahunya sebentar tadi.

Oh abang sulung dia rupanya. Qayz Hayyaz.

Qayz Hayyaz merupakan abang sulung kepada Qayman dan juga Qayyiz Hayyaz, adik bongsu mereka yang baru sahaja berusia 9 tahun. Qayz sudah pun berkahwin dengan seorang gadis bernama Kasih Ariana. Kasih Ariana , isteri yang sah kepada Qayz Hayyaz.

"Kau nak apa?" Qayman bertanya dengan nada yang tidak marah tetapi tidak juga mesra.

"Amboi garang betul dengan abang sendiri!" Qayz tertawa kecil.

"Suka hati aku la. Kau nak apa ni?"

"Aku nak tanya sesuatu lah dekat kau ni" Qayz berfikir sejenak tentang cara  untuk menyakat adik lelakinya itu.

Qayman memberikan jelingan tajam apabila melihat wajah Qayz yang tersenyum seorang diri. Ini mesti tengah fikir cara nak menyakat dia.

"Tanya lah" mendatar sahaja wajahnya saat ini.

"Kau tak ada rasa suka ke dekat Amelia tu?" Muncul juga idea untuk menyakat adik lelakinya dengan memberi soalan panas.

Apabila mendengar sahaja nama gadis itu, serta-merta jelingan tajam diberikan kepada abang sulungnya.

"Kenapa tiba-tiba kau tanya? kau suka dia eh? Aku bagitahu akak ipar aku!" Baru sahaja punggungnya diangkat dari sofa empuk itu, dirinya kembali terduduk saat lengannya ditarik oleh Qayz.

"Bukan lahanat! aku dah kahwin dah pun! Buat apa aku nak suka dekat Amelia tu? baik aku suka bini aku je!" Jelingan maut dihadiahkan buat Qayman yang sedari tadi sudah tertawa terbahak-bahak dek kerana melihat wajah cuak Qayz.

"Tahu pulak kau nak cuak!" Qayman masih lagi tertawa macho.

"Kau tak payah tukar topik eh! Aku tanya soalan tadi kan? jawab jelah"

'Alamak dia ingat pulak soalan tadi! ciss' bisik hatinya

"Tak. aku tak pernah suka dekat dia." Qayman beriak tenang.

Qayz sekadar mengangkat sebelah keningnya sahaja apabila menerima jawapan tersebut. Biar betul dia ni?

"Yeke kau tak suka dia? Habistu apa cerita semalam dekat tepi kolam berdua-duaan?? ingat aku tak nampak ke kau sengih macam kerang busuk masa Amelia tu pandang tempat lain?" Qayz tersenyum puas apabila melihat wajah Qayman berubah cuak saat ini.

"Bila masa pulak? aku sengih sebab nampak katak tepi kolam tengah berenang" Qayman sudah mula mencipta alasan mengarut yang terlintas di mindanya.

"Otak kau lah! Bila masa pulak rumah besar mewah macam ni ada katak!" Qayz menjeling adik lelaki yang berada di sebelahnya itu. Penat mendengar alasan tak masuk akal Qayman ni.

Ruangan ruang tamu dipenuhi dengan gelak tawa dua beradik itu.

"Dah lah kau! Baik aku peluk , kiss bini aku dari melayan alasan tak masuk akal kau ni" Qayz segera bangun dari duduknya dan berlalu pergi meninggalkan Qayman yang sekadar memberikan jelingan tajam kepadanya.

"Macam dia sorang je ada bini" Perlahan sahaja suaranya apabila perasan bayangan abang sulungnya sudah mulai menghilang.

________________
TO BE CONTINUED

Entah la author pun tak faham dengan dua beradik ni 😔 Maafff yee jika ada typo atau kesalahan bahasa disitu 🫶🏻 kalau sudi, vote lah story ni 🫰🏻 thankyouu ! Bab 10 and 11 coming soon tau 💋

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 23 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Qayman's Little Dimples | OGWhere stories live. Discover now