"Sebab....."
PUKKKK
"Trisya Airis Binti Mustaqeem! Cepat sikit boleh tak? Aku dah tak sabar nak dengar ni!!" Amelia lantas menepuk kuat meja kerjanya kerana kesal.
"Kau ni rilek sikit boleh tak? Aku nak bagitahu lah ni"
"Apa?"
"Sebab Mr Leo kesayangan kau tu nak pindahkan kita ke Hospital Columbia dekat Kuala Lumpur" Airis memeluk tubuhnya sendiri dengan wajah yang tenang.
Amelia bingung dengan apa yang cuba rakan sekerjanya itu sampaikan sebentar tadi.
Kena pindah Hospital Columbia dekat Kuala Lumpur?
"Kenapa pulak kita kena pindah ke sana?" Soal Amelia dengan wajah yang masih terpinga-pinga.
"Mr Leo kata hospital tu perlukan pakar bedah yang terhandal"
Amelia menganggukkan kepalanya berkali-kali.
"Kau sedih ke Amelia?" Soal Airis apabila kornea mata disajikan dengan wajah redup milik Amelia.
Amelia kembali memanggung kepala ke hadapan.
"Gila ke tak sedih? Dah 3 tahun kot kita kerja kat sini jadi pakar bedah" Amelia mencebikkan bibirnya.
"Ye memang lah.. aku pun sedih. Tapi nak buat macam mana? Takde rezeki kita nak sambung jadi pakar bedah kat sini lagi" Airis cuba memujuk hati rakan baiknya itu untuk menerima kenyataan.
"Lagipun kau tak rasa happy ke?" Soal Airis
"Kenapa pulak nak rasa happy?" Amelia menyeka air matanya yang hampir jatuh ke tulang pipi dengan lembut.
"Sebab kita dapat jumpa parents kita.. Dah 2 tahun setengah kot aku tak jumpa ibu ayah aku" Airis tersenyum sendiri. Eyyy tak sabar nak jumpa ibu ayah!!
Rindu!!
"Betul jugak apa yang kau kata.. dah 3 tahun kot aku kat sini tak jenguk langsung mommy daddy aku. Berdosanya aku sebagai anak mereka Ya Allah.." Amelia meraup kasar rambut coklat pirang miliknya.
Airis lantas menarik kerusinya sehingga rapat ke arah rakan baiknya. Gadis itu pasti rasa serba salah sekarang.
"Jangan lah cakap macamtu Amelia.. aku yakin mommy daddy kau mesti faham keadaan kau. Kau kan kerja cari duit untuk mereka jugak. Kan?" Airis menepuk lembut belakang badan rakan baiknya.
Amelia menganggukkan kepalanya berkali-kali. Lantas dirinya memeluk gadis yang berada di sebelahnya dengan erat.
。゚•┈୨♡୧┈• 。゚
TO BE CONTINUED
♡ So far okay tak bab 1 & 2 ? Bab 2 ni memang author sengaja buat pendek HAHAHAHA. Komen lah cikit 🤏🏻
YOU ARE READING
Qayman's Little Dimples | OG
Romance| 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐐𝐀𝐘𝐌𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐙 | 𝐗 | 𝐀𝐌𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀 | "𝘼𝙠𝙪 𝙨𝙪𝙠𝙖 𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙠𝙖𝙪 𝙨𝙚𝙣𝙮𝙪𝙢" "𝙔𝙤𝙪𝙧 𝙙𝙞𝙢𝙥𝙡𝙚𝙨" "𝘾𝙤𝙢𝙚𝙡" "𝙔𝙤𝙪 𝙙𝙧𝙞𝙫𝙚 𝙢𝙚 𝙘𝙧𝙖𝙯𝙮.. 𝘼𝙡𝙖𝙣�...