Bab 3

55 6 0
                                    

"Qay.. tolong mama boleh?" Soal Puan Lydia lalu tersengih seperti kerang busuk di hadapan anak bujangnya itu.

Qayman memanggung kepala ke hadapan.

"Tolong apa ma?" Soal Qayman tetapi matanya masih tidak beralih daripada telefon bimbit.

"Tengku Qayman Hayyaz Bin Tengku Qaliz! I'm talking to you!" Marah Puan Lydia dengan wajah nya yang kesal.

"Okay fine.. mama nak Qay tolong apa?" Qayman pasrah. Telefon bimbit kembali diletakkan di sebelahnya.

Puan Lydia kembali tersengih di hadapan anak lelakinya itu. Dia lantas mengambil tempat duduk di sebelah anak lelakinya.

"Boleh tak Qay tolong jemputkan anak kawan mama dekat airport?" Soal Puan Lydia dengan penuh berharap agar anak lelakinya dapat menolongnya.

Perbuatan Qayman yang tadinya ingin menghirup secawan kopi itu terhenti seketika. Pandangan sepenuhnya diarahkan kepada ibu kandungnya.

"Now?" Soal Qayman

"Yelah.. takkan tahun depan pulak anak mama ni" Puan Lydia tertawa kecil.

Qayman beriak kosong. Dirinya langsung tidak tersenyum mahupun tertawa sama sekali.

"Siapa nama anak kawan mama tu?" Soal Qayman lalu menghirup secawan kopi.

"Do you remember Amelia Alana?" Soal Puan Lydia dengan lembut.

Qayman terdiam seketika.

Amelia Alana.

"Qay?? Qay dengar tak apa mama cakap ni?" Puan Lydia cuba melambai kedua tangannya di hadapan wajah anak lelakinya itu.

Qayman kembali tersedar dari lamunan nya.

"Sorry, mama. Apa tadi?"

"Mama tanya, Qay ingat tak Amelia Alana tu?" Soal Puan Lydia sekali lagi.

"Ingat. Mama nak Qay jemput dia dekat airport ke?" Qayman kembali menyoal.

Puan Lydia menganggukkan kepala nya berkali-kali sambil tersenyum.

"Tapi kenapa Qay yang kena jemput dia? Aunty Lina dengan Uncle Haz taknak jemput anak dia ke?" Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Qayman.

"Aunty Lina dengan Uncle Haz outstation dekat luar negara. Jadi, dia minta tolong Qay jemputkan Amelia sementara Qay tengah cuti ni" Susah payah Puan Lydia menerangkan kepada anak lelakinya itu.

Qayman menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia lantas bangun dari duduknya lalu mencapai kunci kereta Ferrari 812 GTS miliknya.

Baru sahaja kaki hendak melangkah masuk ke dalam perut kereta, suara Puan Lydia kembali menghentikan langkah kakinya.

"Lepas Qay jemput Amelia, terus bawa dia balik ke rumah kita. Ajak dia makan malam dekat sini" Puan Lydia tersenyum gembira sambil melambaikan tangan nya ke arah anak lelakinya itu.

Qayman menganggukkan kepalanya berkali-kali tanda faham. Lantas dirinya melangkah masuk ke dalam perut kereta.

゚•┈୨♡୧┈• 。゚

Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

"Amelia! Kau buat apa tercegat dekat situ?? Sini lah!" Airis menarik perlahan lengan baju gadis itu supaya mendekat lebih rapat ke arahnya.

"Kita nak pergi mana lepasni?" Soal Amelia lalu menyuap sesudu aiskrim coklat ke dalam mulutnya.

"Aku nak balik rumah parents aku lah! Rindu betul dekat masakan ibu aku!!" Airis tersenyum gembira sedari tadi apabila teringat masakan ibunya.

"Aku macam mana?" Soal Amelia sambil mencebikkan bibirnya.

"Macam mana apa?" Soal Airis dengan wajah yang terpinga-pinga.

"Aku baru je call mommy tadi sebab nak bagitahu yang aku dah sampai Kuala Lumpur. Tapi mommy aku kata dia tengah outstation dengan daddy dekat luar negara.." lirih Amelia sambil mata masih setia memandang lantai.

Airis tercengang.

"Dah tu kau nak balik macam mana ni?" Soal Airis

"Mommy kata dia dah minta tolong anak kawan dia suruh jemput aku dekat sini" Amelia kembali beriak tenang. Lega sikit lepas dengar ada orang yang akan jemput dia nanti.

"So, kau nak tunggu sini sorang ke?" Soal Airis dengan nada risau.

Amelia menganggukkan kepalanya.

"Kalau macamtu, aku balik dulu tau! Teksi aku dah sampai! Bye babe"

"If anything happend, call aku terus!"

Setelah selesai sesi berpelukan, Airis dengan segera memasuki ke dalam perut kereta teksi tersebut.

゚•┈୨♡୧┈• 。゚
TO BE CONTINUED

Stay tuned kalau nak tahu macam mana Amelia dengan Qayman berjumpa hehe 💋

Qayman's Little Dimples | OGWhere stories live. Discover now