"K-kenapa awak tanya?" Jelas terdengar suara gadis itu sedang tergagap-gagap.
Qayman menghela nafas dengan perlahan sebelum mata nya kembali dibawa pada kolam renang tersebut.
"Nothing." Ringkas sahaja jawapannya.
'Aku ingatkan dia nak lamar aku jadi girlfriend dia tadi!! Ishh' getus hati Amelia.
"What's on your mind? Aku tanya je. Aku taknak lamar kau jadi girlfriend aku pun" Qayman tertawa sinis
"M-mana ada saya fikir apa-apa"
Amelia memeluk tubuh. Terasa angin sejuk mula menerpa tubuhnya yang sedikit terdedah itu oleh kerana dia hanya mengenakan baju tidur tshirt nike yang agak nipis bersama dengan seluar tracksuit kelabu di tubuhnya pada malam itu.
Qayman yang seakan menyedari kelakuan gadis di sebelahnya itu yang seperti kedinginan, dia segera membuka baju sweatshirt tebal berwarna kelabu miliknya lalu dihulurkan pada gadis itu.
Amelia yang sedar akan huluran itu, lantas dirinya menoleh ke arah huluran tersebut.
Seketika, mata gadis itu terbuntang luas apabila dirinya melihat Qayman yang langsung tidak mengenakan seutas benang pada tubuh tegap itu.
Tubuh tegap yang sungguh indah berserta dengan sixpack yang berketul-ketul menghiasi tubuh tegap itu. Lama mata nya tertancap pada tubuh itu sehingga satu suara menyedarkan dirinya kembali.
"Tengok apa? Lama betul mata kau tengok situ" Qayman mengoyak senyum nakal.
Mendengar itu, Amelia laju menggeleng kan kepalanya beberapa kali bagi menyedarkan kembali diri nya ke dunia nyata.
Astaghfirullah.... apa yang kau tengok ni Amelia?
"M-mana ada saya tengok!" Amelia berkeras dengan keadilan nya bahawa dia langsung tidak pandang pada perut lelaki yang berada di sebelahnya itu.
Ketawa macho Qayman memenuhi ruangan kolam renang itu.
"Yeke kau tak tengok? Habistu kenapa lama sangat mata kau dekat situ?"
"B-betul lah! Sumpah saya tak tengok!" Amelia masih berkeras dengan pendiriannya.
"Tak elok main sumpah-sumpah ni Alana" sengaja dia bergurau dengan gadis itu. Comel.
Amelia menjulingkan bola mata nya ke atas dengan malas.
"Okay fine! Saya tengok sikit je pastu tak tengok lagi dah" jujur Amelia lalu kembali memeluk tubuhnya kerana kedinginan.
Qayman berusaha sembunyikan senyum nya. Risau gamaknya jika gadis itu melihat diri nya tersenyum seperti kerang busuk.
Qayman segera bangun dari duduknya. Qayman membuat sedikit regangan kecil setelah bangun dari duduknya lalu baju tebal kelabu miliknya tadi dihulurkan kepada Amelia.
"Pakai ni. Esok, pandai-pandai lah kau pulangkan dekat aku." Qayman menunggu huluran nya disambut oleh gadis yang masih terpinga-pinga itu.
Dengan ragu-ragu, dirinya menyambut huluran lelaki itu. Setelah hulurannya disambut, Qayman terus mengaturkan langkah nya ke arah lift yang berada di dalam rumah agam tersebut.
"Teri-" baru sahaja dia ingin mengucapkan terima kasih kepada Qayman, sosok lelaki itu terus hilang dari pandangan nya. Mungkin sudah masuk ke dalam bilik tidurnya.
Lama dirinya menatap baju tebal berwarna kelabu yang berada di tangan kanan nya.
"I'm sorry Qay... because i accidently been crushing on you since we were little" perlahan sahaja suara nya mengungkap kan perasaan nya melalui baju tebal kelabu milik lelaki itu.
__________________
Rome , Italy
9:30 p.mTok tok tok
Bunyi ketukan dari luar pejabatnya kembali menyedarkan dirinya yang terjatuh dalam lamunan nya sendiri.
"Come in" Arahan nya.
Seketika, pintu pejabatnya dikuak dari luar. Muncul lah seorang wanita yang berusia 29 tahun itu segera masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Selena.
Selena merupakan personal assistant yang bekerja di bawah syarikat nya sepanjang berada di bandar Rome itu. Selena juga merupakan wanita yang berasal dari Italy yang terhandal melakukan kerja-kerja pejabat.
"capo, c'è qualcuno fuori che vuole incontrarti." (boss, there's someone outside who wants to meet you.)
Selena berkata dalam bahasa formal italy nya dengan sopan.
Tanpa aba-aba, kepalanya langsung dipanggung ke hadapan untuk melihat wanita yang kini berada di hadapannya.
"Chi?" (Who?)
"Non la conosco. ma Lei davvero incontrarti per un po'." (I do not know her. but she really wants to meet you for a while.)
"dille di entrare." (Tell her to come in.)
Selena pantas menganggukkan kepalanya tanda faham. Lalu, dengan segera dia berlalu pergi untuk mengarahkan wanita yang ingin berjumpa dengan boss nya untuk masuk ke ruangan pejabat sekarang.
Tidak lama selepas itu, muncul juga seorang gadis yang kini berada di hadapannya yang hanya mengenakan skirt hitam paras lutut serta blouse berwarna putih berbulu tebal yang sedikit mendedahkan kedua bahu gadis itu.
"Nice to meet you, Ayden Hakeem. Remember me?" Gadis itu dengan segera menghulurkan tangan kanan nya untuk bersalam kenalan.
____________________
TO BE CONTINUED♡︎ Haa siapa Ayden? Siapa perempuan yang jumpa Ayden tu? Taktau taktau 😶🌫️
YOU ARE READING
Qayman's Little Dimples | OG
Romance| 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐐𝐀𝐘𝐌𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐙 | 𝐗 | 𝐀𝐌𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀 | "𝘼𝙠𝙪 𝙨𝙪𝙠𝙖 𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙠𝙖𝙪 𝙨𝙚𝙣𝙮𝙪𝙢" "𝙔𝙤𝙪𝙧 𝙙𝙞𝙢𝙥𝙡𝙚𝙨" "𝘾𝙤𝙢𝙚𝙡" "𝙔𝙤𝙪 𝙙𝙧𝙞𝙫𝙚 𝙢𝙚 𝙘𝙧𝙖𝙯𝙮.. 𝘼𝙡𝙖𝙣�...