Bab 4

76 10 2
                                    

Sedang sibuk Amelia menyimpan kembali passport ke dalam handbag Dior miliknya, seseorang menegur nya dari belakang...

"Amelia Alana?" Suara husky tersebut menyapa lembut telinga nya sehingga membuatkan dia terus menoleh ke arah belakang.

Kaku.

Lelaki bertubuh tegap itu memandang nya pelik.

Baru tak jumpa 3 tahun dah macam ni gaya nya.

"Aku tanya ni, kau Amelia Alana kan?" Sekali lagi suara itu menyapa lembut telinga nya membuatkan dia sekali lagi terkaku.

Tengku Qayman Hayyaz.

Lelaki itu.

"Alana?" Sekali lagi Qayman menyeru namanya.

Kali ini, barulah Amelia tersedar dari lamunan nya.

"Y-ye saya. Saya Amelia" Lantas dirinya kembali memandang lantai yang licin itu. Tidak berani menatap mata hazel lelaki di hadapannya itu.

Qayman mengoyak senyum kecil. Namun, dengan segera wajahnya  kembali bertukar serius apabila gadis itu memanggung kepala ke arahnya.

"You're still same" lantas dirinya menarik perlahan bagasi milik gadis di hadapannya itu masuk ke dalam perut kereta.

Amelia masih kaku di tempatnya.

Apa yang masih sama?

"Masuk lah. Ke nak tunggu aku dukung?"Kakinya kemudian melangkah masuk ke dalam perut kereta.

Amelia menepuk pipinya berkali-kali lalu dengan segera dirinya turut serta memasuki ke dalam perut kereta lelaki itu.

⋆ ˚。⋆୨♡୧⋆ ˚。⋆

Sepanjang perjalanan, Amelia hanya terdiam sambil mata masih tidak lekang memandang ke luar tingkap kereta.

Best pulak tengok kereta dekat highway.. hehe

Sesekali Amelia dapat menangkap mata Qayman sedang memandang ke arahnya dengan pandangan yang dia sendiri tidak pasti apa makna disebaliknya.

"K-kita nak pergi mana?" Amelia menyoal bersama hati yang tidak berhenti gugup.

"Rumah mama" ringkas sahaja jawapan lelaki itu.

"Maksud awak, Aunty Lydia?" Soal Amelia berhati-hati.

Qayman hanya sekadar menganggukkan kepalanya.

"Mama suruh kau makan malam sekali dekat rumah" sambung Qayman

"Eh takpayah susah-susah! Awak hantar je saya balik rumah mommy dengan daddy" Amelia menolak ajakan tersebut kerana segan dengan keluarga lelaki itu.

"Mama suruh. So, kau kena ikut" Qayman masih beriak tenang.

"Eh takpayah! Saya taknak susahkan family awak Qay-"

Belum sempat Amelia menyambung perkataan nya, Qayman sudah terlebih dahulu memotong.

"Shut up and behave, Alana"

"Or else..."

"I'll kiss you"

Lama Qayman memandang wajahnya.
Setelah itu, matanya kembali dibawa ke arah hadapan.

Wajah Amelia berubah merah selepas mendengar setiap perkataan yang ditutur oleh lelaki disebelahnya itu.

Qayman mengoyak senyum miring.

⋆ ˚。⋆୨♡୧⋆ ˚。⋆

Setelah 40 minit memandu, sampai juga di rumah ibu nya dengan selamat. Qayman segera memasuki perkarangan rumah mewah tersebut.

Setelah menanggalkan tali pinggang keledar yang melilit di tubuh, mata nya terjatuh pada wajah lelah gadis di sebelahnya yang sedang lena dibuai mimpi. Qayman tersenyum.

Senyuman nya mati tatkala gadis itu mula menggeliat kecil kerana tidurnya terganggu.

"Kita dah sampai ke?" Amelia menyoal kemudian menggosok-gosok matanya.

"Dah. Turun lah"

Mendengar itu, Amelia terus menanggalkan tali pinggang keledarnya lalu berjalan keluar dari perut kereta.

Kakinya diatur sehingga berada di hadapan pintu mansion mewah tersebut. Dengan ragu-ragu, tangan nya mengetuk pintu tersebut.

⋆ ˚。⋆୨♡୧⋆ ˚。⋆
TO BE CONTINUED

♡︎ Okay tak this part? 😭 HAHAHAHA author rasa mcm terabur and cringe sikit 🙁 btw nak next part tak?

Qayman's Little Dimples | OGWhere stories live. Discover now