!!! PERHATIAN !!!
Sila baca cerita Jiwa Gusti dahulu sebelum baca cerita pendek ini•
•
•BAHASA MELAYU
Latihan yang berterusan pada malam Jumaat tadi habis agak lewat, aku yang masih kepenatan terus balik ke bilik setelah selesai mandi dan salin pakaian di bilik persalinan. Walaupun perut aku masih terasa kelaparan, namun rasa penatku tidak dapat dibendung lagi. Sesudah sahaja tiba, bilik aku sudah pun sunyi sepi walaupun pada malam hujung minggu, tidak seperti bilik-bilik lain yang masih hingar-bingar. Aku pun terus meletakkan beg-beg aku lalu duduk ditepi katil sambil melihat si Arif yang sedang menyelubungi tubuh dengan selimut sambil dibuai mimpi lena. Entah kenapa aku terasa senang melihat dia sebegitu sehinggakan terukir senyuman dibibirku tanpaku sedar. Setelah itu, aku pun terus merebahkan badan sambil membelek-belek telefon sekejap sebelum tidur dan aku tersedar ada satu mesej baru masuk dari Whatsappku. "Weh, keding. Kau ni memang tak malu ke? hahaha", mesej pertama yang diterimaku dari sesorang yang tidak dikenali. "Kau siapa? Macam mana kau boleh dapat nombor aku?", soalku yang masih kebingungan. "Hahaha, sibuk pula si 'koyak' ni nak tahu siapa aku. Lebih baik kau fikir pasal diri kau yang lemah tu, hahaha". "Kau siapa? Kau ni cakap macam kuat sangat". "Tengok pun tahu kau lemah, lawan kawan sendiri pun kalah, dah la kuat menangis pula tu, hahaha". "Aku memang kalah dengan dia, tapi tak dengan kaulah, sial". "Sembang serupa babi terbanglah mamat ni, dasar kote pun tiada, hahaha". "Alahai, kasihannya kau. Benci sangat dengan kejayaan aku, aku dah biasa dengan orang macam kau, hahaha". Dia terdiam seketika sebelum membalas mesejku tadi, "Kasihan betul peminat orang lemah macam kau ni, gila betul dia. Hahaha, baik potong kote dia sekali bagi kau makan". Kata-katanya menaikkan sedikit rasa marahku, "Kau jangan nak hina peminat aku, terutama sekali Arif. Sekali kau hina, nahas aku kerjakan". "Oh, Arif rupanya. Patutlah bodoh orangnya, hahaha", dia membalas dengan kata-kata hinaan tanpa henti. Hati aku pada malam itu mulai panas, apatah lagi sahabat aku juga terpalit dalam hinaanya. "Sial kau, kau diamlah babi. Kau jangan nak sentuh kawan aku itu, sial", balasku dalam kemarahan. "Alahai, ada orang marah 'kekasih' dia kena hina. Jangan risau, nanti malam dia suapkan mulut kau dengan batang dia, hahaha". "Kau... kau memang siallah. Woi, kenapa diam, sial?", balasku secara rakaman audio kepadanya setelah dia hilang begitu sahaja. "Fa... Faris, kau okay tak?", soal Arif yang terbangun sambil melihat ke arahku. Aku cuba tenangkan diri sebelum aku palingkan muka aku padanya sebelum aku balas, "Tak... tak ada apa-apalah, Rif. Kau... kau sambung balik tidur kau tu". Dia memandang aku dengan matanya masih kuyu dan agak lama sebelum dia duduk di sebelah aku sambil tangan kirinya merangkul bahuku, "Kalau kau ada masalah, bagitahu aku. Jangan simpan-simpan, aku ni sahabat kau. Okay?". "Aku okay je, Rif. Kau tak payah risaulah", balasku sambil mengusap-usap kepalanya, namun fikiranku masih lagi terganggu dengan kejadian itu sepanjang malam.
Keesokkan paginya, aku terjaga dari tidurku agak lewat. Aku melihat jam di telefon aku yang sudah pukul 9:35 pagi lalu aku terus bangkit ke bilik air untuk membasuh muka sebelum memasak maggi segera dek kerana perutku yang sudah berkeroncong kelaparan. 'Ting', bunyi pemberitahuan telefonku berbunyi lalu aku pun mencapainya sebelum agak terkejut melihat mesej baru dari orang semalam. "Selamat pagi, buah hati Arif. Buat apa tu? Di mana Arif kesayangan kau tu?", mesejnya yang sengaja ingin menaikkan darah aku lagi. "Weh, babi. Kau nak apa, sial? Kau tak puas hati apa dekat aku dengan Arif?", balasku dengan marah. "Hahaha, jangan marah. Aku cuma nak jumpa dia je, ada benda nak kongsi dengan dia, hehehe". "Kau nak kongsi apa? Jangan kacau dialah, kalau tak nahas kau nanti". "Alahai, aku dah kata semalam. Aku nak kongsi pengalaman silam kau tu dulu". "Pe... pengalaman apa kau cakap ni?". "Eh, kau tak ingat adegan kau dalam bangunan usang tu dulu. Dengar cerita kau dah kena ratah dengan ramai budak-budak dalam tu, hahaha". Kata-katanya membuatkan aku sangat-sangat terkejut kerana setahu aku, hanya kami berempat sahaja di situ pada waktu itu. "Macam... macam mana kau... kau tahu?". "Hahaha, eh kejap. Aku dah nampak dah Arif dekat kafeteria bangunan kuliah. Nanti kita sembang lagi ya", balasnya lalu dia terus menghilangkan diri sekali lagi. Aku yang membacanya terus cuba melihat Arif di katilnya namun tiada. Dengan perasaan gelisah dan risau, aku terus berlari ke kafeteria itu dengan hanya berbaju 'tanktop' merah dan berseluar sukan pendek berwarna merah sambil cuba menelefonnya. "Mana pula Arif ni, jawablah panggilan aku, sial", kataku pada diri sendiri sambil mata-mataku rancak mencarinya. "Faris?", seseorang yang suaranya aku kenal menegur aku dari belakang. "A... Arif, Arif, Arif, A... Arif, aku nak tanya, ada sesiapa jumpa kau tak tadi dekat sini?", soalku dalam tercungap-cungap bernafas. "Tak ada, kenapa ni, Ris?". "Be... betul ni tak ada sesiapa?". "Ya, betul. Kau ni dah kenapa? Cuba cakap dengan aku". Setelah mendengarnya membuatkan hati aku sedikit lega dan aku terus duduk di atas kerusi meja makan itu sambil menarik nafas dalam-dalam. "Ris, kau ni kenapa? Kau buat aku risaulah". "Tak... tak ada apa-apa, cuma ak... aku risau apabila kau tiada di bilik tadi", terpaksa aku menipu agar dia tidak risaukan aku nanti. Dia memandang aku dengan pandangan tidak percaya sebelum dia berkata, "Okaylah kalau macam tu, ni kau dah sarapan belum? Dengan kau masih pakai baju seluar tidur kau semalam, pasti kau baru bangun ni. Eh, sudahlah. Jom balik, malulah nanti orang tengok kau kusut-masai macam ni". Setelah itu, kita orang pun berjalan balik ke bilik. Kalau ikutkan hati, aku nak sahaja ceritakan perkara sebenar padanya namun aku risau kalau-kalau Arif pula jadi mangsa gangguan dari si dengki itu.
YOU ARE READING
Himpunan Ceritera Seksa
RandomHimpunan beberapa cerita BDSM dan penyeksaan. INFO: Setiap bahagian cerita ada versi Bahasa Melayu (di sebelah atas) dan Inggeris (di sebelah bawah) Each parts of the story has Malay version (on the upper part) and English (on the lower part)