Malang Si Pengayuh Malam

189 2 2
                                    

BAHASA MELAYU

Mentari siang semakin hampir untuk melabuhkan tirai, langit yang cerah bertukar jingga kemerahan saat senja merangkak tiba. Bunyi penggera di telefon bimbit menyedarkan Ken dari lamunan mimpinya lalu dia pun bangkit dengan matanya yang masih mamai sambil meregangkan tubuhnya yang letih itu. Setelah penggera itu dimatikan, Ken terus menanggalkan seluar dalam berwarna putihnya lalu masuk ke bilik air dengan keadaan bogel. Selepas dia selesai mandi dan memakai pakaian khas "jersey" berwarna putih dan biru muda yang sering dipakai oleh peminat-peminat sukan berbasikal, dia terus memandu keretanya ke taman rekreasi yang terletak berhampiran. "Akhirnya, sampai juga abam sado kita. Ingatkan dah sesat ke kelab malam sana, hahaha", sapa Aqil yang sudah lama menunggu di situ. "Hahaha, kau macam tak kenal je aku. Tapi, maaflah. Aku terlajak tidur tadi, nasiblah penggera telefon aku berbunyi, hahaha", balas Ken sambil menurunkan basikal professional yang dimilikinya dari atas keretanya. "Ahhh, sudahlah kau. Kita orang bukan baru kenal kau sehari dua, perangai kau tak pernah berubah sejak dulu, hahaha". "Hahaha, eh sudahlah. Dah nak gelap ni, mana basikal kau". "Semua orang dah berkumpul di sana, kau seorang je yang terhegeh-hegeh masih bersiap, hahaha". Lalu, mereka berdua pun bergerak menuju ke tempat berkumpul di tanah lapang itu. Setelah penerangan ringkas dibuat oleh pemimpin acara berbasikal itu, lalu mereka pun mulai mengayuhkan basikal masing-masing mengikut laluan yang sudah ditetapkan. Suasana yang samar-samar cerah itu semakin hilang sinarnya sehingga langit gelap gelita, malah dihiasi dengan sinar rembulan dan bintang-bintang yang berkelipan. Setelah beberapa minit mereka mengayuh, akhirnya mereka tiba di laluan masuk ke jalan khas untuk berbasikal yang sudah disediakan oleh pihak kerajaan negeri. Walaupun sudah malam, namun laluan itu masih boleh dilalui dek kerana cahaya-cahaya dari lampu-lampu sisi jalan menerangi di sepanjang laluan itu. Laluan basikal itu mulai melalui lereng-lereng bukit berdekatan sehingga menampakkan kecantikkan cahaya-cahaya dari bangunan-bangunan yang menghiasi bandar raya Caloocan pada malam itu. Malah, bunyi-bunyian cengkerik, serangga hutan dan juga bayu lembut yang meniupi pohon-pohon di situ menambahkan lagi rasa tenang dan seronok mereka tatkala mengayuh sambil menikmati suasana di sekeliling mereka. Sewaktu mereka sedang asyik mengayuh, tiba-tiba rantai basikal Ken tercabut, membuatkan dia terhenti seketika. 'Klinggg', rantai itu tercabut lagi setelah Ken sudah memasang dan mengayuh semula untuk beberapa saat. "Aduh, kenapalah sekarang baru kau nak bermasalah?", katanya di dalam hati sebelum Aqil datang menghampirinya. "Rantai tu dah rosak, memang kena ganti tu. Jom, aku tolong tunda basikal kau. Kita kena patah balik ke sana semula", kata Aqil namun Ken menolak pertolongannya itu. "Eh, tak payahlah. Okay lagi ni, kau orang pergi dulu. Nanti aku kejar kau orang balik, masalah rantai je ni", katanya sambil memasang semula rantai itu. Beberapa kali kawannya itu cuba menolongnya, namun Ken tetap menolaknya. Lalu, Aqil dan peserta-peserta lain pun meneruskan kayuhan mereka meninggalkan Ken di belakang. Setelah menemui jalan buntu untuk membetulkan rantai basikalnya itu, Ken pun menuntun basikalnya dan berpatah balik ke tempat laluan masuk tadi.

"Eh, laluan mana yang kita orang masuk tadi? Aduh, sejak bila pula ada laluan lain ni?", soal Ken dalam kebingungan saat dia sampai ke laluan bersimpang. Lalu, Ken terus bergerak ke laluan terus tanpa berfikir panjang. Sudah hampir 15 minit menuntun basikal namun dia masih tidak dapat keluar dari situ, malah semakin tebal pohon-pohon merimbun di kiri dan kanan laluan itu. Dia cuba untuk menghubungi Aqil, namun gagal dek kerana isyarat telefonnya yang teruk di situ. Tidak lama setelah dia berjalan agak jauh, akhirnya dia terlihat sebuah pondok bercahayakan lampu tidak jauh dari situ. Dengan pantas, dia menuju ke arah pondok itu untuk meminta pertolongan. "Selamat malam, maaf mengganggu. Saya nak minta tolong, boleh tak pinjamkan saya telefon? Saya nak hubungi seseorang, namun telefon saya tiada isyarat di sini", kata Ken yang meminta tolong setelah melihat tiga orang anak muda yang sedang  lepak di pangkin pondok itu. Anak-anak muda itu sedikit terperanjat lalu mereka memandang sesama sendiri sebelum salah seorang dari mereka bangkit lalu mengajaknya masuk untuk meminjamkan telefon bimbitnya. Sedang asyik Ken mendailkan nombor telefon kawannya, lehernya diseluk sebelum dikunci oleh tangan salah seorang dari anak muda itu, membuatkannya terkejut sebelum cuba meronta-ronta melepaskan tangan itu. Semakin kuat lehernya dikunci sehingga matanya mulai kabur dan tak lama selepas itu, dia pun pengsan lalu budak itu pun melepaskannya sehingga dia terjatuh ke lantai. "Ikat kuat-kuat, nanti dia terlepas". "Peganglah betul-betul, aku nak ikat ketat ni". "Sumbat mulut dia dengan ni. Nanti dia menjerit, habis kantoi nanti". Perbualan yang samar-samar didengari oleh Ken yang sudah tersedar dari pengsannya itu, namun masih lagi terasa mamai dan matanya juga masih lagi kabur-kabur melihat keadaan sekeliling. Setelah penglihatannya semakin jelas dirinya sudah kembali bertenaga, dia melihat ke hadapan dan mendapati tiga anak muda sedang berdiri membelakangi dinding kayu. Setelah dia teringat kembali kejadian tadi, dia cuba untuk melarikan diri namun dia tersedar yang kedua-dua tangannya sudah pun terikat ke atap pondok itu sehingga tangan-tangannya tertarik ke atas. Manakala, kedua-dua pergelangan kakinya terikat pada pedal pengayuh basikalnya yang sudah disandarkan dengan beberapa batu bata di tayarnya agar basikal kekal berdiri tegak. "Arghmmm erghmmm erghmmm", Ken bersuara namun samar-samar kedengaran dek kerana mulutnya yang tertutup itu. "Mana lagi kau simpan barang-barang berharga kau? Mustahillah kalau ini je yang kau ada. Bagitahu kita orang sekarang", soal salah seorang dari mereka namun hanya suara samar-samar sahaja kedengaran. "Apalah kau ni, mulut dia kan tertutup tu. Macam manalah dia nak cakap", kawannya mencelah sebelum dia membuka dan mengeluarkan kain perca dari mulut Ken. Lalu, Ken pun menjerit dengan lantang meminta tolong berkali-kali sambil dia cuba melepaskan ikatan pada tangannya. Namun, anak-anak muda itu langsung tidak gelabah sebelum salah seorang dari mereka menumbuk tepat mengenai pipi kiri Ken, membuatkan jeritannya terhenti. "Bisinglah kau ni, macam pondan. Kau menjerit pun tiada guna, tak ada sesiapa pun yang akan dengar. Memang malanglah kau datang sini malam-malam ni, hahaha", katanya sebelum dia mencekik leher Ken lalu bertanya lagi, "Mana barang-barang kau lagi, baik bagitahu kita orang sekarang. Kalau tak, nahas kau". Namun, Ken hanya tertunduk dan berdiam diri di atas basikalnya.

Himpunan Ceritera SeksaWhere stories live. Discover now