Kaki Bangku

248 1 0
                                    

BAHASA MELAYU

Faris adalah nama yang telah diberikan padaku. Aku adalah anak kelahiran negeri Borneo Utara di sebelah timur Malaysia dan baru sahaja berusia 20-an. Tubuhku yang agak tinggi, berbadan sedikit keding namun perut aku pula sedikit membuncit ke depan. Warna kulit tubuh aku hanyalah sawo matang seperti kebanyakan anak-anak di tanah Asia Tenggara lain. Setelah tamat pengajian aku di institusi kemahiran swasta di sini, aku oun bekerja secara sambilan di sebuah panggung wayang yang berdekatan dengan rumah aku sementara menunggu peluang pekerjaan yang selari dengan sijil pengajian aku itu, apatah lagi kalau ada peluang untuk menjadi salah seorang ahli gusti professional di Malaysia seperti Emman ataupun Shaukat, memang aku sangat-sangat gembiralah. Walaupun sudah lama aku meninggalkan sukan gusti dan kali terakhir adalah sewaktu mewakili institusi dalam pertandingan gusti kebangsaan pada lima tahun lalu, namun ak niu tak pernah berhenti melakukan latihan-latihan asas dalam gusti, malah aku akan ke pusat gimnasium yang mempunyai peralatan-peralatan gusti untuk mengasah lagi bakatku itu. Setahu aku, minat aku pada gusti ini bermula setelah aku terlihat rancangan gusti WWE di televisyen, namun mungkin juga wujud selepas pengalaman yang aku pernah lalui sewaktu aku masih lagi di bangku sekolah.

Saat aku sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki bas, terpandang aku pada sebuah padang bola yang dipenuhi dengan remaja-remaja yang sedang seronok bermain bola sepak di situ. Terimbau aku pada waktu itu akan peristiwa hitam yang tidak pernah aku lupakan. Pada waktu itu aku baru sahaja melangkah kaki ke tingkatan satu di salah sebuah sekolah menengah yang berdekatan. Pada jam 9 pagi setelah selesai sahaja subjek Bahasa Melayu, kami pun mulai bersiap-siap untuk keluar ke padang untuk subjek Pendidikan Jasmani (PJ) setelah itu. Seperti kebiasaannya, cikgu PJ kami akan membahagikan murid lelaki untuk ke padang bola manakala murid perempuan pula ke gelanggang badminton. Pada waktu itu, kawan-kawan sekelasku selalu akan bermain bola sepak setiap kali waktu PJ, sedangkan aku ini pula seorang kaki bangku yang tidak berminat pada bola sepak pada waktu itu. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku lepak di bawah pokok rendang berdekatan namun cikgu tidak benarkan dan mewajibkan murid untuk sertai bersukan. Jadi, terpaksalah aku bermain bersama-sama mereka walaupun aku tidak mahir. Setelah dua pasukan dibentuk, kami pun mulai bermain dengan pihak lawan memulakan sepak mula ketika itu. Sepanjang permainan itu, aku seperti kaku, apatah lagi mereka juga mahir menggelecek dan menghantar bola ke ahli pasukannya yang lain. Aku cuba untuk merebut namun gagal, malah aku pula yang terjatuh apabila ditolak oleh mereka. Sewaktu aku sudah pun memegang bola, aku cuba untuk menghantar ke ahli pasukan aku yang lain namun dapat dirampas pula oleh pihak lawan. Malah, aku sebagai posisi pertahanan juga gagal untuk menghalang pihak lawan daripada menjaringkan gol beberapa kali. "Weh, Faris. Mainlah betul-betul. Tendang bola pun tak pandai ke, susahlah kau ni", jerit salah seorang rakan sekelas akj yang satu kumpulan dengan aku, malah aku dijeling dan digelak juga oleh beberapa kawan aku yang mendengar jeritan itu.

'Pretttttttttttt', wisel ditiup oleh cikgu PJ kami menandakan tamatnya waktu subjek itu. Kami semua pun berhenti bermain dan bergerak balik ke kelas sambil menyejukkan badan kami. Setelah sampai sahaja di kelas, aku terus duduk di kerusi aku sambil mengelap peluh-peluh yang masih mengalir itu. Namun, tak semena-mena kepala aku tepuk dari belakang dengan agak kuat sehinggakan kepala aku tertolak ke depan. Aku pun mengurut-urut kepala aku dan baru aku sedar yang memukul aku tadi adalah ketua pasukan aku tadi. "Petang ni, jumpa aku dekat bilik stor sukan. Kau tak datang, nahas kau nanti. Dasar kaki bangku", arahnya dengan suara yang agak keras kepada aku. Aku pun hanya menundukkan kepala tanpa bersuara pun sehinggalah dia dan kawan-kawannya beredar ke tempat duduk masing-masing. Hati aku rasa tidak tenteram dan aku hilang tumpuan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran sepanjang hari itu, malah semakin gementar tubuh aku tatkala waktu persekolahan semakin hampir ke hujungnya. 'Kringggggggggggg', loceng sekolah pun berbunyi dan kawan-kawan sekelas aku pun mulai mengemas barang-barang mereka sebelum bergerak keluar dari kelas sehinggalah hanya aku sahaja yang masih tertinggal di situ. Setelah selesai mengemas barang-barang aku, aku pun mulai berjalan ke bilik stor yang disuruhnya tadi dan melihat dia dan kawang-kawannya tadi sudah pun menunggu di situ. "Kenapa kau lambat sampai? Jalan pun lembab ke? Hahaha", katanya lagi sambil digelak oleh yang lain. Tidak lama selepas itu, kedengaran mangga kunci bilik itu terbuka dan salah seorang dari mereka membuka pintu perlahan-lahan. Lalu, dengan tiba-tiba dia menolak badan aku sehingga aku tersungkur jatuh ke tengah-tengah bilik itu sebelum mereka semua masuk dan mengunci semula bilik itu. "Kau... kau orang nak buat apa dekat aku?", soalku yang semakin ketakutan namun hanya dibalas dengan senyuman sinis dari mereka sebelum ketua mereka itu berkata, "Kita orang tak puas hati dengan kekalahan kita tadi, semuanya berpunca dari kau yang bodoh pasal bola. Sekarang, kau rasakan balasan kerana pasukan kita kalah". "Ak... aku minta maaf. Aku tak sengaja, aku tak pandai main...", belum sempat aku menghabiskan ayatku, 'bukkk', perut aku dipijak olehnya sehinggakan badan aku meringkuk menahan sakit. Lalu, dia pun mengarahkan kawan-kawannya memegang tangan aku ke atas kepala memperlihatkan baju sukan pada bahagian ketiak aku yang sudah kebasahan manakala kakiku pula dipegang secara mengangkang. "Pegang kuat-kuat, hahaha", arahnya lagi sebelum, 'bukkk' 'bukkk' 'bukkk', tumbukam dan sepakan dikenakan ke atas perut dan dada aku sehingga aku menjerit kesakitan. "Uhukkk, uhukkk, arghhh, lepaskan aku, tolong, aku tak tahan. Arghhh erghhh", beberapa kali jugalah aku tersedak-sedak dek kerana tumbukan kuat darinya tadi.

Himpunan Ceritera SeksaWhere stories live. Discover now