Kapot (Kaki Lapor)

172 1 0
                                    

'Bammm', pintu rumah dibuka dengan kuat dan terlihat sosok tubuh seseorang yang berdiri di hadapan pintu itu dengan nagasnya yang tercungap-cungap mengejutkan beberapa penghuni yang berada di dalamnya. "Weh, kau orang. Cepat lari, aku nampak beberapa orang polis dekat bawah tadi. Cepat bawa lari "barang-barang" itu", kata lelaki itu dalam kepenatan sebelum dia juga mengemas barang-barangnya yang berada di dalam bilik dengan pantas. Rumah yang riuh-rendah dengan suara gelak tawa pada awalnya bertukar kelam-kabut dek kerana masing-masing panik dan melarikan diri ke tempat parkir kenderaan di bawah bangunan perumahan pangsapuri itu. "Macam mana polis boleh ada dekat sini? Siapa pula yang buat laporan? Siallah", kata Akmal yang sedang berlari menuju ke tangga berdekatan bersama-sama teman serumahnya itu. "Aku tak tahu, aku sendiri terperanjat saat melihat mereka di bawah tadi, sepertinya mereka sedang mencari-cari seseorang. Nasib baik aku nampak mereka, kalau tidak, sudah pasti malang hidup kita tadi", balas kawannya itu. Sesudah sampai sahaja di tempat parkir itu, mereka terus menghidupkan enjin motosikal mereka sebelum Akmal perasan beberapa kawannya yang lain masih lagi tiada di situ. "Mana yang lain? Budak-budak kita yang lain ke mana?", soal Akmal pada beberapa kawannya yang baru sahaja keluar dari lif berdekatan. "Dia orang semua tengah menyorok, ada yang tak sempat turun tadi, tiba-tiba sahaja polis sudah muncul depan rumah", kata salah seorang dari mereka. "Kau semua gerak dulu, aku tunggu di sini dahulu, manalah tau dia orang perlukan pertolongan. Kita jumpa dekat tempat biasa", arah Akmal yang tekad untuk tunggu mereka dan mengarahkan kawan-kawannya yang lain untuk lari dahulu. Petang yang cerah sudah mulai pudar terangnya sehingga kaki langit juga mulai kemerahan warnanya sebelum kedengaran laungan-laungan azan mulai berkumandang di awangan. Tak lama selepas itu, kedengaran beberapa biji motorsikal menghampiri halaman rumah usang itu. "Fuhhh, nasib baik kau orang semua tak apa-apa. Kita orang dah risau dekat sini, memang tak senang duduk dibuatnya", kata Afif yang melihat Akmal dan juga kawan-kawannya yang tiba itu. "Itulah, nasib baik kita sempat lari. Polis tadi dah serbu rumah kita, habis semua digeledahnya. Oh ya, "barang-barang" tu okay?", balas Akmal lalu Afif pun menunjukkan ke arah sebuah bilik yang menjadi tempat simpanan "barang-barang" mereka itu. Walaupun rasa lelah mereka akhirnya hilang, namun rasa tidak puas hati di dalam hati mereka masih lagi membara mengenai kejadian petang itu. "Geram betul aku, macam mana polis boleh serbu tempat kita? Kita semua dah buat sehabis baik dengan buat kerja secara berselindung. Aku pasti, ada orang buat laporan pasal kita", luah Afif segala kemarahan yang ada di dalam hatinya. Akmal yang panas hatinya juga termenung seketika sebelum dia mulai menyedari sesuatu, "Aku rasa aku tahu siapa dalang dalam hal ni, aku tahu siapa kaki lapor tu", katanya membuatkan kawan-kawannya yang ada berdekatan memandangnya dengan mata yang ingin tahu bercampur geram.

Suasana pada jam 12 tengah malam itu sungguh sunyi dan dingin dek kerana hampir kesemua penghuni-penghuni pangsapuri itu sudah pun nyenyak tidur dan dibuai mimpi setelah seharian bekerja dan belajar. Melihat para pengawal yang bertugas hari ini sedang membuat rondaan di sekitar kawasan itu, Akmal dan beberapa kawannya pun terus meluru masuk dengan motorsikal mereka sebelum mereka memarkirkannya berhampiran kawasan belukar berdekatan lalu meluru masuk ke bangunan itu. "Kau orang tunggu isyarat dari aku, barulah kau orang serbu, faham?", arah Afif yang berpakaian jaket hijau Grabfood dan bertopi keledar sebelum dia berjalan menuju ke rumah sasaran mereka. 'Ding' 'dong', loceng rumah itu dibunyikan beberapa kali sebelum muncul sosok tubuh seorang remaja lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an itu. "Ya, ada apa, abang?", soal remaja itu sebelum Afif membalas, "Tadi encik ada buat pesanan makanan, bukan?". Terlihat riak wajah remaja lelaki itu yang berasa pelik kerana dia tidak ada buat apa-apa pesanan pada malam itu. Saat remaja itu sedang leka dengan hal itu, Afif pun memberi isyarat secara rahsia kepada kawan-kawannya di situ, maka berlarilah kawan-kawannya itu menyerbu masuk ke rumah remaja itu, membuatkan dirinya terkejut dan tercengang. "Eh, ap... apa ni? Siapa kau orang semua? Apa... apa kau ora...", belum sempat remaja yang bernama Fazli itu menghabiskan kata-katanya, beberapa orang itu terus merangkul dan menarik tubuhnya sehingga ke ruang tamu sebelum dia dijatuhkan ke sofa. "To... tolong, tolong jangan apa-apakan aku. Am... ambillah barang-barang yang kau orang nak, aku tak kisah tapi tolong lepaskan aku. Tolo... erghhhhhhhhh", rayunya namun tidak diendahkan oleh mereka sebelum Akmal mencekik leher Fazli dengan kuat sehingga dia meronta-ronta. "Jangan nak memekak dekat sini, harta-harta kau tak mampu puaskan hati kita orang, dasar Kaport", kata Akmal sebelum dia melepaskan penumbuknya ke perut Fazli dan juga ke pipinya sehingga Fazli pengsan. Lalu, dirinya diangkat keluar dari rumah itu oleh beberapa orang kawan, manakala Afif mengunci pintu rumah itu agar tidak kantoi dengan jiran-jiran di situ. "Erkkk urmmm erghhhh, ak... aku dekat mana ni?", kata Fazli yang tersedar dari pengsannya. Dia cuba untuk bergerak namun tidak terdaya lalu dia mendongakkan kepalanya dan terlihat kedua-dua pergelangan tangannya sudah pun terikat ke siling, manakala kakinya pula diikat secara terkangkang saat dia menundukkan kepalanya. Dengan matanya yang masih sedikit kabur, dia agak terkejut saat melihat beberapa orang yang berpakaian serba hitam sedang berdiri mengelilinginya. 'Splashhhhhhhhh', sebaldi air dingin disimbah ke tubuhnya sehinggakan baju kemeja-T putih dan seluar sukan kelabu cair yang dipakainya lencun dan menampakkan bentuk tubuh badannya yang kurus dan kedua-dua puting gelapnya itu. "Uhukkk uhukkk. Kau orang nak apa, hah? Lepaskan aku, lepaskan aku. Tolonggg!!! Tolonggg!!!", jerit Fazli sambil meronta-ronta ingin melepaskan diri, namun hanya ditertawakan sahaja orang-orang di situ. "Malam ini adalah malam hukuman untuk kau. Dengar sini semua, malam ini kita akan puaskan nafsu dan amarah kita. Lepaskan segala yang kau orang pendamkan hahaha", kata Akmal dengan lantang lalu disahut dengan sorakan gembira dari kawan-kawannya.

Himpunan Ceritera SeksaWhere stories live. Discover now