BAHASA MELAYU
"Baiklah, itu sahaja makluman perhimpunan pada pagi ini. Kepada pegawai-pegawai baharu, sila berkumpul di bilik gerakan untuk jadual tugasan", kata-kata akhir dari Pegawai Tinggi Penjara Gurney itu sebelum ketua pegawai polis penjara memberikan arahan bersurai kepada barisan pegawai-pegawai bawahannya di situ. Lalu, pegawai-pegawai baharu yang dilantik itu mulai melangkahkan kaki mereka menuju ke bangunan pentadbiran seperti yang diarahkan tadi. "Encik Farishah bin Arif!", pegawai wanita yang sedang duduk di meja hadapan memanggil namanya lalu Farishah pun bangkit lalu mendekatinya. "Ini adalah jadual tugasan-tugasan untuk encik, untuk hari ini encik ditugaskan ke bangunan penjara "A". Tahniah sekali lagi kerana berjaya dilantik sebagai pegawai polis penjara di sini", kata pegawai itu lagi sebelum Farishah menabik hormat kepadanya dan berlalu keluar dari bilik itu. Setelah beberapa minit dia berjalan, akhirnya dia tiba di bangunan penjara itu walaupun dia sedikit tersesat pada awalnya. Dia sedikit terkejut melihat bangunan itu kelihatan agak usang dan lama dengan dindingnya dipenuhi dengan kulat hitam dan beberapa lapisan cat juga kelihatan tertanggal, malah kawasan itu juga agak tersorok dari bangunan-bangunan yang lain. Walaupun suasana di kawasan itu agak suram, tapi Farishah meneguhkan kembali semangatnya dan bernafas dengan tenang sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Setelah selesai melapor diri, dia pun mulai menjalankan tugas yang sudah diamanahkan kepadanya. "Siapa tu?" "Ada penjaga baru ke?" "Macam senang je nak "tumbangkan" dia, hahaha", suara-suara yang sering Farishah samar-samar kedengaran saat dia menjaga banduan-banduan bergerak dari penjara ke tempat makan dan juga saat dia melakukan rutin pemantauannya dari satu bilik ke satu bilik yang lain, namun dia hanya bersikap biasa dan langsung tak menunjukkan sebarang tingkah laku ketakutannya. Setelah beberapa hari dia bekerja di situ, hari ini adalah hari pertama dia bertugas pada sebelah malam pula. Farishah hanya bekerja seperti biasa tanpa kerisauan walaupun nasibnya pada malam itu bakal berubah dan di luar jangkaannya.
'Tet' 'tet' 'tet', jam tangannya berbunyi menunjukkan waktu itu sudah pun mencapai 12 tengah malam. Farishah meregang-regangkan tubuhnya yang lesu itu sebelum dia bangkit lalu mencapai cotar dan lampu suluhnya di atas mejanya. "Eh, dah jam 12 malam. Cepat betul masa berlalu", kata salah seorang pegawai lelaki yang sedang bekerja bersamanya pada waktu itu. Farishah hanya tersenyum dan mengangguk tanda setuju sahaja sebelum dia melangkah keluar dari tempat itu dan berjalan ke setiap koridor bilik penjara seperti rutin kebiasaannya. Saat dia sudah berada di aras paling atas, kedengaran suara-suara orang sedang berborak-borak di bilik penjara paling hujung sekali. Farishah pun terus berjalan ke arahnya dan mendapati penghuni dua bilik penjara itu masih lagi terjaga dan rancak berbual-bual sesama mereka. "Maaf, sekarang sudah jam 12 tengah malam. Sila tidur sekarang, ini arahan", arah Farishah namun mereka hanya menjeling tajam padanya sebelum mereka sambung berborak semula. 'Tung' 'tung' 'tung' "Ini amaran terakhir, sila kembali ke tempat tidur masing-masing dan tidur sekarang", pintu jeriji itu diketuk dengan cotar beberapa kali sebelum Farishah mengarahkan mereka lagi. 'Sighhh' "Baiklah, pak "guard", hahaha", kata salah seorang banduan itu dengan nada perli sebelum mereka bersurai. Saat Farishah sedang ingin berjalan pergi, 'Klunkkk' 'klunkkk' 'klunkkk', kedengaran bunyi barang jatuh lalu dia menoleh ke belakang dan terlihat sebiji sudu besi berada di hadapan bilik tadi. "Weh, pak"guard". Tolong ambilkan sudu tu, boleh tak", pinta banduan yang memerlinya tadi beberapa kali lalu Farishah menghela nafas jengkelnya dan patah balik ke bilik itu. Namun saat dia menghulurkan sudu itu padanya, secara tiba-tiba tangannya digenggam kuat lalu ditarik sehingga dia terhentak kuat di pintu jeriji. Tidak dengan itu, lehernya juga dirangkul dengan agak kuat dengan lengan banduan dari dalam bilik itu sehingga lama-kelamaan penglihatan Farishah mulai kabur dan beberapa saat kemudian, dia jatuh pengsan di hadapan bilik itu. "Engkau ni, tak hilang-hilang lagi nafsu binatang kau ya. Hahaha", kata banduan yang berborak dengannya tadi dan banduan yang dikenali sebagai Arif itu pun tersenyum sinis padanya. "Ergkkk erghhh urghhh, aduh, sakitnya kepala aku. Eh, ak... aku dekat mana ni?", kata Farishah dalam hatinya saat dia yang masih mamai dengan kepalanya yang sedikit berdenyut-denyut sakit kerana hentakan di atas lantai sewaktu dia terpengsan tadi. Penglihatannya yang kabur pada awalnya mulai semakin jelas kelihatan dan dia berasa pelik dan bingung setelah dia melihat keadaan sekelilingnya yang agak kosong dengan hanya satu almari besi sahaja yang berada di situ. Dia cuba menggerak-gerakkan tangan dan kakinya namun gagal, lalu dia mendongakkan kepalanya dan terlihat kedua-dua pergelangan tangannya sudah pun terikat ke siling, manakala kedua-dua kakinya pula sudah terikat pada kepingan alatan senaman "dumbell" yang tertera tulisan "75kg" setiap kepingan itu. Farishah cuba menyentap kuat dan menarik keluar tangannya dari ikatan itu, namun dia masih tak berjaya. "Arghmmm arghmmmm, rghoghong!. rghoghonggg, rgheghiaghe", dia cuba menjerit meminta tolong, namun suaranya langsung tak kedengaran dek kerana mulutnya yang sudah disumbat dan dilitup dengan ikatan kain padanya. Tak lama selepas itu, kedengaran pintu berkuak terbuka dan seseorang muali masuk ke dalam bilik itu. Wajah Farishah sangat terkejut melihat banduan tadi sedang berdiri di hadapannya sambil mengukir senyuman sinis di bibirnya.
YOU ARE READING
Himpunan Ceritera Seksa
RandomHimpunan beberapa cerita BDSM dan penyeksaan. INFO: Setiap bahagian cerita ada versi Bahasa Melayu (di sebelah atas) dan Inggeris (di sebelah bawah) Each parts of the story has Malay version (on the upper part) and English (on the lower part)