Abam Sado

297 1 0
                                    

BAHASA MELAYU

"Eh, Hafetz. Giliran kau lagi untuk jaga malam ini?", sapa Nazrief yang baru sahaja sampai di pusat gimnasium itu. "Ya, bang. Si Asri cuti hari ni, katanya ada hal dekat kampung", balasku. Nazrief pun mengangguk faham sebelum bergerak ke mesin senaman yang ada di situ manakala aku pun sambung semula kerja aku tadi. Sebelum itu, aku perkenalkan diri aku dahulu. Aku Hafetz, pelajar lepasan universiti awam Malaysia dalam bidang sains sukan dan rekreasi dan kini aku bekerja di gimnasium berdekatan dengan rumahku. Setelah aku tamat belajar, agak banyak juga tawaran kerja kosong yang aku terima dari dalam dan juga luar negeri Hang Tuah ini. Namun, kesemuanya aku tolak bukan kerana aku mahu yang lebih tinggi gajinya namun aku mahu bekerja di kawasan berhampiran dengan rumah aku sebab lebih jimat, apatah lagi aku baru sahaja mahu mula bekerja. Tetapi, sebab yang paling utama aku teringin nak kerja di sini adalah kerana aku minat tengok abang-abang kaki gim dekat sini. Ya, aku bukanlah jejaka normal seperti yang lain dan aku sangat gemar melihat dan mencuci mata pada abang-abang sasa lagi seksi ini. Sehari kalau tak tengok, memang hati rasa tak puas, malah kalau diikutkan hati, tiap-tiap hari aku sanggup kerja, apatah lagi kalau aku kerja lebih masa semata-mata untuk melihat mereka.

Sedang asyik mengelamun, aku tak perasan yang abang Hanif sudah pun tegak berdiri di hadapan kaunter. "Bukan main jauh kau termenung, teringat dekat awek ya? Hahaha", guraunya sambil menongkat lengannya di atas meja. "Eh, abang. Maaf saya tak perasan pula, hehehe", balasku sambil tertunduk malu sebelum berkata lagi, "Abang ada nak apa-apa?". "Ada tak bungkusan barang abang sampai sini?". "Oh, ada. Nah, barangnya". "Mantap, terima kasih, Fetz", balasnya lalu dia pun bergerak ke mesin kegemarannya iaitu mesin "Chest Press". Terpukau aku saat dia di hadapan aku tadi sehingga terpampang dadanya yang bidang disebalik baju kemeja-T hitamnya, apatah lagi lengannya yang dia letak atas meja kaunter sehingga kelihatan otot lengannya yang besar dan berurat. Dalam banyak-banyak abam sado yang datang sini, aku paling minat pada Abang Hanif. Entah kenapa bentuk badannya itu sangat sedap dipandang walaupun badannya tidaklah seperti ahli bina badan yang lain. Setiap kali dia datang bersenam, aku tidak akan lepaskan peluang untuk melihatnya dan kadang-kala aku merakamnya secara senyap-senyap sewaktu tempat itu tidak sibuk. Malam ini tidak banyak tugasan, jadi aku akan ambil peluang ini untuk menyaksikan 'wayang percuma' dari abam sado kegemaranku. "Sedapnya badan dia, alangkah bertuahnya kalau aku dapat ratah badan tu. Pasti ke syurga nikmatnya, huhuhu", bisikku dalam hati melihatnya yang tidak berbaju itu sedang melakukan senaman dada dan bahu. Terpampang bulu-bulu di ketiaknya dan juga di dadanya yang sudah pun dibasahi dengan keringat-keringat senaman itu. Seperti biasa, aku akan merakam saat-saat indah ini sebagai simpanan rahsiaku. Namun, aku agak terkejut kerana pada malam itu, pertama kali aku melihat kedua-dua putingnya telah ditindik dengan tindik besi kecil berwarna perak. "Wah, lain macam dia sekarang. Siap bertindik puting lagi tu", kataku setelah itu namun entah mengapa dirinya semakin seksi dengan tindikan itu.

Jam telah menunjukkan tepat pada 11:45 malam, lalu aku pun mulai mengemas peralatan-peralatan senam yang masih bersepah di lantai dan membuat kiraan jualan pada malam itu. Sewaktu aku mendekati bilik persalinan, aku terdengar suara seseorang di dalam itu. Aku sedikit pelik dan takut kerana setahu aku tiada orang lain selain aku di dalam pusat gim itu. Aku yang ketakutan pun mulai mendekati pintu bilik itu dan membuka pintu secara perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya aku melihat Abang Hanif berada di dalam itu sambil dia berlutut dan kedua-dua tangannya di belakang kepala. "Woff woff, anjing adalah anjing tuan", kata Hanif dan sepertinya dia sedang bercakap dengan seseorang melalui telefonnya itu. Aku cuba untuk mendengar perbualan mereka dengan lebih jelas, namun tiba-tiba pintu itu terbuka luas dan aku yang curi-curi dengar tadi jatuh ke lantai. "Apa bunyi bising itu?", soal orang itu lalu Hanif pun menjawab, "Erkkk... tiada apa-apa, tuan". Lalu orang itu pun mengarahkannya untuk menghadap telefon itu ke arah belakang dan terlihatlah aku yang sedang mengurut-urut lututku yang sakit kerana jatuh tadi. "Ini kau kata "tiada apa-apa", berani betul kau tipu aku ya, anjing sial", marah orang itu. "Am... ampun, tuan. Anjing takut tuan marah, ampun tuan", balasnya. "Tuan? Anjing?", fikirku yang pelik setelah mendengar perbualan mereka itu tadi sebelum Hanif memanggil aku untuk ke sana. "Salam perkenalan, maaf kerana anjing aku telah mengganggu malam kamu ini. Seperti yang kau dengar tadi, aku adalah tuan kepada anjing sial ini", kata orang itu yang merupakan pemilik tubuh Abang Hanif ini. "Oh ya, aku ada permintaan khas untuk kau malam ini. Kalau kau nak, aku bagitahu kau tugas untuk kau. Wei, anjing, bagi telefon ini padanya dan duduk jauh-jauh darinya", katanya lagi lalu Hanif pun menurut sahaja perintahnya manakala tuannya pula mulai menerangkan sesuatu pada aku.

Himpunan Ceritera SeksaWhere stories live. Discover now