Latihan Ketenteraan

264 1 0
                                    

BAHASA MELAYU

Rancangan "Latihan Khidmat Perajurit Negara", siapa sahaja yang tidak pernah mendengar tentang program latihan ketenteraan ini? Bahkan mendengar sahaja program ini membuatkan bulu roma meremang kepada mereka yang mengetahuinya. Setiap tahun, program ini akan berlangsung dengan disertai oleh peserta-peserta terpilih, kebanyakkannya pula dari kalangan anak-anak muda. Malah, setiap rakyat di negara ini, tidak kira lelaki mahupun wanita, wajib untuk menyahut seruan apabila mereka dipanggil masuk dan lapor diri. Tidak terkecuali, Ray yang baru sahaja menyambung pelajarannya pada peringkat diploma di universiti awam. Dia sedikit terkejut apabila sekeping sampul surat dari Latihan Khidmat Perajurit Negara (LKPN) yang dicetak pula dengan nama penuh dan alamat rumahnya, jelas surat ditujukan kepadanya. Sampul surat dibuka dan isinya ditarik keluar sebelum dia mulai membacanya dan sangkaan dia benar, malah dia hanya menggeleng-gelengkan kepala setelah mengetahui isi surat itu. "Surat apa tu, Along?", soal ibunya yang keluar dari dapur. "Tak adalah, ibu. Surat dari LKPN untuk Along", balas Ray lalu dibalas pula dengan gelak tawa dari adiknya yang terdengar perbualan mereka itu. "Hahaha, Along kena masuk askar. Habislah Along, tak dapat nak makan sedap-sedap, kena pula bersenam setiap hari, hahaha", kata adiknya sambil berjalan ke ruang tamu sebelum Ray menarik tangan adiknya lalu menyekeh kepalanya dengan gurau. "Dah, dah, jangan dikacau adiknya tu. Baguslah Along dapat masuk sana, lagi sadolah dia nanti. Eh Along, bila lapornya nanti?". "Bulan depan, ibu. Adalah masa sedikit nak kemas-kemas barang semua", balas Ray lalu ibunya pun mengangguk faham sebelum menonton rancangan di televisyen. Pejam celik pejam celik, sebulan pun telah berlalu. Dengan beg pakaian dan barang-barang lainnya yang sudah berada di dalam bonet belakang kereta, Ray dan keluarganya pun memecut laju ke pusat latihan itu yang mengambil masa dalam dua jam sahaja. "Ingat, jangan nak nakal-nakal dalam ni, jaga tingkah laku. Sado tu sado juga, sembahyang jangan lupa. Jangan buat hal dekat sini", nasihat ibunya setelah Ray melaporkan diri di meja daftar. Setelah barang-barangnya disimpan di katil yang sudah dikhaskan, Ray pun bersalam-salaman dengan ibu dan ayahnya sebelum mereka bergerak keluar dari pusat itu. Sedang dia berehat di katilnya, datang seorang pelatih yang sudah lama sampai dan duduk di sebalah katilnya lalu menyapa Ray. Saat bersuai kenal dan berborak dengan agak lama, 'dinggg' 'dinggg' 'donggg' "Salam sejahtera, perhatian kepada pelatih-pelatih yang sudah melaporkan diri di meja pendaftaran, sila berhimpun di dataran kawad dengan kadar segera. Perhatian kepada pelatih-pelatih yang sudah melaporkan diri di meja pendaftaran, sila berhimpun di dataran kawad dengan kadar segera", satu pengumuman dibuat lalu mereka semua pun bergegas keluar dan berkumpul di tempat yang ditetapkan. Maka, bermulalah latihan ketenteraan yang bakal mereka rasai yang hanya mungkin sekali sahaja dalam hidup mereka. Bermacam-macam program telah dijalankan selama mereka berada di situ. Pada sebelah siangnya mereka menjalani senaman dan beberapa program seperti latihan menembak, ujian keberanian diri, "flying fox" dan banyak lagi. Manakala, sebelah malamnya pula beberapa program telah dijalankan seperti program muhasabah diri, "nightwalk" dan juga latihan "team building".

Namun, apa yang menarik perhatian adalah satu pertandingan tahunan dikenali sebagai acara "Sekental Tenterakah Anda?", iaitu salah satu acara wajib yang dianjurkan oleh pihak pengurusan program ini, yang mana para pelatih yang ingin turut serta akan diuji dengan pelbagai cabaran secara fizikal dan mental. Ramai juga yang mendaftar sertai pertandingan itu, terutama sekali pelatih-pelatih lelaki, apatah lagi hadiah yang disediakan juga agak lumayan. Ray juga tidak melepaskan peluang yang ada ini, apatah lagi dia yakin dengan tubuh badannya yang kekar mampu mengharungi cabaran-cabaran yang dianggapnya remeh dan tidak mencabar itu. Setelah beberapa hari pertandingan itu dijalankan, Ray berjaya melepasi setiap cabaran yang dia terima sehingga menjadi salah satu peserta terakhir dalam pusingan akhir pertandingan itu. Kejayaannya itu mendapat perhatian beberapa jurulatih yang ada di situ, ada juga yang merasa iri padanya. Lalu, dia pun mempunyai idea yang agak bernas sebagai cabaran terakhir khas untuk Ray. "Perhatian kepada peserta-peserta terakhir bagi pertandingan "Sekental Tenterakah Anda?", sila berkumpul di padang kawad untuk penerangan penuh cabaran terakhir oada hari ini", satu pengumuman dibuat lalu Ray pun terus bersiap di dalam bilik dormnya sebelum bergerak ke sana. "Semoga tuah kau datang hari ini", kata kawannya lalu disambut dengan senyuman dari Ray. "Baiklah, kamu semua boleh bermula sekarang. Sila pergi ke tempat-tempat yang sudah ditetapkan", kata jurulatih selaku pengacara acara itu, lalu mereka pun bergegas ke lokasi itu. Beberapa minit mencari, akhirnya Ray berjaya juga sampai ke sebuah pondok yang agak besar, terletak di atas bukit berdekatan. Setelah masuk sahaja di dalam pondok itu, dia terlihat beberapa jurulatih yang sudah pun berada di dalam itu. "Sampai juga kau, ingatkan dah putus asa, hahaha", kata ketua bagi jurulatih-jurulatih di situ sebelum dia menerangkan cabaran-cabaran tersebut. Ray agak sedikit terkejut saat mendengarnya, namun demi hadiah itu, dia sanggup untuk menempuhi kesakitan yang bakal dia hadapi. Setelah itu, salah seorang jurulatih itu menghampirinya lalu menyarungkan gari kulit pada kedua-dua pergelangan tangannya, manakala kedua-dua pergelangan kakinya pula dipasung sehingga membuatkan Ray terkangkang luas dan tidak selesa dengan keadaan semasa tubuhnya itu. Pada masa yang sama, lehernya dipakaikan rantai besi dan tangannya diikat pada rantai itu. Tanpa sebarang amaran, 'bukkk', satu tumbukan dilepaskan tepat mengenai perut berotot Ray, membuatkan dia tertunduk sakit dan tersedak-sedak. Lalu, rambutnya ditarik sehingga dia berdiri tegak semula dan terdongak ke atas sebelum, 'bukkk', satu lagi tumbukan tepat mengenai dadanya pula, membuatkan Ray tersedak-sedak buat kali kedua dan terasa mual ingin termuntah. "lebih afdal, kita tumbuk kau tiga kali berturut-turut, hahaha", kata ketua itu sebelum, 'bukkk', satu tumbukan dilepaskan lagi pada perutnya yang masih terasa sebak itu. Setelah itu, kepalanya disarung dengan sarung kain berwarna hitam gelap bagi menutup pandangan Ray sebelum rantai besi di lehernya dipegang kuat sehingga dia terasa sedikit tercekik dan membuatkannya terdongak sedikit, dia pun dipaksa berjalan keluar dari pondok itu dengan kakinya yang masih terpasung menuju ke belukar dan terus ke dalam hutan yang agak tebal itu.

Himpunan Ceritera SeksaWhere stories live. Discover now