Temanku Si Anjing

945 7 0
                                    

BAHASA MELAYU

Langit yang cerah semakin hilang terangnya, waktu bekerja juga sudah hampir tamat pada hari itu. "Yeah, akhirnya tiba juga hari cuti yang ditunggu-tunggu", kata Alvian yang sedang mengeliat di mejanya. "Hahaha, sudah ada perancanganlah tu sewaktu cuti nanti. Ke mana pula kau bercuti kali ini?", tanya Asri, rakan sekerjanya. "Bercuti apanya, tak tahu nak pergi mana. Lepak rumah je lah, hahaha". Rancaknya mereka bersembang sambil mengerjakan tugas mereka, sedar tak sedar yang masa telahpun menunjukkan jam 5:30 petang. Belum sempat Asri bangun, Alvian telah pun sampai ke pintu keluar. "Betul-betul bersemangat Alvian ni, hahaha", bisik Asri setelah melihat tingkah lakunya itu. Setelah sampai di pintu utama bangunan itu, Asri terlihat Alvian yang keluar awal tadi sedang duduk di kerusi yang berdekatan tempat itu. "Eh, aku ingatkan kau dah balik, kenapa duduk sini lagi?". "Nak balik macam mana, tak nampak tu hujan lebat". "Oh, hahaha. Redah je lah, kata rempit sejati". "Gilakah? Hujan lebat tu, ada yang tersungkur bawah lori nanti. Hahaha". Lalu, Asri pun mempelawa Alvian untuk tumpang keretanya balik ke rumah. Pada mulanya, dia enggan dan tetap menunggu sehingga hujan reda. Namun, lima minit telah berlalu dan masih tiada tanda-tanda hujan akan berhenti, lalu dia pun kecewa dan bersetuju mengikuti Asri balik. "Alang-alang itu, jomlah pergi makan. Aku dah lapar sangat ni, cuaca pun hujan je dari tadi", ajak Alvian yang sedang melihat kedai-kedai makan di pinggir jalan. "Aku nak balik dulu tukar baju, lepas Maghriblah kita pergi makan. Kita balik rumah aku dulu", balas Asri lalu mereka pun terus menuju ke rumahnya.

Riuh-rendah suasana kedai makan itu dengan sorakan dari pelanggan yang menonton siaran langsung bola sepak Liga Perdana, termasuklah mereka berdua yang tidak henti-henti menyaksikannya sambil menjamah makanan yang terhidang. "Apa rancangan kau cuti-cuti ni?", soal Asri setelah habis perlawanan bola itu. "Macam aku cakap tadi, aku lepak rumah je. Tak ada nak ke mana-mana", balasnya sebelum berkata lagi, "Aku fikir nak lepak dengan kau lah, bosan duduk rumah aku seorang diri. Boleh tak?". "Boleh je, aku pun seorang je dekat rumah. Kalau kau ada, tak adalah aku bosan nanti, hahahah. Oh ya, aku pun ada beli Play Station 5 (PS5). Dah lama sangat terbiar dekat rumah aku tu. Alang-alang kau dah ada sekali, jom main, hahaha". "Wah, kaya. Kenapa tak bagitahu, lepas ni aku lepak rumah kau je lah. Makan minum pun percuma, hahaha". "Eh, melebih-lebih pula kau. Ada yang tidur luar ni nanti, hahaha". "Hahaha, bawa bertenang. Nanti kita singgah tempat kerja, aku nak ambil motor aku. Lepas tu terus gerak balik rumah kau". "Okay, bro", lalu mereka pun sambung makan semula. Sesudah sahaja sampai di rumah, mereka berdua pun terus merehatkan badan mereka di atas sofa di ruang tamu. "Mana PS5 yang kau cakap tadi? Bukalah, aku nak main ni, hahaha". "Sabar, baru je balik. Penat tadi tak hilang lagi, hahaha", balas Asri sambil memasang PS5 itu di kabinet televisyennya. "Lepas tu, buat air pula. Aku haus ni, hahaha", kata Alvian lagi dan dibalas dengan renungan tajam dari Asri.

Sepanjang malam itu, mereka dengan riuh-rendahnya bermain beberapa permainan PS5 itu, sehinggakan tidak sedar yang sudah pun lewat malam. "Wah, dah lewat malam ni. Tak sedar pula, seronok main, hahaha", kata Alvian. "Malam masih muda, esok cuti, tidur lewatlah malam ni, hahaha", balas Asri sambil bergerak ke dapur untuk membancuh air minuman lagi. Alvian yang masih di sofa itu pun terus bersandar dan tanpa sengaja, dia terasa ada sesuatu seperti bebola di celah sofa itu. Dia pun terus menariknya keluar dan sedikit terkejut dengan benda itu, manakan tidak ini pertama kali dia melihat barang bebola yang diikat sekali dengan tali kulit di kiri dan kanannya. "Eh, apa ni, Asri?", Alvian bertanya setelah melihat Asri menghampiri ke sofa itu. "Eh, erkkk. Tak ada apa-apalah", jawabnya sambil cuba merampas barang itu dari Alvian namun sempat dielak. "Hahaha, kalau tak ada apa-apa, kenapa cuba ambil dari aku. Mesti ada apa-apa ni". "Erkkk hehehe. Itu... itu penyumbat mulut, hehehe". "Penyumbat mulut?", soalnya yang sedikit pelik lalu dia pun melilitkan benda itu di mulutnya, "Macam ni?", katanya. "Eh bu... bukan, tak apalah, kita lupakan. Jom sambung main balik", balas Asri yang cuba mengelak. "Hahaha, cakaplah Asri. Ni benda apa? Pertama kali aku tengok ni. Cakap je, jangan malu-malu, Asri". "Ni... ni alat BDSM, ak... aku beli hari tu, hahaha". "Oh, aku pernah dengar pasal tu. Tak tahu pula kau minat macam tu, hahaha. Ganaslah kau ni". "Hahaha, mana ada ganas. Biasa-biasa je". Lalu, Alvian mencuba-cuba alat itu, "Macam mana nak pakai ni? Hahaha". "Hahaha, tak payah pakai. Jom sambung main balik". "Weh, cepatlah. Aku nak cuba, mana alat-alat yang lain. Aku nak cuba, hahaha". "Hahaha, bukan main kau malam ni", lalu Asri pun ke bilik untuk mengambil set BDSM yang dibelinya itu.

Himpunan Ceritera SeksaWhere stories live. Discover now