BAB 5

43 9 2
                                    

Wajah Nadia sugul sekali, meskipun dia sepatutnya bergembira pulang ke tanah airnya. Pasti banyak perubahan di bumi Melaka.

Sejak dia meninggalkan negeri Sarawak, sepanjang perjalanannya ke Melaka dia hanya membisu. Dia akan bercakap apabila disoal oleh ibunya, itu pun ayatnya hanya sekerat-kerat. Kadang dia sekadar mengangguk atau menggeleng sahaja. 

Tiba-tiba bahunya dicuit, mengejutkan dia daripada lamunan ke luar tingkap. Hampir dia lupa yang dia sedang menaiki bas dari KLIA 2 ke Melaka Sentral.

“Kita dah nak sampai.” Kata Raudhah perlahan. 

Nadia mengangguk kekok lalu kembali memandang ke luar tingkap. Tidak percaya dia sudah tiba di Melaka. Sepertinya terlalu lama dia mengelamun. 

Akhirnya, bas tiba di destinasinya. Segera mereka berdua turun daripada bas lalu mengambil beg bagasi. Setelah mengharungi perjalanan selama dua jam lamanya, semestinya perut sudah berkeroncong kelaparan. Mereka singgah kedai serbaneka, membeli beberapa makanan ringan sebelum ke pintu hadapan Melaka Sentral.

Reaksi datar Nadia secara tidak langsung berubah selepas menjamah roti itu. Raudhah hanya tersenyum melihat anaknya kembali tersenyum. 

“Patutlah murung jer. Lapar ya?” Sapa Raudhah. Nadia memandang ke arah ibunya sambil tersengih. Raudhah tertawa melihat mulut Nadia penuh dengan makanan. 

“Mana taknya. Duduk lama dalam bas ni buat perut saya lapar.” Ujar Nadia dengan keadaan mulutnya penuh. Tiba-tiba dia tersedak. Segera Raudhah menghulurkan air mineral ke arahnya. Rakus ditelan air itu sehingga separuh botol.

“Ya pun nak cakap. Habiskan dulu dalam mulut tu.” Teguran ibunya dibalas dengan Nadia menggaru kepalanya. 

“Maaf, ibu.” Sengihnya. Raudhah sekadar menggelengkan kepala.

Tepat pada masanya, sebuah kereta Alza berwarna hitam berhenti di hadapannya. 

“Sampai pun. Jom.” Ibunya terlebih dahulu menarik beg troli maroon miliknya ke kereta itu. Nadia segera menyumbat saki-baki rotinya ke dalam mulut. Plastiknya pula terus diletakkan dalam poket seluarnya dahulu. Ditarik beg empunya ibunya ke kereta itu. 

Setelah selesai beg-beg itu masuk ke dalam kereta, mereka pun masuk ke perut kereta. Nadia mengangguk kecil kepada pemandu di hadapan sebagai tanda hormat. Kereta itu terus menyusur di jalan raya, menuju ke destinasi akhir.

***

Nadia terpegun. Sukar dia untuk percaya apakah ini rumah kediamannya. Teragak-agak dia menjejak kaki ke dalam rumah. Rumah itu sudah ibarat istana melayu lama.

Raudhah sejak awal hanya tersenyum melihat Nadia yang terpegun sejak tiba di rumah itu. 

“Benarkah ini rumah kita, ibu? Saya tahu yang saya pernah berangan untuk impikan rumah begini. Tapi ni…” Ayatnya tidak habis. Telinganya menangkap bunyi, mengesan ada orang lain. 

“Usahlah was-was begitu, cik Nadia.” 

Nadia memusingkan tubuhnya ke belakang. Seorang wanita yang lebih berumur tersenyum manis padanya. Ibunya di sebelah wanita itu tertawa melihat Nadia yang terpinga-pinga. 

“Kenalkan, ni Makcik Salmah, Nadia. Pembantu rumah kita.” Ujar ibunya. Nadia mendekati wanita itu lalu bersalam dengannya.

“Benarlah apa yang diceritakan Puan Raudhah. Memang dia sangat berwaspada.” kata wanita itu.

Nadia tertunduk malu. Segan pula dipuji sedemikian. Mereka terlebih dahulu menjamah lagi makanan yang telah disediakan. Kemudian membawa barangan Nadia ke ruangan tidurnya. Sungguh diluar jangkaan yang biliknya agak mewah. Terdapat juga ruangan bacaan yang besar! Hampir rabang mata Nadia melihat kesemua buku di situ, tambahan pula hampir semua koleksi di situ buku-buku yang Nadia selalu inginkan.

Raudhah dan Makcik Salmah beredar membiarkan Nadia berehat di bilik itu, memandangkan hari semakin malam.

***

Nadia meregangkan badannya setelah selesai mengemas barangnya. Dilirik jam di tangannya. Sudah jam 9.30 malam.

“Siap pun. Patutnya kemas dulu barang. Tulah, Nad. Ralit sangat tengok buku-buku tu.” Rungutnya. Beg troli tadi ditolak ke sisi meja solek. Muat-muat saja di situ. 

Dia kemudian berjalan ke pintu koridor lalu membukanya. Angin sejuk malam menerpa wajah. Pemandangan malam lebih seronok. Namun masih ada yang kurang baginya.

Bunyi alam tidak kedengaran di sini. Lebih kepada bunyi kenderaan lalu lalang. 

“Apa yang ibu buat selama tiga tahun? Seingat aku rumah dahulu tak sebesar begini. Sudah hampir sama taraf dengan istana kesultanan melayu dibuatnya.” Gumam dia. 

Helaan nafas dilepaskan. Perlahan dia melabuhkan punggung ke lantai. Kepalanya didongakkan memandang ke langit. Mujurlah cahaya lampu tidak terlalu terang, membenarkan gemintang malam itu dapat dilihat jelas.  

"Kalaulah Tok Omar dengan Nek Na ada kat sini, mesti lagi seronok." Keluhnya sambil melayan perasan sendiri. 

 

******
N

ota kaki :

Hi² sekmu semua... Maaflah pada yang pernah baca RDSK version lama.. Ada banyak perubahan Nad ubah di sini... Rasa lebih molek Nad fokus pov Nadia since dialah MC cerita ni. Terima kasih pada sekmu yang setia dengan RDSK ni <3

Ps, maaflah jika bab ni macam banyak cut dan terlalu pendek. Nad kehabisan idea nak ubah gane...😅

Rahsia Di Sebalik KembaliWhere stories live. Discover now