Aku tiba di sekolah dengan perasaan campur aduk antara kegembiraan dan gementar. Hairni merupakan hari pertama aku sebagai seorang guru pelatih di sebuah sekolah menengah.
Aku berasa gembira kerana dapat menjadi seorang guru pelatih, tetapi pada masa yang sama aku risau juga kehidupan aku di sekolah. Aku dengar banyak cerita dimana guru pelatih kena buli oleh pelajar, kena maki oleh guru pembimbing, ataupun kes senior dapat gred yang teruk untuk latihan mengajar mereka. Aku memang takde jangkaan yang sangat tinggi, asalkan boleh pass je aku dah puas hati.
Dengan hati yang berdebar-debar, aku melaporkan diri kepada pentadbir sekolah. Aku telah ditugaskan untuk mengajar dua kelas. Lepas itu, aku diberitahu bahawa Cikgu Rahman akan menjadi guru pembimbing aku sepanjang empat bulan aku mengajar di sini, so kalau ada apa-apa soalan ataupun masalah boleh je cari dia.
Selepas melaporkan diri, aku pun bergerak ke stadium sekolah. Zaman sekarang ni, minggu pertama persekolahan adalah dilarang untuk mengajar, so cikgu boleh je buat aktiviti-aktiviti. Program untuk harini ialah sesi berzumba.
Aku bertemu banyak cikgu dan murid ketika tiba di stadium. Aku pun berilah salam dengan senyuman yang ceria kepada mereka. Mereka juga membalas salam aku. Perbuatan mereka melegakan aku, at least bolehlah nampak cikgu dan murid di sekolah ni bersopan dan mesra. Dulu bila aku masih di sekolah menengah, semua cikgu nampak garang je dan murid pun banyak yang kurang ajar, nampaknya zaman sekarang dah berbeza.
Program di stadium belum bermula lagi, so aku pun boraklah dengan cikgu-cikgu yang lain. Aku pun share aku pelajar universiti mana, umur, pengalaman mengajar, dan benda-benda lain. Masa borak-borak tu, aku pun tanya lah ada nampak tak Cikgu Rahman.
"Oh, pak cik Rahman kat atas pentas tu, nampak tak? kata seorang cikgu perempuan.
"Tak baik lah kak, kalau Rahman tau kak panggil dia pak cik, habislah kau." kata seorang cikgu perempuan yang lain.
"Haha...baik, terima kasih. Saya pergi melaporkan diri kepada Cikgu Rahman dulu ye..." kata aku.
"Oh...then pergilah cepat, mesti Rahman suka dapat seorang anak tiri." kata seorang cikgu perempuan.
Dari perbualan tadi memang nampak suasana di sekolah ini mesra je. Aku pun menuju ke pentas di tengah stadium sekolah. Semakin dekat tu semakin aku risau. Cikgu-cikgu yang tadi tu mesra, tapi Cikgu Rahman kelihatan serius dan takde senyuman pun, nampak macam garang pulak. Aku perasan dia tengah berikan taklimat ringkas kepada beberapa orang murid. Kalau aku tak silap, taklimat tu pasal program berzumba nanti.
Aku pun naik atas pentas dan tunggu di tepi. Aku berdiri di belakang Cikgu Rahman, so dia tak perasan ketibaan aku. Aku plan nak kenalkan diri selepas perbualan mereka tamat, tetapi salah seorang murid tunjukkan jari telunjuk dia kat aku dan berkata: "Cikgu, ada orang nak jumpa cikgu."
Cikgu Rahman pun berhenti dan pusing kepala dia. Ketika itu, mata kami bertentang. Misai dan janggutnya dijaga dengan baik, dengan garisan-garisan yang rapi dan kemas. Ekspresinya penuh dengan kepercayaan yang menarik perhatian aku. Kombinasi mukanya serta matanya memancarkan daya tarikan yang tidak dapat dinafikan oleh aku.
"Ye, Faiz nak apa?" kata Cikgu Rahman.
"Oh uhh...macam mana cikgu tahu nama saya?" kata aku.
Cikgu Rahman kelihatan keliru. Beberapa saat kemudian, dia pun cucuk tanda nama di depan dada aku. Sentuhannya menyebabkan jantung aku berdegup dengan lebih cepat.
Astaga...aku ni terlalu tertarik dengan wajah Cikgu Rahman sehingga aku lupa aku ada pakai tanda nama. Baguslah, mesti dia ingatkan aku ni bodoh. Bila aku tengok lagi wajahnya, senyumannya yang nakal tersembunyi di sudut bibirnya. Aku membalas senyuman dia dengan mengaru kepala aku dan tengok ke arah yang lain. Malu pulak aku.
"Uh hmm..." aku pun pura-pura batuk.
"Assalamualaikum Cikgu. Saya guru pelatih PJ yang akan bertugas di sekolah ini selama 4 bulan. Saya telah diberitahu oleh guru pentadbir bahawa Cikgu ialah guru pembimbing saya." kata aku sambil memberikan salam. Tadi aku terpengaruh dengan wajah hensem Cikgu Rahman, so tak dapat fikir dengan betul. Harap aku dapat betulkan imej aku dengan perkenalan yang formal ni...
"Walaikumusalam..." kata Cikgu Rahman sambil hulurkan tangannya untuk bagi aku salam.
"Harap dapat belajar banyak dari Cikgu Rahman sepanjang tempoh latihan mengajar saya." kata aku.
"Apa yang cikgu tahu, cikgu ajarlah. Kalau ada apa yang nak tanya, boleh tanya je." kata Cikgu Rahman.
"Baik, Cikgu Rahman." kata aku.
"Hmm tak perlulah formal sangat dengan cikgu, panggil je lah abang. Barulah nampak muda sikit, haha."
"Haha, baiklah abang. Tapi abang memang nampak muda lah...tak nampak berusia pun."
"Ye ke? Cuba teka umur saya." kata Cikgu Rahman.
"Hmm...27?" kata aku.
"Lawaklah Faiz ni...saya dah 35 lah..." kata Cikgu Rahman.
"Serius ah? Nampak muda je." kata aku.
"Hahaha...dah boleh bagi awak A+ ni. Tak sangka manis pulak mulut Faiz." kata Cikgu Rahman.
"Haha takdelah...cuma kata apa yang benar je." kata aku.
"Kalau semua orang macam awak kan bagus? Tengok lah makcik-makcik kat sana...selalu panggil saya pak cik. Sakit hati aku." jari dia menunjuk kepada satu kumpulan cikgu perempuan.
"Haha, mereka gurau je lah. Mesti mereka jealous abang ni nampak muda dan bertenaga." kata aku.
"Hmm...betul sekali." kata Cikgu Rahman sambil angguk kepala.
Comelnya cikgu Rahman ni, tadi dari jauh ingatkan dia seorang yang garang dan susah didekati. Rupanya hati dia masih seorang yang muda dan suka buat lawak...
YOU ARE READING
Penyelia aku, Cinta aku.
RomanceSepanjang latihan mengajar aku sebagai guru Pendidikan Jasmani, Cikgu Rahman telah banyak membimbing dan membantu aku. Aku mendapati diri mengagumi bukan sahaja kepakarannya tetapi juga kemesraannya. Lama-kelamaan, hubungan profesional kami perlaha...